Hari Pertunangan Abang Kedua Wan (11 July 2017)

10:32 AM


Assalamualaikum dan salam blogger semua?!

Entri kali ni hanya throwback "Hari Pertunangan Abg" wan. abang wan ada dua je. so kira ni abang last yang bertunang. lepas ni tak de dah abang yang bertunang melainkan tetiba ada abang angkat bagai. hahaha.


Kakak kandung menyarungkan cincin tunang dijari kakak ipar

Yang tudung hijau tu kakak wan. yang baju purple tu tunang abang wan. dorang dah lama kenal. wan tengok kakak ipar wan tu tak sombong, peramah (pemalu sikit 10%. haha) tapi baik orangnya.


Hantaran Tema Biru Purple

Ok ni hantaran dorang. abg wan pilih tema biru. kalau korang nak tahu semua hantaran yang ada bunga warna biru ni dibuat dalam masa 3 jam sahaja. sebab tu lah tak secantik yang purple tu. haha. separuh dari idea wan tauuu.

Sejadah tu wan punya idea buat bentuk kipas tapi tak berapa nak jadi sebab sejadah tebal dan besar. wan google je semua. alhamdulillah siap juga.


Keluarga kakak ipar

Ni gambar keluarga kakak ipar wan, baju hijau tu mak wan. haha. masa ni wan dengan kakak wan sembang "mak jak sesat dalam gambar tu". rupanya kakak ipar yang suruh mak bergambar sama.


hantaran/dulang fv

Ok yang ni gambar last. hantaran yang wan suka. haha. sebab penuh dengan kemanisan dunia kahkahkah. balik je umah terus buka semua coklat. ngapp masuk dalam mulut. 

Basah kan coklat tu? sebab masa balik tetiba hujan lebat selebatnya. hujan rahmat gitu.

Ok lah itu je entri wan untuk kali ni. jumpa lagi kat entri yang akan datang. bye assalamualaikum...



You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...