Tealive Sandakan [Bandar Prima]

5:07 AM


Assalamualaikum dan hi semua?! Hari ni wan nak review tempat lepak baru kat Bandar Sandakan ni. Seperti yang kita sedia maklum. Bandar Sandakan ni digelar BANDAR HANTU. Sebab sebelum pukul 6pm, semua kedai dah cepat-cepat nak tutup. So tak banyak pilihan tempat lepak/minum/makan buat Warga Sandakan di sebelah malam.

Dengan pembukaan Tealive di Sandakan ni. Merupakan salah satu kemajuan lah juga. Selepas beberapa tahun asyik melayan Cool City dalam kata lain (xde pilihan dah 🥺) hahahahaa. 



Hari pertama buka (opening). Pergh! Berbaris. 31 July 2019 merupakan tarikh opening Tealive Sandakan.



Macam biasa... wan pun xnak ketinggalan memeriahkan majlis pembukaan. Kuikuikui 😂



Dah alang-alang kat kedai Tealive ni, beli lah sekali Member Card dia. Dalam Rm10+. Banyak benefit yang kita dapat dari member card ni such as minuman percuma time birthday kita & potongan harga untuk purchase kedua (t&c).



Mengambil masa 30 minit untuk dapatkan minuman ni. 😝 kira lama lah juga. Esok2 ni inshaa Allah tak lah lama sangat menunggu macam ni. (Hope so...) hahaha



Mango Passion & Bang Bang Milk Tea Pearl menjadi pilihan walaupun sebenarnya wan nak coconut bukan pearl 😝 tapi xpe lah. Telan je. Dua2 ni untuk wan dan dah selamat masuk perut. Mangga tu sedap 😍

So kalau korang nak tahu lokasi kedai ni. Boleh try google “Tealive Sandakan” - Bandar Prima. 

Apa pun ini review dari wan ya. Bukan sponsored dari syarikat Tealive. Haha. Kalau korang nak sponser pape boleh direct email ke email wan ya. Tak pun DM wan kat mana-mana media sosial kat atas tu 🤗


You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...