Jalan Jalan ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah

1:30 PM


Hi Semua??


Baru2 ni wan short vacay ke Desa Dairy Farm, Kundasang! walaupun senanya dah beribu kali lalu kundasang ni. baru kali ni dapat pegi betul2. actually, sebelum ni pun dah pernah. tapi dengan ex. memory dengan ex dah terpadam. so kira ni first time datang sini. hahahaha

Kalau wan nak pegi tempat ni mengambil masa 4 Jam kalau naik kereta, kalau naik flight memang tak akan sampai sebab tak dah airport kat kundasang. haha

Entrance ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah
Ni entrance sebelum masuk ke Desa Dairy Farm. kena bayar tauu. bukan masuk percuma. kalau pandai runding, boleh dapat harga murah. Dewasa - RM5, Kanak2 - Percuma

Tak tahu apa nama vehicle ni? haha
Korang boleh naik motor yang mcm dalam gambar kt atas ni. hahaha. wan tak tahu nama motor ni. serius tak tipu hahahahahaha.

Lembu Desa Dairy Farm Kundasang
Ni lah dia lembu yang paling famous kat sabah ni. haha. kalau korang nak tahu, bukan tiap masa lembu tu ada kat sini. kalau korang bernasib baik, boleh lah ambil gambar macam ni. kalau tk, gambar rumput je lah.

Ada masa tertentu lembu ni akan masuk kandang. peringatan buat korang, udara kat kawasan ni memang tk berapa segar. sebab ada lembu. bau taik dia memang perghhhhh. hahaha

Batu lembu Desa Dairy Farm Kundasang
Bukan lembu je ada kat sini. batu lembu pun ada. besar tau batu ni. dulu siap boleh panjat batu ni. sekarang tak boleh dah. 

Gunung kinabalu, view dari desa dairy farm kundasang
Gunung yang botak kat sana tu lah gunung kinabalu. sedihhh. dulu tak mcm tu, bila dah kena earthquake terus jadi macam tu.

Cantik pemandangan kat kawasan ni. sejuk dan rumput pun semua hijau. yang bau taik lembu tu kadang2 je ada. hahaha. 

Ice Cream Buatan Susu Lembu Desa Dairy Farm Kundasang
Yang ni Aiskrim original diperbuat dari susu lembu tau. memang sedap tak terkata! tapi harga dia macam tk berbaloi. untuk yang ni RM5. perghh. banyak lagi makanan yang korang boleh beli kat sini. Susu Lembu dalam kotak, puding, yogurt, sosej dan etc.

Semua produk memang 100% dorang yang buat. sebab tu mahal semacam je kan.


Ok itu je entry untuk kali ni. nanti ada masa kita jumpa lagi. bye y'all! xo



You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...