Tuesday, October 30, 2012

Malacca Vacation

Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? memalam yang cukup indah ni sangat sesuai untuk wan mengembalikan semangat mengupdate blog ni. huhu. baru jew selang beberapa hari, wan update pasal wan beraya kat melaka. baru hari ni wan ada masa nak mengUPLOAD beberapa gambar sebagai kenangan wan kat melaka. ceh! gitu.. hahaha. 

Ok la..daripada wan membebel panjang..baik korang layan picture kat bawah ni ketika wan berada di bandar bersejarah melaka  :)

wan dengan Fiq (kawan serumah)

Wan dengan Amir a.k.a BFF ^_^

Muka penat . tak larat mak nak posing maut time 2. hahaha. 

Posing Mak ! awwww! hahaha

Perkhidmatan Bomba Melaka Zaman Dahulu. huhu

Batu Peringatan kot....eh? ade tangan pulak kt tepi 2.. huhu..

Sape nak beli air? kami sempat lagi promote air kat batu peringatan 2. hahaha

Kan best klau mariam ni masih bleh guna :3

Setelah penat berjalan. kami pegi Dataran Pahlawan! kira macam shopping mall terbaik MELAKA :) 

abg dan kakak aku pernah take pic kat sini..aku pun nak gak...hahaha! jangan jeles :P
Sekian dan terima kasih..actually. banyak lagi gambar.. cuma tak berapa cantik. huhu. nanti ada masa insya'Allah wan pegi lagi melaka..kali 2 mungkin nak shopping tahap gaban. hahaha.. ;)

Sekian terima kasih. thanks sudi baca. follow2 dan tinggalkan jejak sekali ea.. ;)

Sunday, October 28, 2012

kebanyakan orang semenanjung tak tahu sabah negara mana

hye hye hye semua? selamat datang ke blog wan yang tak berapa famous ni. tapi insya'Allah suatu hari nanti akan menjadi blog famous malaysia. hahaha! entry kali ni wan nak cerita tentang fakta yang telah wan kaji. hoho. tajuk entry wan kali ni memang panjang dan panas! :p

"kebanyakan orang semenanjung tak tahu sabah negara mana"

sebelum kita sambung cerita, meh kita kaji peta MALAYSIA :)

Peta Malaysia
kawasan yang berwarna kuning 2 merupakan negara malaysia. :) sila perhatikan dengan teliti gambar yang seterusnya

Peta Sabah
Yang ni merupakan peta sabah. :) peta sabah pun termasuk dalam kawasan yang berwarna kuning. kawasan yang berwarna kuning 2 merupakan negara malaysia. 

Tetapi agak sentap la juga masih ada beberapa orang semenanjung ni yang tak tahu sabah 2 negara apa. salah sorang yang tak thu ialah kawan wan sendiri. hoho. nak tahu apa dia cakap?

masa ni wan dan dia chat kat FACEBOOK

kawan semenanjung : wan duk mane?
wan : Sabah..
kawan semenanjung : owwhh..pernah datang malaysia?
wan : LOL! sabahkan malaysia. huhu.

Sentap rasenya bila ada orang kata macam ni tau! memalukan jew. belajar jew tinggi2 tapi sabah pun tak thu kat mane kan. pape pun wan harap korang tak macam kawan wan ni. huhu...

jangan marah tau! :P peace! kite kan 1malaysia..hihi <3 muah!

Manusia Dan Ego

Tak Sampai Hati
Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? :') hati ini ingin berbicara lagi memalam buta ni. selalunya wan suka menaip entry bila ilham menulis 2 datang. tapi bila ilham tak de apa pun tak boleh. 

Kali ni wan nak bercerita tentang "manusia dan ego".. manusia dan ego memang tak dapat dipisahkan walau dengan apa cara sekali pun. tapi manusia yang kuat akan mampu mengawal egonya agar egonya tidak mengawal diri mereka. 


Manusia yang tidak dapat mengawal ego 2 bukannya manusia yang lemah. cuma kurang kekuatan dalaman untuk mengawal ego sendiri. mungkin dari 100 orang hanya 20 orang yang mampu mengawal ego sendiri. kita yang tak mampu tak perlu la takut ea. insya'Allah kita boleh kawal ego kita sendiri suata masa nanti. amiinn.. 


Pengakuan wan sendiri 2 yang wan pun tak mampu nak kawal ego sendiri. bukan tak mampu sebenarnya cuma kekadang ego 2 terlepas dan terlalu kuat sampai diri wan tak mampu kawal ego. tapi bukan selalu tau. kekadang jek! muehehe. wan akan cuba selagi mampu untuk mengawal ego wan ni.


Ego manusia bukan boleh bawak main tauu. bahaya! hahaha. ego bukan dibandingkan siapa lagi kuat ego. tetapi dibandingkan melalui siapa yang mampu mengawal ego sendiri. ;) jangan cepat berputus asa.! all the best to ur all! cuba kawal ego 2! jangan ego tinggi sangat.. ;)



Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha
Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? :D muehehe. di malam raya ni tetiba ade mood nak update blog yang kurang mendapat sambutan ni. =.=" huhu. nasib la korang masih ada/sudi nak tengok blog wan ni.

Terasa sedih dan sayu rasanya nak buat entry pada kali ni. huhu. maklum la tahun ni saya beraya jauh dari keluarga. sedih..sedih..sedih.. tak pe la. lain kali insya'Allah pasti akan dapat beraya bersama mereka gak amin..

Raya Aidiladha pada tahun 2012 ni ada kelainan sikit. nak thu ape kelainan 2? kali ni wan beraya kat kampung kawan wan. kampung kawan wan 2 kat MELAKA. ;D melaka mareee..haha. selama ni asyik dengar kat TV/FB/TWITTER/CERITA KAKAK jew tentang melaka ni. tapi kini wan da sampai melaka.

Macam tak caye jew aku kat melaka sekarang. haha! pape pun sebelum wan lupa wan nak ucapkan 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" BUAT SEMUA KENGKAWAN KAT BLOGGER / FACEBOOK / TWITTER DAN SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI. MAAFKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN WAN K. HUHU..

#Thanks sudi baca.. mata da TingTong -.-" sayang korang semua ! ;)


Wednesday, October 24, 2012

wanita berpurdah


Assalamualaikum buat yang beragama islam ? ^.^V

Hari ni tetiba hari ni nak kongsi cerita pasal wanita berpurdah ni. maklum la kat sabah tak banyak wanita berpurdah dan bila wan datang KL pergghh! memang ramai perempuan yang berpurdah.

Serius wan cakap yang wan suka tengok "wanita berpurdah" ni ^.^V sebab utama kenapa wan suka tengok wanita berpurdah ialah tertutupnya aurat wanita itu.. sesungguhnya "aurat itu maruah diri"

Bagi wan, wanita berpudah ni la baru dinamakan menutup aurat. zaman sekarang ramai jew pakai tudung tapi still kena baju ketat2 / baju adik. 2 tak de beza pun. wanita berpurdah ni smua tertutup. :) dilindungi dari sebarang penyakit dan dosa. 

Kepada wanita yang tak bertudung 2 lagi, baik bertudung la sekarang! jangan tahu membuat dosa jew. bukan lawa sangat rambut kau 2. kakak aku kata "perempuan yang tak bertudung ni nampak pengotor" lol! aku setuju dengan kakak aku 2..

pape pun selamat hari raya haji kepada semua umat islam ! hati2 di jalan raya. bawak keta hati2. huhu. 
bawak keta 2 "biar slow asalkan selamat"

Wednesday, October 17, 2012

Menternak Lemak Di Big Apple Festival Mall

Assalamualaikum dan selamat pagi , tengahari , petang dan pagi buat u alls semua !? :D 
hari ni wan nak cite sikit pasal BIG APPLE ni. hoho. actually, sebelum ni wan rasa tension + geram + sedih sesangat bila da broken heart ni. nasib la ade kawan sekerja yang beri cadangan menternak lemak di BIG APPLE untuk mengurangkan kesemua rasa2 di atas tadi. 

Alhamdulillah.. enak banget big applenya ! *disampuk hantu indon. bahahah*

Selepas 23 saat berdiri kat depan kedai big apple 2. baru la wan tepingin nak makan. wan makan dua jek. tak nak lebih2. maklum la ni tengah mood berdiet perut da buncit ke depan. ooohh tidakk!! >.< hahaha

Tadaaaaaa...! ni la DONUT BIG APPLE yang menjadi ternakan di dalam perut wan.


Donut Big Apple Pilihan Wan
tengok dari luaran pun da menggentarkan seluruh perut wan. rasa nak telan jew sebijik sebijik. LOL! nasib nafsu masih boleh dikawal ketika itu. klau tak mampus la tekak wan tercekik donut ni. hahaha

Wan tak lapar pun. :) lepas wan makan jew donut 2 dengan lafaz "Bismillah" wan terus gigit sopan donut tersebut. auuumm! sedap sesangat ! nasib la wan duk jauh ngan family. kalau duk dekat da memang konfom wan suruh mak belikan donut big apple yang sekotak besar 2. huhu.

Pape pun, Donut Big Apple ni dapat mengurankan rasa marah + sedih + tension wan.. :) alhamdulillah. kalau korang rasa bersedih.  korang boleh la try beli sekutul dan telan dengan sopan donut 2.. pasti korang akan rasa rilex..wahh! gitu.. hahaha.. k la. bye semua ! salam syg dari wan buat family korang semua !

Saturday, October 13, 2012

broken heart


Assalamualaikum semua? tetiba mood wan datang nak update blog yang tak berapa best ni. huhu. kali ni wan nak cite pasal wan. baru jew kemarin wan broken heart. bagi yang budak2 2 tak thu kot maksud broken heart. kekeke. 

Hari 2 kemain lagi wan cakap yang wan ni da bahagia. rupanya tak seperti yang wan rasakan. semua ni cuma la satu pembohongan. apakan daya wan da terjatuh cinta dan terlebih sayang kat dia. huhu. betapa patah hati sejuta kali rasanya bila dia buang wan. huhu. bukan macam ni yang wan nak. huhu. 

Kenapa asyik wan jew yang harus lalui semua ni? apa salah wan ? huhu. sorry tetiba wan rase emosi. setiap kata2 yang wan keluarkan dari mulut wan. bukan hanya sekadar pemanis bicara. tapi 2 semua dari dalam hati wan. wan ingat dia pun macam 2. rupanya tak! dia cuma manis berbicara. tapi hati dia tk rase pape pun. 

Kalau ikutkan hati. wan memang da terjun kat condo tingkat 22 ni. dia da tinggalkan wan. dia da buang wan. wan tak de sape2 da kat KL ni. huhu. wan nak balik sabah. huhu. 

"Ya Allah.. kenapa hamba mu ini yang harus rasakan derita ini?" huhuhu.. 

Semuanya tinggal kenangan.. salam..


Wednesday, October 10, 2012

download whatsapp messenger

download whatsapp messenger
Assalamualaikum dan salmt pagi , petang dan malam semua? hehe..hari ni wan nak cite pasal application yang ditawarkan oleh pihak google android ni. kalau phone korang 2 ada android dapat ar korang download application ni. 

Download secara percuma tanpa sebarang bayaran. senang jew cara nak download ni. korang pegi menu phone korang. pastu korang klik search taip "whatsapp messenger" it's easy rite? dengan adanya whatsapp meseenger ni..baru la ada semangat nak chat dengan orang yang tersyg.

Dalam waktu yang sama. dapat menjimatkan duit untuk beli topup . so , lepas guna app ni, kita tk perlu nak membazir duit topup. yuhuuu..

Kepada sesiapa yang nak whatsapp dengan wan. boleh la "PM, DM" wan kt facebook dan twitter nmbr phone korang. nanti wan add.. ;)


Tuesday, October 9, 2012

Kerja Sambil Belajar

fasa baru dalam kehidupan
Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? hurrmm.. hari ni tak de yang gempak sangat. cuma wan nak gtau. insya'Allah wan akan start bekerja pada hari jumaat ni. eh? cepatnya kerja kan. hahaha! memang wan teringin kerja sambil belajar. :) 

Korang kena doakan wan tau. doakan wan dapat seimbangkan waktu belajar dan kerja. ramai yang cakap susah kita nak seimbangkan waktu belajar bila kita da kerja ni. huhu. wan kerja part time jew jumaat, sabtu dan ahad. kelas wan isnin, selasa, rabu dan khamis. yuhuuu!

Ok la 2kan. lain la kalau wan kerja seminggu tanpa cuti. perghh! memang tak dapat focus study kalau macam 2. huhu. tapi tengok la macam mana nanti kan. yang penting wan dapat study dan dapat income. tak boleh hidup kat KL ni kalau kita tak pandai nak cari pendapat sendiri.

Wan da malas nak mintak duit dengan mak ayah. :') wan tak sanggup menyusahkan mak dan ayah da. sedih pulak tetiba *nanges* huhu. boleh pulak kan ternanges time update entry ni. huhuhu. sedih..sedih..sedih.. lepas da kerja ni. wan tak akan mintak duit dengan mak dan ayah da. :') wan nak bagi sikit duit hasil kerja wan 2 nanti ngan mak dan ayah. :') huhuhu..

"ya allah, berikan la keberkatan kerja smbil belajar kepada hamba mu ini..

aminn.. amin.. 

korang doakan wan ea.. :') 2 jew entry wan untuk kali ni. huhu. terima kasih sudi baca entry wan ni sampai keakhirnya..


Sunday, October 7, 2012

Hari Isnin Merupakan Hari Yang Padat

Hari Isnin Merupakan Hari Yang Padat
Assalamualaikum semua? ^^ tetiba ade semangat nak update blog sesubuh buta ni. maklum la wan da set alarm pukul lima lebih. hehe. saje nak bangun awal. sebenarnya wan tak tido lagi pun. =.=" wan terjaga 1pagi tadi.. huhu. sabor jew la. pape pun wan harap korang semua sihat sebagai mana sihatnya wan :D hehe..aminn..

Hari ni merupakan hari isnin. eh? cepatnya masa berlalu. macam tak puas jew nak cuti kan. kan best kalau malaysia ni cuti sebulan. haha. ok..ok.. back to the topic! hurmm. hari isnin merupakan hari yang paling memenatkan, selain 2 isnin merupakan hari yang padat! sebab apa padat?

Hari isnin kelas wan start pukul 12tengahari sampai pukul 2ptg. pastu, ade lagi kelas pukul 4ptg sampai pukul 6 ptg.. 6:30pm ade lagi 1 kelas. kelas ni sampai pukul 9pm. huargghh! kemain padat lagi jadua wan pada hari isnin ni. sabor jew la. nak buat mcm mne kan. 

Mungkin ada hikmah di atas semua ni. :') insya'Allah. wan tak akan mengaku kalah dengan hari isnin ni. hari isnin merupakan hari permulaan. ni la saatnya kita happy study. tak perlu tension2. kalau penat rehat jew :) nanti balik boleh la rehat kan.

Nasib la wan tak penat. wan da puas rehat duk dalam bilik. wan da penat rehatkan otak wan ni. skrg wan nak kembalikan zaman belajar. walaupun study kat kolej ni banyak dugaan. tapi semua 2 wan "take it easy" jew ;) hehe.

Ok la. 2 jew. wan nak mandi dan kemas apa yang patut. rasanya hari ni nak pegi kolej awal sikit. maklum la KL ni selalu jew jalan sesak. berjam2 kita kt dlm bus 2. ~.~" kawan wan ada kata, "Berkat ilmu yang kita belajar kalau kita yang tunggu pensyarah masuk kelas berbanding pensyarah yang tunggu kita masuk kelas" ;) ok 2 jew untuk entry kali ni. hehe


Friday, October 5, 2012

Tujuan Penubuhan Aqsa Syarif Adalah Untuk Membantu Rakyat Palestin

Aqsa Syarif

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”.
Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

AQSA SYARIF
Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.
Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.
VISI
Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin
MISI
Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah
MOTTO
Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa
OBJEKTIF
1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.
AKTIVITI AQSA SYARIF
Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan.
Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.
Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.
Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi aqsa syarif : Aqsa Syarif Website
Jom bersama2..membantu palestine ! sebarkan !

Islam melarang umatnya memohon mati

Beauty Of Islam


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian:
  • Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
  • Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
  • Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.
Sumber : Himpunan Hadis

Sekadar perkongsian bersama rakan2 blogger ^.^V kalau ada salah sila rujuk pada sumber..hehe


Thursday, October 4, 2012

tanda homesick

talking to the moon
Assalamualaikum dan selamat malam semua? ^^ wan tak dapat nak tido la. bila pejamkan mata. mesti terbayang wajah mak dan ayah yang jauh di sabah. :') teringin sekali wan nak peluk mak dan ayah. huhu

"mak ? ayah ? wan rindu.. rindu sesangat!

Wan anak bongsu dari lima orang adik beradik. wan dari kecil sampai berumur 18 tahun duk ngan mak ayah jew. tak pernah berpisah. eh? pernah. tapi sekali jew. 2 pun sebab wan nak dapat tawaran join PLKN selama 3bulan. 2 pun rindu tahap gaban ! rase nak nanges jek memalam. 

Tapi selepas wan join PLKN. baru wan dapat rase erti sebenar rindu, berdikari dan mcm2 lagi. huhu. :') huhu. rase nak homesick ! huhu. nak nanges! *macam budak2 pulak* 

Suka hati la kan. :') huhu. wan rindu couple wan gak. rindu sesangat ngan mucuk!! tak sabar nak jumpa lagi. orang 2 tak lama lagi birthday.. ;) yuhuuu! wan tak thu nak bagi hadiah ape. huhu.. 

korang ade cadangan tak ?? ok la.. pejamkan mata jek. good nite semua !!


Yuna tercalon dalam MTV EMA 2012

Yuna tercalon dalam MTV EMA 2012

19 Sep – Penyanyi kelahiran Alor Star, Kedah yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila tercalon dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012.
Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini akan bertanding dalam kategori 'Best Asian Act' bersama empat calon terkenal yang lain iaitu Exile, Han Geng, Jolin Tsai dan Super Junior.
Pemenang kategori ini akan mewakili Asia dalam kategori 'Worldwide Act'.
Para peminat boleh mengundi secara talian di mtvema.com/vote sehingga 14 Oktober 2012.
Sebelum ini Yuna pernah dicalonkan dalam Nickelodeon Kids' Choice Awards ke-25 dalam kategori 'Favorite Asian Act'.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Terukir Di Bintang" kini sedang rancak mengadakan persembahan di luar negara dan baru sahaja meriliskan album terbarunya berjudul "Yuna".
MTV EMA 2012 bakal ditayangkan secara langsung dari Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 November 2012.
(Kredit foto: Zel-Atif Ishak)


Sumber : Yahoo Malaysia


Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Assalamualaikum semua? :) Hari ni wan nak berkongsi ngan korang semua tentang video kat YouTube. actually, video ni video zikir munajat yang merdu sesangat!


bila wan dengan zikir ni terasa sebak jew.. :') 

Mendengar zikir-zikir ini membuatkan diriku lupa tentang dunia, tetapi teringat akan akhirat. Masya Allah, perkataan tidak dapat menggambarkan, seolah olah arus elektrik melalui tubuh, pada masa yang sama hatiku, fikiran ku dan badan ku berasa aman dan tenang. Semoga Allah memberkati Uploader.

Jom dengar sesama ! :D

Tuesday, October 2, 2012

Coklat Ferrero Rocher

Coklat Ferrero Rocher
Wink2.. ^^ hye semua? da lama wan tak merajinkan diri untuk mengupdate blog tercinta ni. maklum la. semenjak bergelar pelajar IPT ni. semua pun tak sempat. online facebook dan twitter 2 pun da jarang.  kalau ada masa terluang jew wan dapat online semua 2. huhu. 

hurrmm.. pape pun klau korang nak contact wan. contact jew kat nombor phone wan k. :) kembali kepada tajuk entry. lalalala. wan rase bahagia sesangat. bila orang tersayang dan tercinta bagi wan coklat ferrero rocher ni. sedaaappp!!

Actually, wan tak mam lagi coklat 2. wan masih simpan. rase syg pulak nak makan :3 nanti jew la wan makan. kalau korang macam  mana? mesti korang da makan dengan gelojo coklat ni kan? hahaha!

Pape pun wan nak ucapkan thanks. thanks so much dear da bagi coklat ferrero rocher yang tersangat2 sedap ni ;) wan tk nak pun sebenarnya. tapi dia yang nak bagi. terima jew la. hehe. semoga hubungan kita akan kekal selamanya. :)

R LOVE R


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers