Kenapa Hati Ini Cepat Berharap

9:51 AM



Biar aku sendiri bersama iphone 6 gold

Assalamualaikum semua? Hi?

Entri kali ni wan nk berjiwang sikit. nak cerita pasal hati. hati siapa? hati wan lah tak kan hati korang lak. haha. wan selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. hati wan ni lemah ke? ke hati wan cepat berharap pada seseorang?

Pernah tak korang jumpa someone. pastu hati korang berharap "dia" lah orang yang selama ni hati korang cari dan tunggu. pernah??? tak pernah kn? sebab wan je pernah. bukan kehendak diri ini. tapi dah memang hati wan macam ni. mungkin betul lah apa yang selama ni wan fikir. hati wan lemah dan hati wan cepat berharap.

Kadang-kadang orang datang dalam hidup kita hanya jadikan kita sebagai tempat persinggahan. bila dia dah rasa ok dia akan pergi dari hidup kita. selalunya masa ni wan akan sedih dan berasa murung + down gila siput babi. hahaha. sedangkan orang tu niat nak berkawan je. "KAWAN" je tak lebih tapi hati wan dah fikir lain. dah fikir orang tu lah yang wan cari selama ni. sedihnyaaaa.

Setiap kali wan jumpa orang, perkara macam ni akan berlaku. selama wan hidup kat dunia ni, rasanya dah lebih berpuluh kali wan rasa kecewa sebab benda kecik macam ni. kalau korang dah lama follow blog wan, korang akan tahu wan pernah tulis entri pasal kecewa haritu. haha. masa tu wan fikir macam tu gak "dia lah yang terbaik buat ku" konon lah. rupanya dia ada yang lebih baik diri kita yang tak seberapa sempurna ni. :(

Mungkin belum tiba masanya untuk wan merasa kemanisan dan kebahagian dalam dunia percintaan ni. wan tak berharap pun nak rasa. tapi kalau dapat tu merasa tu best gak. hahaha

Wan rasa bukan wan je macam ni. ada lagi kat luar sana sama species macam wan. haha. semoga korang tabah dengan dunia ini. smoga korang tak sedih-sedih dan buat keje bodoh sampai memudaratkan diri sendiri. tu bukan down sbb apa, tu buat keje bodoh namanya. hahaha

Thanks sudi dengar luahan hati wan. bukan selalu tau dapat taip panjang2 macam ni. sebab seseorang tu pernah wujud dalam hidup wan. dia pernah buat wan bahagia, tapi semuanya adalah dusta semata2. dia dah pergi. xpe lah. tak nak cakap banyak, dah tiba masanya untuk kita mulakan lembaran baru. cehcehceh macam kes putus cinta. padahal kes syok sendiri. hahahahahaha.

Ok lah tak nak merepek lebih. kita tutup entri ni dengan ASSALAMUAIKUM & BYE

Follow wan kt twitter! klik "SINI"



You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...