Short Vacation ke Kota Kinabalu

11:40 AM


Assalamualaikum & hi semua!??? Harap korang sihat selalu di samping orang yang tersayang.

Wan nak cerita pasal “SHORT VACAY” Lah SANGAT. Haha. Boleh lah short vacation versi kampung2 ke Kota Kinabalu. Wan kena cerita dari awal.

Sebenarnya plan nak buat short vacay ni 50/50. Tak konfom lagi. Sebab masa tu wan bersama kumpulan wan baru balik dari OS aka OUTSTATION. masa dalam perjalanan balik ke rumah masing2 tu, wan dengan sorang member duk bangku belakang tetiba ada idea nak buat short vacay. Memandangkan kitorang balik OS pada hari jumaat, ada lagi cuti sabtu dan ahad. Tak tahu nak buat apa kat rumah. So wan pun cakap lah “jom ajak si syam ke KK.” Member wan yang satu tu pun balas “jom..” dalam masa tu juga dia whatsapp si syam (birthday boy). 

Kitorang memang nak ke KK, sekali buat si syam ni happy2. Yela birthday boy lah katakan. Haha. Dua org member yg dalam kereta tu tak dapat join. Member satu kena duk rumah sebab wife tengah pregnant, satu lagi kena pegi church hujung minggu so tak dapat nak join.

Siap je hantar dorang dua yang tak dapat join tu, kitorang terus ke rumah si syam ni. Nasib lah dibenarkan. Yela masa nak gerak tu pukul 11mlm dah rasanya. Belum mandi, barang & bau dari outstation tu masih fresh. Hahaha. Nasib lah bukan wan yang drive. Wan xbiasa drive malam2 ni (rabun malam). So nai yang take over untuk jadi pemandu kereta vigo (my parents punya) dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Cerita punya cerita, kitorang sampai ke Kota Kinabalu paada pukul 3am hahahha. Sampai je KK terus ke rumah macik si syam. Sebab ada kiriman dari mak dia untuk nenek dia yang duk Tuaran Kota Kinabalu. Lepas hantar kiriman tu, terus pegi ke bandar kota kinabalu. Ada kejadian yang menakutkan juga semasa dalam perjalanan tu. member yang tengah drive tu terlelap haha. Sikit je lagi kereta tu tercium pokok2 tepi jalan. Alhamdulillah semuanya ok. Terlelap kejap je. Nasib dah tghmlm, so kereta tak banyak sangat masa tu. Masa tu juga kitorang tukar driver. Syam yang ambil alih jadi driver. Haha.



Ni gambar selamat sampai ke KOTA KINABALU. rasanya dalam kul 3/4am. Semua mata rabak. Sabar je. Sebelum ke rumah macik syam, kitorang singgah jap kat Mcd Api-Api.



Walaupun nampak menyelerakan. Ni semua tipu. Dalam gambar ni nampak sedap. Semua makanan panas yang kitorang order tu dah sejuk. Dorang tak panas pun. :( kopi tu pun sejukkkkkk. Sangat mengecewakan.

Keesokan hari............



Bangun kul 11pagi. Dah nak tengahari baru bangun. Hahaha. Tak fikir panjang terus bersiap laju2 dan gerak ke Imago Shopping Mall. Masa ni ada sale. Memang puas hati lah Shopping. Shopping guna duit sendiri weeiii. 



Muka happy Shopping. Hahaha.



Rasanya ni hari yang sama. Cuma wan tukar baju. Hahaha. Sebab tak selesa dengan baju lengan panjang. Panas sangat kat KK. Kitorang lunch kat CENTREPOINT.

Ni kedai favourite wan. Kedai cina muslim. Memang sedap dan puas hati. Kalau korang nak rasa, pegi centrepoint, ground floor. 



Sempat lah juga buat keychain untuk kenangan bersama. Walaupun baru kenal dorang ni. Wan rasa bersyukur sangat2 dapat kenal dorang. Rasa nak nangis lak bila ingat yang tak lama lagi kena berpisah dengan dorang ni.



Lepas lunch apa semua tu... petang terus gerak ke Tanjung Aru beach! Matahari cantikk sangat2.



Dapat tengok sunset. Kalau korang nak tengok sunset, sunset kat Tanjung Aru ni antara yang tercantik. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri.



Selepas tengok sunset, kitorang gerak ke Pasar Pilipin. Sebab nak makan Pisang Hijau ni. Sedappppppp sangat2. Tapi dia ni xboleh makan selalu. Nanti pandai muak. Tapi kena hati2. Craving pisang hijau ni pandai datang secara tiba2 haha. 

Dekat dengan kawasan ni ada Pasar Malam. Keja pandai tawar. Baru boleh dapat harga murah. Haha. Lepas dari bundle terus gerak balik rumah. Penat seharian berjalan.

Keesokan harinyaaaa...



Bangun awal sebab nak gerak awal ke Melangkap, Kota Belud. Selama ni tengok orang post2 je. Tapi kali ni dapat jejakkan kaki sendiri ke Melangkap ni. Perghh. Air dia memang sejuk bak hangg.



Apa2 pun korang kena pandai pilih lokasi yang sesuai. Sebabkan ni first time kitorang bertiga ke Melangkap ni. Kitorang dah salah pilih tempat. Tempat ni memang cantik, cuma tak dapat nak mandi puas2 sebab air dia tak dalam. Hahaha. Kalau nak air yang dalam kena pandai pilih lokasi. Apa2 pun memang puas hati. Sesiapa nak pegi honeymoon or camping boleh lah datang ke kawasan ni.



Disebabkan tak puas hati sebab tak dapat mandi & berenang. Kitorang tukar lokasi ke poring. Hahaha. Kat sini baru puas hati. Air dia sejuk nak mati!! Macam mandi air ais je. Haha. 

Ok lah itu je. Semoga persahabatan ini berkekalan selamanya. <3 



You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...