Sedapnya Pizza Pezzo
10:35 AM
Assalamualaikum dan hai semua??!!
Entri kali ni wan nk cerita pasal satu makanan ni. Rasanya
korang dah tahu apa nama dia kan. Kalau tak tahu juga mohon pupus. Haha gurau
je. Mohon baca tajuk entri tu. Nama makanan tu pezzo! Bukan pizza or domino
pizza tauu.. ni PEZZO.
Pezzo ni sama je macam pizza. Tapi dia lagi sedap tak
terkata.
Gambar kat bawah ni lah dia.
Pizza Pezzo |
Kalau korang beli 3 slice of pezzo. Korang akan dapat kotak
macam ni. Besar tau kotak ni. Dah macam kotak hadiah. Packaging dia sangat
cantik dan menarik.
Kotak pun high quality.
Pizza Pezzo |
Tadaaa.. ni lah pezzo
tuu.. sumpah sedap!! Atas dia pun memang penuh dengan bahan2. Harga untuk satu
slice tu dalam RM6 ke RM8. Dia agak mahal tapi berbaloi. Sebab dapat makan satu
slice tu dah cukup untuk buat kita rasa kenyang. Tapi bagi wan, satu tak cukup.
3 baru cukup. Hahaha
pizza pezzo |
Alahaii
sedapnyaaaaaa. Tetiba rasa ngidam nak makan lagi 10 kotak pezzo ni. Haha. Kalau
nak lagi sedap, makan lah dengan member. Member yang tak kuat makan ye. Takut
habis lak semua dia makan. Hahahaha. Joke.
Harap lepas ni lebih
banyak cawangan pezzo kat Malaysia ni especially kat SANDAKAN, SABAH! Setakat
ni wan tahu ada dua tempat jual pezzo kat sabah ni. Satu kat Indah Permai, Kota
Kinabalu dan satu lagi kat 1Borneo Mall, Kota Kinabalu.
Kepada sesiapa yang
belum pernah makan ni. Pegi beli laju2. Sedap!
Ok itu je untuk entri
wan kali ni. Jumpa lagi di entri yang akan datang! xo
2 comments
Bila mo smpai Tawau :(
ReplyDeleteAla.. kat Sandakan je ke?? Semenanjung xde e..
ReplyDelete