Kenapa Gagal Subjek BM/Bahasa Melayu?

5:16 AM


Dalam era globalisasi ini, cececeh! da macam karangan SPM la plak. tahukah anda ? kenapa ramai pelajar yang tidak dapat menguasai subjek BM ? satu topik yang agak panas untuk kita bincangkan malam ni. korang baca entry ni buat macam seolah2 korang membaca akhbar. boleh? hehe. ok start!

Subjek BM merupakan subjek yang wajib lulus dalam semua peperiksaan besar seperti UPSR/PMR/SPM/STPM. kalau tak lulus agak susah untuk kita melayakkan diri dalam sesi pengambilan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. namun kita sedar tak sedar, ramai lagi pelajar yang masih gagap dalam subjek ini. bukan setakat tidak mampu membina sebuah karangan, malahan tidak mampu untuk mengembangkan idea2 dalam karangan tersebut.

Agak terkilan dan terkejut juga. kebanyakan yang tidak lulus dalam subjek ini  ialah pelajar melayu. apa semua ni?? kenapa pelajar cina dan india boleh lulus dan cemerlang dalam subjek ini? sedangkan mereka tidak menggunakan bahasa ini dalam hidup harian mereka d rumah.

saya bukanlah pakar motivasi ataupun pakar dalam subjek ini. tapi saya salah seorang pemberi pendapat. hehe. bagi saya sebab kebanyakan pelajar GAGAL dalam subjek ini ialah kerana mereka tidak mempraktikkan bahasa melayu/bahasa malaysia dalam bahasa seharian mereka. mereka menggunakan bahasa kampung dalam hidup seharian mereka. menyebabkan mereka terbiasa bercakap menggunakan bahasa kampung. karangan mereka pun jadilah karangan bahasa kampung. betul tak? 

Tapi rasanya belum terlambat untuk kita mengajar atau mempraktikkan bahasa melayu dalam bahasa seharian kita. selain itu, kita boleh mempraktikkan bahasa ini dalam setiap penulisan entry kita, barulah para pembaca ada minat nak baca. bahasa ini bukannya buruk pun. bahasa ini dengar lebih sopan dari bahasa kampung. hehe. ^.^ jangan biarkan bahasa kampung kita menggugat prestasi kita dalam subjek BM. sorry semua kalau saya ada tersalah penggunaan kata atau tersalah ejaan. :') sekian dan terima kasih. lain kali datang lagi untuk membaca entry yang kurang bernas ini. :)



You Might Also Like

1 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...