Monday, December 31, 2012

Hangout di hari last 2012 Bersama Rakan UiTM l ENTRY BERGAMBAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ? ^_^

Hari ni datang kerajinan aku untuk mengupdate blog kesayangan aku ni.. maklum la, hari ni kan hari last 2012.. 31 december 2012.. huhu.. good bye 2012 !! pape pun meh kite sesama layan entry aku pada kali ni..

Actually , hari ni kami ade kelas business mathematics dan kelas financial accounting.. kitorang punya main semangat datang ke kelas pada pukul 8pagi!! aku SMS and CALL pensyarah 2 langsung tk de respon! da sampai kelas baru aku dapat SMS dari pensyarah kami 2.. dia kata hari ni kelas CANCEL.. whatt thee fissshh!! -.-" kenapa la tak cakap awal-awal.. ni da sampai kelas baru nak gtau. sabo jew la. :(

Tanpa membazirkan masa yang ada. kami pun bergerak dengan pantas balik ke hostel ! da sampai hostel semua buat muka penat dan tak tahu nak buat pe. aku bagi cadangan "jom kuar jenjalan".. kengkawan aku semua pun dengan semangat menjawab "jom laaa!" hahaha. kami pun bersiap + bermake up dalam masa 5 minit. lol !

Akhirnya sampai pun di 1 Borneo , Kota Kinabalu , Sabah ! yeaay ! awal lagi kowt kami sampai kat sana. sebab banyak lagi kedai yang tak buka. -.-" haisshh.. tak tahu nak buat ape. semua blurrr.. -.-" asyik blurr jew.. kitorang pun tawaf kat dalam 1 borneo 2 dalam 3pusingan. cuci-cuci mata la katakan. semua kepenatan.. kitorang pun rehat sebenatar bersama aiskrim coklat..

Farhan , Zai , Aku *berbaju hitam yang paling handsome* lol , rechard
 Rest N Go ! yeaay ! urut-urut badan jap. maklum la da penat berjalan. tak mampu kowt aku nak berjalan tanpa henti. kang tak pasal-pasal kaki aku patah. hahaha ! :p

jom layan gambar-gambar kat bawah ni ^_^

Farihan , Zai , Rechard.

Aku , Farihan , Farhan , Rechard *time ni kitorang kat EGYPT a.k.a 1 Borneo . lol
Itu jew gambar-gambar yang terpilih time kat 1 Borneo . sedar tak sedar kitorang da 3 or 4 jam berada kat 1 borneo 2. mata pun da puas. kami pun pegi la tempat destinasi utama yang kitorang nak pegi iaitu Bandar Kota Kinabalu ! 

Perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu mengambil masa 15 minit kalau aliran traffic berjalan lancar. kitorang mengambil masa 30 minit. sebab traffic jem ! what the hack !! huhu. penat + mengantuk + bosan duk dalam bus 2. huhu. tak tahu nak buat pe. kitorang pun tidur. hahaha ! bangun jew dari tidur, kitorang da sampai.. yeaahh!

Sampai jew Terminal Wawasan . kitorang cari CITY BUS. malas nak jalan kaki. da la panas *kami ni putera lilin la katakan. hahaha. kitorang nak pegi SURIA SABAH . Mall yang setaraf dengan Pavilion kat KL 2.. hehe ;p kat sabah pun ada. mall ni baru je open. sebab 2 banyak jualan murah. lagi pun akhir tahun. ape lagi kitorang pun shopping ! shopping ! dan shopping ! hahaha. :D

Selepas puas bershopping kami pun pegi la jenjalan kat WATERFRONT..

JOM LAYAN PICTURE-PICTURE KAT BAWAH NI ^_^

Kengkawan Sebilik aku tengah semangat nak amek ikan 2 bawak balik hostel. hahaha. tpi tak mampu. :p

aku suruh diorang buat muka comel. ^_^ ni la yang diorg buat. hahaha.. layaann ! *ade sape2 berminat? :p

Tuan Blog dan Zai . *time ni panas sebab 2 muka seyes nak mampus ! hahaha
 Picture kat bawah ni kami terjumpa dengan 1 family dari luar negara *pelancong dari ENGLAND. ni pun aku yang beranikan diri speak dengan org putih ni. harap maklum la my ENGLISH IS BROKEN. hahaha. tapi peduli apa kan. yang penting kita try :)
Sorang jew yang tak guna SPEK MATA.. *amboi..kemain ayu kaki aku 2.. hahahahhaa

Kitorang kena ribut *kat waterfront ni kuat angin. maklum la tepi laut. best !! ^_^

Zai , Farihan , Rechard *terbang ke udara. hahaha. hanya ni yang termampu ;)
Tuan Blog. Seyes lagi muka aku. huhuhu.. -.-"


Gambar last untuk entry kali ini ^_^

4 Jejaka Teruna. ada sesiapa berkenan ? sila call aku di talian 1111. hahaha. :p

Selepas kitorang puas cuci mata + shopping + berphotoshot + berjalan . kitorang pun balik ke terminal wawasan untuk mencari bus yang ke UiTM. . :)


Perghh ! hari ni memang puas + penat berjalan. bukan selalu dapat jenjalan sesama. pape pun thanks to my friend kerana sudi hangout bersama aku dan thanks pada yang sudi membaca entry aku pada kali ini. sayang korang !

Pape pun , aku nak ucapakan "SELAMAT TAHUN BARU" kepada rakan blogger yang tak pernah jemu menyokong aku dalam dunia blogger dan pada semua yang mengenali aku ;) jom lafazkan azam baru untuk tahun 2013 ! 2012 hanya tinggal kenangan :')

Terima kasih ! ^_^



Sunday, December 30, 2012

Sandakan ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys ? ^_^ kali ni baru ada masa dan peluang untuk aku update blog. tapi kepada sesiapa yang sering meluangkan masa jenjalan kat blog aku ni . terima kasih sesangat ! sayang korang :*

Sebenarnya aku baru jew balik dari bercuti-cuti malaysia di kampung halaman kat Kota Kinabatangan, Sandakan, Sabah ^_^ sudah aku lepaskan segala rindu kat sana. cuma yang sedih nya aku tak sempat nak jumpa kengkawan lama. :(

It's ok.. maybe next time aku dapat jumpa ngan kengkawan lama aku 2. rindu diorg sesangat ! :'( dah! dah ! aku tak mau sedih2. aku nak enjoy, happy, dan ceria selalu baru laa hidup ini rasa best jew.. kan.. 

Aku dengan scandel aku.. lolz.. hahaha !
Sekarang aku kat UiTM kampus Kota Kinabalu da. baru jew sampai.. orang pertama sampai kat bilik.. hahaha.. (T_T) yang lain masih merayap kat shopping mall kowt.. :) anyway, Thanks to my parents (ayah, mak, akak) kerana sudi hantar aku ke K.K dan aku sekarang da semangat sangat nak belajar ! maklum la aku da lepaskan semua rindu kat kampung halaman ;) 

Esok kena bersiap awal.. sebab ada kelas awal.. yuhhuuu ~ kelas Business Mathematics.. ade Quiz !! huhu.. doakan aku dapat jawab k? :D syg korang ! hehe

Jom masuk kelas ! hehe. sebelum terlambat aku nak wish "Merry Christmas And Happy New Year" buat korang semua ! 

Terima Kasih kerana masih sudi blogwalking dan membaca entry aku ni yang tak seberapa menarik.. :')





Wednesday, December 19, 2012

Cuti Pertengahan Semester Bagi Pelajar Diploma #UiTM


Assalamualaikum buat semua yang beragama islam ? dan salam sejahtera buat mereka yang bukan beragama islam.. ^_^

Aura mood untuk bercuti kian terasa.. tak sabar rasanya nak bercuti pertengahan semester.. mesti korang pun sama kan ? klau cuti laju je.. tapi kalau nak study slow macam siput sedut.. lolz ! never mind , kawan aku kata "lepas cuti ni baru kita study betul-betul" -.-" pown boleh macam 2 kan ? hahaha

Bagi aku.. masa study 2 mesti betul-betul.. masa main , main betul-betul.. kan ? :3 apa pun yang kita buat kena la betul-betul barulah hasilnya meletop macam lagu "stacy dan adam" haha.. pape pun di sini cuti pertengahan semester bagi pelajar diploma #uitm dijangka pada 

22 December 2012 - 30 December 2012 ( 1 minggu ) ^_^ yeaaah! ok la 2.. 

Sekarang da tanggal 20 December 2012.. berapa hari lagi ?? korang kira la sendiri.. 100% mood balik kg *tetiba.. haha! tak sabar weyh! tak sabar !! korang faham-faham je laa. aku da 4bulan lebih tak balik umah.. bukan tak nak balik.. cuma hajat tak kesampaian..

Hari 2 duk KL (study kat KLMU) 3bulan. pastu tetiba dapat tawaran UiTM - kampus Kota Kinabalu.. tak perlu fikir panjang aku terus pindah :3 balik sabah je terus masuk UiTM.. tak sempat balik umah :( rindu kat rumah! rindu kengkawan kat kg.. huhu.. 

Ok la.. aku da start terpesong dari tajuk utama.. haha.. 

anyway , "Islam Is Not Just A Word.. Islam Is A Way Of Life" ^_^

Thanks sudi berkunjung dan membaca entry ini.. :)

 

Tuesday, December 18, 2012

Sesi bergambar di UiTM Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ? ^_^

korang apa khabar ? sihat ? aku harap korang semua sihat2 selalu bersama orang yang tersayang dan tercinta . . pada tanggal 17 december 2012 . . kami group 2 ( AC1101A2 ) ada sesi bergambar untuk kelas. . yeah ! hari yang di nanti muncul juga akhirnya . . hehe

hari 2 kami sekelas memang bergaya ala-ala artis la katakan . . walaupun artis kampungan jaww . haha . . dalam pada masa yang sama , mereka sebulat suara telah memilih aku sebagai ketua . . -.-" aku tahu , dorang pilih aku sebab dorang malas nak buat kerja . .sebab 2 aku jew yang asyik dipilih . . never mind , aku mane-mane jew . . :))

Gambar kat bawah ni aku wif kawan baru . . kami sekelas . .dalam kelas 2 ada 27 orang dan hanya 5 orang lelaki . . yang lain perempuan . -.-" *nampak sangat kaum adam semakin pupus di UiTM. . hahaha . .


Picture ni snap curi-curi guna my phone . . lolz ;p

gambar kemungkinan siap selepas cuti christmas dan tahun baru. . tak sabar mau tengok gambar kitorang yang agak huru-hara. . hahaha. .

 Kepada kengkawan blogger , twitter or facebook ! jangan fikir yang bukan-bukan . .kami kawan jew. . tak lebih dari sekadar kawan sekelas :) 

Diploma In Accounting akan menjadi milik kami sekelas . .doakan kejayaan kami semua ! ^_^

Semester 2 2012/2013 yang terbaik ! hehehe..

UiTM Di Hati ku <3 


Sunday, December 16, 2012

Islam itu indah, Islam itu kedamaian


Islam itu indah, Islam itu kedamaian, Islam itu anugerah, Islam itu agamaku. . dan AKU BERSYUKUR :)

Assalamualaikum semua? hari ni cuti, aku ngan kengkawan aku kuar jenjalan kat 1borneo. jangan jeles k.. ;p haha! Actually, aku bercadang nak pegi shopping kat Suria Sabah. tapi tak jadi, sebab aku TERlambat bangun. haha.

nak buat macam mane kan... aku da sakit gigi pepagi 2. rase nak nanges jew :'( sedih!! huhu. tapi bila aku bangun jew dari tido. sakit gigi 2 da hilang. yeaah! tersangat happy. lolz..

sebenarnya aku nak cerita pasal ISLAM. hmm. agama ISLAM ni merupakan salah satu agama terbesar di dunia, tapi ada SYAITAN yang bertopengkan manusia sedang memburuk-burukkan ISLAM di mata dunia. :')

Never mind, Allah masih ada bersama kita. pasti suatu hari nanti kebenaran akan terbukti dengan sendirinya. I LOVE ISLAM FOREVER !

Saturday, December 15, 2012

Minggu pertama di UiTM Kota Kinabalu


 Assalamualaikum semua yang beragama islam ? dan selamat petang buat korang yang bukan beragama islam. ^_^

Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. terasa lebih seronok bila da seminggu duk kat uitm kota kinabalu ni. tapi minggu pertama ni agak mencabar sikit, sebab aku dan kengkawan yang lain tak tahu kawasan2 class yang da tercatit dalam jadual 2. 

Nasib la ada kengkawan wan yang da lama duk uitm ni. zuren nama nye. dia yang banyak membantu aku. terima kasih zuren ! jasa baik kau akan ku hargai selamanya. ok ok. . ni aku nak teruskan lagi cite aku ni. hmmm. 

Dalam minggu pertama ni lebih kepada pengenalan pensyarah yang mengajar kami dan subjek 2. semua pensyarah ok ! ^_^ tak de yang garang. Alhamdulillah !! Sabtu dan ahad ni aku duk hostel jew la. tak de assigment lagi. lepas ni konfom assigment banyak. -.-" tak pe. aku boleh jew. haha

SUBJEK yang aku ambil untuk sem ni  :
  1. AIS130 - COMPUTER APPLICATIONS AND COMMUNICATIONS IN ACCOUNTING 
  2. BEL120 - CONSOLIDATING LANGUAGE SKILLS
  3. CTU101 - FUNDAMENTALS OF ISLAM
  4. FAR100 - FINANCIAL ACCOUNTING  
  5. HBU111 - NATIONAL KESATRIA I
  6. MAT112 - BUSINESS MATHEMATICS
Doakan aku dapat result yang cemerlang untuk subjek2 di atas ni k? ^_^

anyway, thanks buat korang yang masih sudi follow, baca, entry wan. :') 


Tuesday, December 11, 2012

Hari Pertama Masuk Kelas Di UiTM

Islam Is My Way Of Life
Assalamualaikum warga blogger yang beragama islam.? mohon jasa baik korang untuk mendoakan aku berjaya dengan cemerlang di UiTM.. insya'Allah. aminn,, 

Hari ni merupakan hari pertama masuk kelas di UiTM. hanya Allah yang tahu, betapa nervous nya aku sekarang . rase macam nak demam-demam pun ade. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. betul tak? 

Sebenarnya aku memang da biasa sangat rasa nervous bila pertama kali masuk kelas. lepas dari hari ni, hilang la segala nervous 2. first memang macam 2. aku cuma berharap tiada musuh aku kat dalam kelas 2. lolz! aku tak suka musuh2 la. aku nak 1kelas 2 semua kawan aku ^_^ baru la ade semangat nak belajar klau ramai kawan.

Diploma In Accounting ! aku akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pointer tinggi ! hehe. korang doakan aku k?? 

Ok la guys.. aku nak bersiap pegi kelas. kelas pukul 8am. aku bersiap pukul 6:40am . .lolz ! awal gila siott ~ bukan selalu bersiap awal. sebenarnya aku da biasa bersiap awal. aku tak suka lambat2 ni. kalau boleh aku nak pegi kelas sekarang. hahaha !

Terima kasih sudi baca. kalau rasa baik hati, follow la sekali ^_^

UiTM Kota Kinabalu


 Assalamualaikum semua? lama da aku tak update blog ni. maklum la aku baru jew selesai mendaftar dan berdaftar sebagai pelaja UiTM cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah. sujud syukur pada ilahi..kerana telah mendengar doa mak dan ayah aku.. huhu.. 


Aku berjanji tak akan sia-siakan peluang ni. aku akan buktikan pada semua orang..yang aku boleh berjaya walaupun SPM aku tak gempak.. huhuhu.. 

Actually, sebelum ni. aku da pun study kat KLMU (Kuala Lumpur Metropolitan University College), dan pada masa yang sama, aku dapat tawaran study kat PKK (Politeknik Kota Kinabalu).. rezeki masuk. alhamdulillah.. aku pilih UiTM gak.. sebab family aku kata kat UiTM bagus.. 

Kat UiTM ni aku dapat DIPLOMA IN ACCOUNTING. agak nya aku memang da dijodohkan dengan subjek perakaunan ni kowt. ;) dulu aku tak suka sangat dengan subjek ni.. tapi lelama aku da semakin suka dan suka..yeay! i love subjek perakaunan ! hahahaha.. 

Kite da dapat jadual kelas. esok merupakan hari pertama masuk kelas. nevessssssss nyaa!! :3 harap2 esok semua berjalan lancar. aminn..  ok. doakan kejayaan aku di UiTM ! 

terima kasih kerana sudi membaca . . klau sudi LIKE dan FOLLOW ea.. ;)




Monday, December 3, 2012

Rambut pacak


Assalamualaikum semua ? waaah! cukup lama wan tak update blog wan ni. maklum la tak de masa nak update sebab busy buat assgment, tak lama lagi sem dua. yeaaay!. :') 

ok la. aku nak cite pasal rambut pacak aku ni. rambut ni da lama aku simpan dan jaga sebaik mungkin. bukan senang weyh! nak simpan rambut smpai pacak macam ni.

actually, best jugak ade rambut pacak ni. sebab ramai yang duk pandang2 kite. *jadi perhatian ramai la katakan....hahaha :p jangan jeles.. 

ade kawan sekerja cakap "rambut kau wan tinggi sangat pacak..ni klau burung lalu..mesti terbelah perut burung 2" wakakaka.. aku tergelak nak mampus. aku suka style pacak ni. tapi aku takut kena marah time kerja. sebab 2 sekarang aku da tk bagi pacak. :)

aku bagi belah siring jew. kakaka. jadi budak nerd jap :p

ok la..nanti aku update lagi. bye semua! take care :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers