Sandakan City View Dari Hotel Four Point

9:17 AM


Assalamualaikum dan hi y’all???

Memandangkan Bandar Sandakan ni Bandar yang terdekat dengan rumah wan, so kali ni wan nak cerita pasal “Bandar Sandakan”.

Walaupun wan kata Bandar yang terdekat tak bermaksud dekat sangat tau. Dari rumah wan nak pergi Bandar Sandakan ni mengambil masa 1 or 2 jam. Jauh uolls!!

Tapi mesti korang tertanya2 kenapa wan macam selalu kat Sandakan kan? Haha. Rumah abang ipar wan kat Bandar Sandakan. 10 minit dah boleh sampai. Wan selalu bermalam kat sana. Hal maklum lah kadang2 anak buah rindu dengan wan. ;p

Ok tak nak membebel panjang2. Meh tengok gambar kat bawah ni

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Ni lah view Bandar Sandakan dari atas Hotel four point, Sandakan. Masa ni wan kat tingkat 11. Kebetulan nak tengok wayang. Sambil2 nak tunggu masuk panggung. wan tengok view yg cantik ni.

Wan pun first time naik sampai tingkat 11 ni. Yela panggung pun baru2 je buka. Sebelum ni panggung Bandar Sandakan kat Bandar ramai2. Kalau nak pegi panggung kena naik bus. Sekarang panggung kat tengah2 bandar Sandakan uolls!

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Cantikkan???? Haha. Bandar Sandakan ni tak lah besar sangat macam KUALA LUMPUR. Kecik je. Tak berapa ramai org kat sini. Melainkan hujung minggu or musim perayaan. Sumpah ramai! Masa2 tu ramai dia macam kat pasar malam kat Danau kota tu. haha

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Huarghhh cantik sangat!! Tak seberapa cantik bila tengok dalam gambar. Yela sebab ada cermin yang memisahkan wan dengan dunia luar. Hahaha

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Ni pun view dari atas hotel tauu.. cantiknya ciptaan Allah SWT. <3

Salah satu keunikan negeri sabah ni ialah semua bandar2 dia terletak kat tepi laut. Sebagai contoh Bandar Sandakan, Bandar kota kinabalu, Bandar lahad datu, Bandar tawau. Semua bandar2 ni kat tepi laut uolls. Sebab tu negeri sabah terkenal dengan makanan seafood.

Ok itu je untuk entri kali ni. thanks sudi baca! jumpa lagi di entri yg seterusnya!



You Might Also Like

3 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...