“Orang sabah tinggal atas pokok”

10:13 AM


sunset kota kinabalu sabah
Sunset, Kota Kinabalu, Sabah
Assalamualaikum dan hi semua!!

Hari ni wan nk cerita pasal isu yang lebih sensetif dari biasa. Walaupun dah tahun 2016, masih ada sesetengah rakyat negeri2 lain kat Malaysia ni cakap orang sabah duk atas pokok?? like seriously?.

Wan nak bagi sedikit pencerahan kepada mereka2 yang berfikiran sempit dan agak ketinggalan zaman. Kita tahu lah sabah ni banyak orang hutan dan species monyet. Tak semestinya kitorang tinggal atas pokok.

Secara jujurnya wan dah pernah pegi 1/3 negeri2 kat semenanjung Malaysia. Wan tengok rumah2 kat sabah lagi besar dan rata2 orang semenanjung duk kat apartment. Rasa macam dorang ni yang duk atas pokok.

Bukan nak sakitkan hati siapa2. Tapi ni kebenaran yang harus korang tahu. Kalau tak pernah datang sabah. Jangan melemparkan or membuat statement yang agak kurang matang.

Ni pun wan tak masuk cerita pasal orang asli kat semenanjung lagi. Orang asli kat SARAWAK dah ada rumah sendiri. Bertingkat pulak. Orang asli kat semenanjung apa cer? Tanya PM najib. Huhu

So, sebelum korang nak buat statement yang orang sabah duk atas pokok. Pastikan korang dah pernah datang sabah. Jangan cakap naik flight pun tk pernah. Kan sekarang AirAsia ada menawarkan package murah ke sabah dengan hanya rm10. Haha ;p


Ok lah. Thanks sudi meluangkan masa mendengar luahan hati seorang jejaka tampan dari sabah. Ehhh.. mohon muntah hijauuuu. Hahaha. jgn ada terasa hati. wan tetap hormat pendapat korang tuuuuuuuuuuuuuuu.. haha

Jumpa lagi di entri yang seterusnya! Xo



You Might Also Like

1 comments

  1. hidup wan!! btl tu sabah Sarawak ni org asli tapi rumah tradisonal unik tau, siap masuk muszium. Negeri dorang maju pun hasil Negara kita kan :) tp x semua berpndapat mcm tu. apapun kita tetap hidup aman makmur

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...