Jalan Jalan ke Kundasang War Memorial

12:26 PM

Assalamualaikum dan hi semua!!!

Entri kali ni nk cerita pasal (mohon baca tajuk entri) haha

Lokasi War Memorial ni kat pekan kundasang. betul2 kat pekan dia. kalau korang tak tahu, mohon tanya penduduk tempatan kat sana. 

Tiket Masuk Ke Kundasang War Memorial

Ahh ni dia tiket masuk ke war memorial tu. murah je RM2 utk dewasa dan percuma untuk kanak2. tapi tak tahu lah kalau2 ada perubahan tetiba kan. tapi tak dah lah sampai RM50 haha. tu macam pegi taman tema genting dah. 


Pagar War Memorial Park Kundasang

Bila korang dah bayar tiket. korang akan menaiki bukit yang tak berapa nak bukit. tapi boleh ah tinggi dia. kalau nafas tak panjang boleh semput. yela kat sini kan sejuk pastu naik tempat tinggi. haha. 

Korang boleh baca kan notis2 kat pagar tu? curi bunga denda $100!! bukan RM tauu. ni USD. hahaha. kalau berani curi lah. ada tv cctv sedang memerhati. haha


Kawasan Gambar Dan Kedai Cenderamata Di Kundasang War Memorial

Kat sini pun ada gak kedai cenderamata untuk korang bawak balik. boleh runding untuk dapat harga murah. jangan risau kat sini pun ada jual makanan. tapi makanan ringan je. haha. lepas keluar dari war memorial ni, boleh terus masuk ke KFC sebab dekat je tempat ni. hahaha


Tugu Kundasang War Memorial

Ni lah dia tugu war memorial tu. kt sini banyak bunga cantik2. kalau nak tengok boleh lah datang.


View Gunung Kinabalu Dari Kundasang War Memorial

Yang last ni tempat tip top untuk penggemar selfie dan kaki bergambar! sumpah lawa view dia! acah2 kat zaman rome dulu2. kalau beruntung dapat lah tengok puncak gunung kinabalu. masa ni wan datang tengahari dah. agak panas. tapi tu lah, boleh nampak gunung kinabalu! yeay!

Ok tu je entri wan untuk kali ni. thanks semua! xoxo


You Might Also Like

2 comments

  1. Semangat nak pergi Kundasang berkobar2 dah ni.. Lebih2 lg lepas tengok gambar2. Paling penting, nak rasa cuaca sejuk kat Kundasang.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  2. best nye ..... hurm.. boleh lah kumpul duit nnt p jalan2 ke sini :D

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...