Beraya Di Sim-Sim
6:40 PMAssalamualaikum dan selamat pagi semua? hehe. hari ni wan nak cerita tentang mood beraya wan. hehe. kemarin 22 august 2012 merupakan hari kejadian. wan bersama keluarga tercinta beramai2 pegi ke sim2 untuk beraya. tak ramai sangat pun sebenarnya setakat dua buah kereta.
berikut senarai peserta yang join. hehe dua orang lelaki dewasa, 3 orang perempuan dewasa, dua orang remaja, dua orang kanak2 yg masih kecil. jumlah semuanya 9 orang yang pegi beraya kat sim2.
Sim2 ni merupakan penempatan d atas air yang berdekatan sangat2 dengan bandar sandakan, sabah. korang boleh tengok picture kat bawah ni
Sim-sim Jambatan 16 |
Setiap jambatan mempunyai lebih dari 20 Buah Rumah yang besar, dan yang wan tahu kt sim2 ni ada lebih kurang 20++ buah jambatan. korang kira la berapa buah rumah yang ada kat sim2. memang banyak! kalau beraya ke setiap rumah memang tak balik rumah la jawabnya hahaha.
Sebenarnya rumah kat sim2 ni merupakan rumah mertua akak wan. akak wan tinggal kat sana dengan husband dia. maklum jew la husband dia dokter kat hospital besar sandakan. :) nombor rumahnya wan tak tahu. yang wan tahu rumah 2 terletak d jambatan 16.
Semasa wan bekerja hari 2. wan stay sebulan lebih kat rumah mertua akak wan ni. semuanya baik2 belaka. tak de yang sombong pun. memang tersangat2 untung la akak wan dapat mertua dan keluarga mertua yang baik dan peramah ni :)
Ainul dan Safwa |
kedua2 kanak2 ribena ni merupakan anak buah wan. kedua2 pun comel macam wan sendiri..hahax. yang berbaju kurung 2 merupakan cucu pertama mak dan ayah wan. dan yang berbaju putih love2 2 cucu kedua kepada mak dan ayah wan :) umur pun tak la jauh sangat bezanya.
Keluarga Wan Retis |
Sempat lagi wan suruh mereka berkumpul untuk berphotoshot. hahaha! maklum la wan ni pantang kalau tak ambil gambar. boleh buat kenangan picture ni. kekeke.
Back to the topic, wan perkenalkan sorang demi sorang. yang paling tepi kiri yang bertudung hitam 2 merupakan akak wan yang kedua dan akak wan yang tinggal kat sim2 ni. budak kecil 2 anak dia. sebelahnya plak yang bertudung hijau akak pertama wan. sebelahnya lagi yang bertudung ungu 2 ibu yang tercinta. budak2 yang dekat ngan mama wan 2 anak kakak pertama wan. sebelah mama wan, ibu mertua akak kedua wan dan merupakan pemilik rumah yang wan pegi beraya ni. hehe. yang 3 orang sebelah kanan 2 adk akak ipar wan, akak ipar wan yang bertudung putih dan baby kecil 2 anak dia yang baru jew berumur 8tahun.
Mak tercinta bersama cucu2 tersayang |
Ini mama wan bersama cucu2 tersayang. actually, ada sorang cucu kurang. sebab time ni dia nanges dan merajuk tak nk bergambar. wan hanya sempat snap ni jew. huhu. pape pun nak snap picture ni bukan senang ok. hehe.
Mak Bersama Cucu Ketiga |
The last picture untuk entry ni mama wan bersama cucu ketiga. baby ni baru jew berumur 8bulan. nama baby ni zahirah. actually, panjang lagi nama baby ni. tapi wan tak tahu fullname baby ni..huhuk.
korang tengok macam sunyi jew kan kat rumah ni. tak sunyi pun. ramai sangat2 orang kat sana. maklum la duk kat sim2 ni ramai2 orang nak datang beraya. penat sangat2 beraya ke sini. bukan setakat jauh. panas plak 2 kat jambatan. haha. pape pun memang best gak dapat jalan2 kat sini. dapat cuci2 mata ni :D hehe. sekian terima kasih kerana sudi bace entry wan yang tak seberapa ni.. :)
2 comments
mesti best kan raya dekat sanaa >,< selamat hari raya wan .
ReplyDeletehaha..msti la best! :p ok..selamat hari raya gak ecah :D
ReplyDelete