Extend Semester

6:00 PM


Assalamualaikum & Hai semua??!!

Topik untuk entry kali ni agak “SENSITIVE” dalam kalangan pelajar ipta/ipts macam aku ni ah. Kalau boleh tak nak ada perkataan ni dalam hidup. Ececeh. Haha

Ujana Sarjana, UiTM Sabah
Kenapa tetiba aku nak cerita pasal topik ni?

Sebab aku pun dalam kalangan pelajar yang kena extend semester. Huarghhh! Start dari sem 1 lagi memang berniat nk tamat on time, tapi nak buat macam mana kan. Usaha tak cukup lagi agaknya.

Ok lah. Aku nak bagi kata2 semangat untuk mereka2 yang kena extend semester ni. Kita habis study lambat tak semestinya tak Berjaya dan yang habis/tamat study on time tu pun belum tentu dapat kerja terus kan? Orang kata rezeki masing-masing. So pasti ada hikmah kenapa kita kena extend semester ni.

Apa kebaikan extend semester?

Kita boleh perbaiki mana yang sebelum2 dapat “C” je. Boleh naikkan lagi pointer (CGPA/GPA) kita dan banyak lagi senanya. kalau nak taip panjang sangat pulak.

Kalau korang extend jangan pulak kecewa sampai bunuh diri or berhenti study. teruskan usaha anda! Tapi sebaiknya kalau boleh jangan lah ada niat nak extend semester.

Pape pun ni Cuma pendapat aku. Kalau korang rasa ada yang salah tu mohon perbaiki. Kalau korang rasa pendapat aku ni tak betul. Just ignore dan mohon move on laju2. Haha


Pape pun thanks sebab sudi baca entry ni sampai habis. xo


You Might Also Like

2 comments

  1. sesetengah org pndg serong kalau kena extend sem nih.. tp husna tak kisah pon sbb masing² ada sebab tersendiri.. dan betullah apa yg dikata, tak perlu rasa malu sbb dgn extend sem kita boleh tumpu sepenuh perhatian pd subject yg belum ambil lg tu.. good luck!

    ReplyDelete
  2. baru2 ni saya kena extend 2 sem, sbb total subject smua 13, 6 fail, 7 kena catchup.. agak down & frustrating bagi saya, tapi saya faham, itu semua untuk perbaiki balik gred saya

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...