Nora Danish Ada Teman Baru ?

11:02 PM


Pelakon jelita yang juga merupakan janda, Nora Danish tidak pernah terlepas daripada berdepan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.
Nora yang kini sudah empat tahun bergelar janda sebelum ini pernah dikatakan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, namun ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang membabitkan dirinya berlalu begitu sahaja.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, wanita berusia 30 tahun ini berkata semuanya terserah kepada jodoh.
"Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia buka keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.," ujar Nora kepada Kosmo! ketika ditemui semasa rakaman program Irama di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menurut Nora, dia mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anaknya yang semakin membesar dan juga kerjaya seninya yang semakin berkembang, jadi dia jarang terfikir mengenai perkahwinan.
Nora tidak menafikan ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, malah ada juga yang sanggup menerima statusnya sebagai janda yang mempunyai seorang anak.
Namun Nora menjelas dia tidak mahu terburu-buru dalam mencari teman baru supaya tidak tersalah dalam membuat pilihan.
"Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, Cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.
"Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan ceritakan," katanya.
Sementara itu, Nora memberitahu bahawa dia akan berehat seketika daripada aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.
"Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi filem 2 Kalimah bersama Shaheizy Sam dan selepas itu saya cuma menerima tawaran untuk mengacarakan program Irama yang akan disiarkan di TV3 pada hari raya ketiga," jelasnya.

Sumber : Yahoo Malaysia


You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...