Short Vacay with Officemate [Tempat Menarik Kundasang & Ranau]

11:16 PM


Assalamualaikum dan hi semua.?!! Entri kali ni wan nak review beberapa tempat yang wan dan officemate pegi bercuti baru-baru ni (6-7 Julai 2019). Tak jauh mana pun. Pegi Kundasang je. Haha. Ada beberapa tempat yang wan dah pergi berkali-kali. Tapi tetap nak upload gak gambar kt blogger sebagai kenangan hehe



Ni lah officemate wan tu. semua gegurl. Wan sorang je boboiboii hahaha. Xkering gusi lah berjalan dengan dorang ni. Memang gelak je. Sikit-sikit gelak. Boleh dikatakan ni geng travel 😝 kalau korang nak cari tmpt bergambar ni boleh pegi pekan kundasang. Cari kedai yang ada jual sayap ayam madu. Nanti korang jumpa lah tempat ni hehe



Acah2 model semua ni. Gambar kredit to: Tuan Blog ni hahaha. 😝😝 yang ni kt Memorial Park. Jalan naik dia berdekatan dengan Tandas Awam Kundasang tu. Harga masuk murah2 je.



Panas pun nak bergambar. Haha (waktu ni pukul 2pm) memang lah panas. Klau nak naik sini kena awal pagi. 



Ok yang ni ada orang tempatan yang gambar 😝 terima kasih hehe. 



Kitorang xsempat booking homestay awal2. Pusing punya pusing. Finally ada dapat 1 rumah homestay ni. Bukan pilihan yang terbaik kat kundasang ni tapi buat masa tu, itulah homestay yang terbaik sebab dah lewat sangat hahaha. Sampai2 je homestay, Tuan Homestay tengah buat open house. Perghhh. Rezeki yall!! Xperlu keluar duit untuk makan malam. Smpai homestay, siap2 mandi terus keluar pegi makan. Open house tu depan pintu rumah homestay kami hahaha. 



Rayakan sebulan. Ada lah kuih raya 😋😝 sedap! 



Ni lah homestay kami. Tepi jalan je. Walai Tokou Kundasang. 1 rumah ada dua bilik. 1 bilik tu ada 4 katil dan yang 1 lagi ada satu katil king or queen. Xpasti mana satu. 



Ni lah bilik wan. Haha. Memandangkan wan sorang je boiboi. Wan je lah tidur sini 😝 perlukan peneman in future ye. Kalau berminat DM tepi. Nak abang2 je eh hahahahahaha. Sejukkk. Best tidur (malam tu hujan 🤤)



Keesokan harinya (7 julai 2019). Bangun awal terus gerak ke  Pine Resort sebab nak dapatkan pemandangan yang cantik haha.



Bangunan yang baru nak buat kt belakang tu sebenarnya dekat dengan homestay kami. Hehe. 



Hi awak?!! Awk tk rindu sy ke? Sy rindu awk 😭 eh tiber hahahaha. Xpe lah. Awk dah happy dengan orang lain. Kbye



Selepas bergambar kat Pine Resort, terus gerak ke destinasi Seterusnya...



Desa Dairy Farm! Haha. Dah 10x pegi sini tapi nak pegi lagi. Sebab view dia cantik 😋😝



Jangan lupa beli ni ye. Sebab! Memang Original 🤤



Yang ni favourite i 😝 panas2 gitu. Aumm hahaha

Ok gambar2 seterusnya ni semua flower 💐 girll shot by Me! 😝😝😝😝









The end.. habis cerita bunga2 ni haha. Gerak ke destinasi seterusnya pulak....



Welcome to Arnab Village! Waktu ni tengahari. Memang panas bak hang! Haha. Masuk ke Arnab Village ni Rm6?!!! Mahal siott. Agak kecewa lah sebab dalam dia tak secantik yang dorang marketingkan. Ehem ehem.



Ada jugalah bergambar dengan beberapa arnab. Dalam gambar nampak ok je. Datang sana baru tahu lah. Banyak kekurangan. Hope Tuan Tanah kat sana dapat upgrade beberapa kekurangan. 🤗

Ok destinasi seterusnya.... Tagal Luanti Ranau 🐟 



Rasanya dah 10x pegi sini. Hahaha. Tetap pegi sini gak. Sebab best dapat tengok ikan besar2 sambil cuci mata tengok abam2 hahahaha 😝 kuikuikui



Ok sampai situ je perjalanan kami. Lepas dari tengok ikan ni. Terus gerak balik rumah. Pergh!! Betul2 full schedule untuk 7 Julai. Dari pagi sampai ke petang. 😂 nak balik awal time tu sebab xberani jalan malam dekat area Telupid tu. banyak sangat kolam buaya kat Jalan Raya 🤣

That’s all. Jumpa lagi di entri seterusnya 😘

You Might Also Like

1 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...