Monday, October 13, 2014

Officially berakhirnya sem 4 di UiTM Sabah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam blogger semua!

Officially berakhirnya sem 4 di UiTM Sabah
Alhamdulillah.. akhirnya berakhir da Semester ke 4 aku kat "UiTM Sabah". bukan senang nak habiskan paper ni awal2. banyak dugaan yang aku hadapi pada sem ni. 

Sebenarnya paper last aku untuk sem ni kemarin Paper MAF280 (12 oktober 2014). baru sekarang ada masa nak upgrade blog ni. haha. hal maklum la, lepas exam je kemarin. pegi makan then tido sepuas2nya. membalas dendam la katakan. hahahaha. 

Setiap yang kita buat ada balasan yang setimpal. Cthnya, aku study seharian tanpa tido and then lepas jwb paper 2 terus tido sampai keesokan paginya. hahaha. kau mampu? hahahahaha.

Pape pun, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua lecterur, classmates, roomates dan kengkawan yang rapat dengan aku. terima kasih sebab da banyak tolong aku sem ni.

Especially, buat "YAYA" kerana membantu aku time susah dan senang. tk lupa juga buat "SHA" & "KAI". korang banyak kongsi ilmu dengan aku. tanpa korang, da tentu hidup aku kt kampus ni membosankan. hahaha

Kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi di semester yang seterusnya (Sem 5). Inn Shaa Allah. amiiinn.. semoga Allah membuka pintu rezeki kita seluas2nya. amiinn.

Buat semua warga DIP uitm, Selamat Bercuti!!!!!! bila cuti 2 jangan lalai sangat. jaga kesihatan. jaga mak ayah. jaga semuanya. hehe

Ok itu je. jumpa lagi di next entry ;)


Tuesday, October 7, 2014

Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey (Entry Bergambar)

Assalamualaikum dan salam blogger!?? rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha sekali lagi buat korang semua terutama pembaca setia blog aku ni. ;)

Memandangkan Raya Aidiladha jatuh pada hari ahad bersamaan 5hb oktober 2014, ramai member aku yang datang ke rumah! yeahh! im so happy baby!! hahaha. thank you so much buat semua member2 farcey yang sudi datang ke rumah aku. *gambar rumah aku tk de* hahaha.

Sebelum start final exam yang lalu. aku ada konflik besar dengan dorang smua ni *farcey*. Alhamdulillah raya aidiladha 2014 telah menyatuhkan aku dengan farcey ni. farcey ni merupakan member2 lama since darjah 1 sampai la sekarang. kau ade? xdekan. hahaha.

Ok la. tak nak banyak cakap. korang layan la gambar2 kitorang yg ala2 model tanpa lesen. hahahaha

Ini aku, wan, owner blog ni & king of selfie! haha Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
member2 farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 Farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 Farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 farce *aku paling ayu dan sopan! hahahaha Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Aku & jierah ;) Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Aku & Sera *member farce & kt uitm! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 Farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Aku sekali lagi! king of selfie bagi negeri sabah! hahaha Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Model of the year! Ryen! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
aku & ryen *member farce dan kt UiTM Sabah! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Samsul & Ryen! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Member2 Farce! Sambut Raya Aidiladha 2014 bersama Farcey
Ok! itu sahaja entry aku pada kali ini. pape pun, semasa aku beraya kt salah satu rumah member2 aku ni. ada la abg ipar dia yang sngt2 sengal. hahahaha. dia tanya kwn aku 2 mcm ni

"Member kau ni ada sudah lakinya? mcm perawan".. sambil matanya memandang aku dengan tepat! bhahahahaa!! ini sangat awkwardddddddd!! (>_<) 

hahahaha. bila ingt peristiwa ni. rasa nak gelak guling2 pun ada. hahahahaha.

Thank you semua!!! enjoy sangat time ni ;) sekiannnnnnnn



Saturday, October 4, 2014

Hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan Malaysia #throwback #uitmsabah #2014 (entry bergambar)

Assalamualaikum dan salam blogger semua! kemain tajuk entry aku kali ni. xde idea nak letak tajuk apa. hahahaha. aku xnak cakap banyak. korang layan la beberapa "ketul" picture kat bawah ni. haha. ;)
chris, farhan & topok! hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan
Topok & jerry! hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan
hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan
Farihan, jerry & topok! hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan
owner blog ni! #selfieterbaik #selfie. haha! hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan
Jerry & wan! hangout & kbox day bersama siswa bakal-bakal akauntan
Rasanya semua manusia perlukan rihat dan bersantai. apabila da asyik ngadap buku je susah gak. kekadang akan ada kesan sampingan. kami mengambil keputusan utk pegi kbox. hahaha. puas gak la nyanyi walaupun suara agak sumbang.

Kalau ada rezeki Inn Shaa Allah muka2 kat atas ni la akan menjadi bakal-bakal akauntan kat malaysia pada tahun 2015++++. amiiiinnnn.. ok itu je entry aku pada kali ni. ~~~~~~



Selamat Hari Raya Aidiladha 2014!

Assalamualaikum dan salam blogger semua! aku nak ucapkan selamat menyambut 
"Hari Raya Aidiladha" buat rakan blogger dan semua yang menyambut hari raya ni! 

Potong haiwan korban 2 hati2. jangan sampai orang yang kena potong. tak pun lelaki yg kena sunat potong dua kali..oops! hahahaha.

Hidangan sempena Hari Raya Aidiladha
Sempat la juga buat beberapa jenis kuih raya. actually, ni baru setengah hidangan. banyak lagi hidangan yang aku xsempat nak gambar. hal maklum la, ramai sangat tetamu yg berumur kanak2 ribena ni. da macam hari raya aidilfitri. hahahaha

Akhirnya dapat juga aku beraya korban kat rumah. masih teringat masa kat kolej KLMU. masa raya korban 2 aku ikut member kolej (amir) balik rumah dia kt melaka. syokk gak. 

For the first time aku beraya jauh dengan family. kat melaka 2 weyhh! family aku kat sabah. sobsobss. nasib la tahun ni dapat beraya bersama family tercinta. ;) 

Walaupun agak stress gak beraya ramai2 kat rumah parents ni. nak tahu kenapa aku stress? sebab ank buah ramai sangat. sikit2 gaduh. sikit2 nangis. haishhh.. boleh tak matang sikit. hahahaha. 

Ok la. pape pun hubungan aku dengan kengkawan lama da kembali pulih. aku minta maaf dngn dorang then dorang maafkan. alhamdulillah. minta maaf la selagi mampu. jangan ego sangat. tak kemana pun. huhuhu. aku nak minta maaf gak dengan rakan2 blogger dan semua kengkwn yang jauh d mata. mungkin aku pernah terkasar bahasa dngn korang atau pun menyakitkan hati korang. maafkan aku k. kosong2 k? :)

Itu je entry aku pada kali ni. aku nak sambung layan tetamu. hahahaha. 
follow my insta : @mohdrizw




Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014! Entry Bergambar!

Assalamualaikum dan salam blogger smua! rasanya belum terlambat untuk aku update entry yg khas buat #Kartac2014. Karnival TAC ni merupakan hari bersukan + berkenalan bgi pelajar2 diploma in accounting di UiTM Sabah. Tak rugi rasanya join kartac ni. sebab kartac ni kira macam "Family Day". 

Aktiviti ni dibuat utk memupuk semangat berpasukan, kerjasama, hormat menghormati dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan junior2 dan senior2 ;) ok la. tak nak cakap banyak. korang layan la gambar2 kat bawah ni.

My BFF!! Sha & Yaya! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Sukan Galah Panjang, Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Selfie Terbaik! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Selfie terbaik gak. haha Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Lompat Getah! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Tarian Sumazau beramai-ramai! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Selfie terbaik lagi! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Model Of The Month! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Selfie serius dan muka comel. hahaha Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Adik2 junior part 2 DIA! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Bowling Kelapa! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Double selfie ft Monopod! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Double Selfie by Iphone 5s! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Pasukan Part 4 DIA! Karnival The Accountancy Club, UiTM Kota Kinabalu, Sabah #KARTAC 2014
Itu sahaja gambar yang aku dapat upload. sebenarnya ada beribu2 gambar lagi yg belum aku upload. klau nak upload semua boleh berbulu d buatnya. hahahaha. 

Best sangat KARTAC ni. semua sukan dan aktiviti yang dijalankan berunsur game tradisional. ade gak yang moden cthnya futsal. hihi.

At the end, kitorang (part 4) yang paling banyak dapat hamper. kau ada? hahaha. jangan memain dengan part 4 yeee. kitorang diam2 tapi berisi. hoho *krik krik* kacang biru.. hahahahaha. ok la. sekian sahaja entry pada kali ni. tq sudi baca ;)

*Semua gambar diatas milik blog owner ni 100%*


Friday, October 3, 2014

Syoknya menderma darah bukan dara

Assalamualaikum dan salam blogger semua! kali ni aku nak cerita pasal "syoknya menderma dara darah" hahaha. jangan konfius lak. bukan "DARA" tau. ni "DARAH" ;)

Selepas aku join PLKN kt Kem Princess Haliza 2, aku da start merasakan yang derma darah ni syok sebenarnya. kebanyakan orang tak nak derma darah sebab takut dengan jarum suntikan. uolls jangan la takut. tak sakit mana pun.

Setakat ni da 3x aku menderma darah. yuhuuuu. kau ado???????
1st - Kat PLKN (Kem Princess Haliza)
2nd - Kat UiTM Sabah
3rd - Kat CenterPoint, Kota Kinabalu, Sabah.

Menderma Darah at CenterPoint, Kota Kinabalu, Sabah
Menderma dara darah at centerpoint, sabah
Semasa aku tengah baring kt katil tempat menderma darah ni, dorang (Kaki tangan hospital) tengah busy memberi hadiah kepada penderma terbanyak. ada la sorang uncle ni da menderma sebanyak 80x. fuyoooo!

Aku pun tak sure kalau boleh sampai 80x. hahaha. rasanya setiap minggu dia pegi menderma darah. huhu. muka uncle 2 nampak muda sangat2. tak perlu makan ubat pape. memang semulajadi awet muda. hal maklum la, bila kita menderma darah ni secara automatik darah kita akan digantikan dengan darah yang baru. sebab 2 badan kita kekal sihat dan muda.

Kepada korang yang nak kekal sihat dan muda 2. boleh la pegi menderma darah. menderma darah dapat membantu golongan yang memerlukan darah kita ni. btw, darah aku "O" ;) sapa darah O? kita geng! darah ni paling bagus sebenarnya. hahaha. *angkat bakul sendiri*

Ok la. itu je untuk entry kali ni. apa tunggu lagi. jom derma darah ramai2. ;)

Kucing kesayangan mati kena pijak kereta

Ya Allah.. sedihnya bila dapat berita yg kucing kesayangan aku (yg colour coklat) mati kena pijak kereta. kereta abg & kakak ipar aku. :'( kenapa la time2 mcm ni dia mati.

Aku nk cerita sikit pasal kucing aku ni. kucing kesayangan aku ni sebenarnya banyak tapi yg dua dlm pic 2 je yang aku paling syg. dua2 anak beranak. mama dia yg colour coklat putih dan anak dia yg colour kelabu putih 2.

Kucing kesayangan
Family aku da lama jaga kucing ni. semenjak mama dia kecil lagi. sampai la anak dia sama besar ngan mama dia. kira da lama. da hampir berapa tahun da. 

Tapi umur mama dia tak panjang. baru je mama dia mati. xsampai seminggu da mama dia pergi. kesian anak dia. mama dia la yg selalu temankan anak dia yang da besar ni.

Anak kucing aku
Mcm ni ceritanya. Kakak ipar aku nk jalan. dia panaskan la enjin keta dia 2. da 10 minit panaskan enjin, dia pun terus jalan. pada mulanya dia jalan slow2 then tetiba terdengar suara kucing kesakitan. kakak ipar aku 2 kluar la dari keta, dia tengok kucing 2 da mati kena pijak ngan tayar keta dia. sobsobsss..

Tragisss sungguh. ni la akibatnya apabila ada kereta dan kucing kt rumah. :'( abg aku kata, kucing 2 tak dapat diselamatkan da. sebab kepala dia yang hancur kena pijak. ya Allah. sedihnya. rasa nak nangis je aku rasa!!!!!!!!!!

Da lama aku jaga kucing 2. :'( xda kucing da dpt ganti tempat dia. kucing 2 memahami aku. bila aku sedih. mesti dia datang pegi tempat aku. mcm tau2 je aku tengah sedihkan. :'( Ya Allah. jagakan la kucing aku 2. aku sangat merinduiinyaaa. :'( 






Fenomena Game Clash Of Clans

Salam blogger semua! korang tahu tak game "Clash Of Clans"?? tipu la klau korang tak pernah dengar nama game ni. haha. sebab game ni pun salah satu fenomena yang agak cepat tersebar kt UiTM Sabah ni. hahaha.

Wallpaper Clash Of Clans
Aku salah seorang yg tergila2 main game ni. susah nak kata la. sometime game ni buat rasa ketagih gak. tapi ni ketagih yg sihat bukan mcm ketagih merokok 2. ni sekadar main game. masa zaman2 aku part 1...2...3.. kat UiTM Sabah ni xde lagi fenomena game clash of clans ni.

Time 2 masih tergila dengan game "Dota" & "Counter Strike".. game ni masih baru lgi. ramai yg tak thu lagi. apabila aku da masuk sem 4 sebagai pelajar diploma in accounting kt uitm sabah ni, baru boleh nampak betapa obsesnya mereka dengan game ni.

Pada pandangan aku, game ni syok sebab grafik dia agak cantik, masa utk upgrade sesuatu 2 masih berbaloi.. dan yg sekarang ni da ada clan war. boleh berperang secara berkumpulan dan ada new troops yg agak awesome gak la. 

layan picture kat bawah ni

New Clash Of Clans Troops "Lava Hound"
Ni ahh lava hound! tapi sebelum korang boleh dapatkan troops ni. korang kena la upgrade dark barrack korang dulu. hahaha. kena usaha baru boleh unlock this troops! ;p

Clash Of Clans Troops
Ni pulak troops2 yang ada kt clash of clans. rasanya da hampir semua troops aku da unlock kecuali archer queen dan perempuan sihir 2 (Lupa nama dia) hahahaha.

Aku buat kesimpulan utk game ni.. game ni best sebab dia boleh play kt mana2 gadget asalkan ada android or ios yg boleh download app clash of clans ni. so, apa tunggu lagi.. jom join game ni! hahaha.. game ni tk kira umur, asalakan ada basic peperangan. hahahahaha. ;p ok sekian. selamat mencuba!

Balik bercuti sempena Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan salam blogger semua! jyeaahhh! exam ada 1paper lagi. tapi aku da balik rumah da. hahaha. alhamdulillah mlm rabu lagi aku selamat sampai kat rumah mak & ayah tercinta ni.

Perjalanan dari terminal inanam "Station Bas Express" sampai ke rumah parents aku mengambil masa selama 6 jam. perghh! bayangkan korang kena duduk 6 jam dalam bus express 2. tak sakit punggung korang duduk? hahahaha. rasa nak nangis pun ada. tapi apakan daya. ini je cara yg terbaik nak balik rumah parents. 

Kalau nak ikut flight memang tk la. sebab mna ada airport terdekat dngn rumah parents aku 2. yg ada pun airports sandakan. mengambil masa 1 setengah jam gak baru sampai rumah. fuhhh. Alhamdulillah la sebab semua berjalan dengan lancar.

Bus Dyana Express (Double Decker) punya kembar siam. hahaha
Yang syoknya kali ni aku naik Bas Dyana Express (Double Decker)! syookkk. aku duduk kt atas. hehe. tinggi je kan. ramai gak member2 yg gtau bahaya naik double decker ni. tapi ok je aku rasa. syukur gak la. xde pape masalah. 

Beraya kt rumah parents tercinta!! paper exam aku akan bersambung pada 12 oktober 2014. paper costing!! dalam minggu depan 8hb oktober 2014 baru aku balik hostel. tapi kali ni bukan berseorangan. aku balik dengan shaaa!! yuhuuuu!!

Sha da bagi booking tiket awl2. 8hb pagi kami akan gerak balik ke kota kinabalu. yuhuuuuu. kalau ada kwn ok gak. tak la bosan sngt duk dalam bas yg krik krik ni. hahaha.

Ok la. buat kengkawan UiTM yg balik kampung sempena cuti raya 2. berhati2 la ye. ingt safety first ;) doa sebelum jalan. mintak restu dan maafkan semua org. In Shaa Allah semuanya baik2 dan selamat sampai ke destinasi. :) SELAMAT BERCUTI!! 


Friday, August 29, 2014

Manufacturing Account Acoustic - Official Video

Assalamualaikum dan salam blogger semua! 
tetiba datang mood nak update blog hari ni. haha

Actually, skrg ni aku da sampai kt umah. yuhuuu. aku balik rumah! tak tahan duk hostel (UiTM Sabah). rasa macam duk dlm penjara pun ade. huhu. sabo jew la. 

Ok la back to the topic utama. aku nak share video yang aku dan member2 group account buat. video ni amatuer je. xde edit2. sebelum korang play video 2. aku nak perkenalkan member aku yg dlm video 2. yg lelaki nama dia "Step" then yg perempuan 2 "Erra" :) ok enjoy!


Habiss! kan aku da cakap ni amatuer.. video ni sebenarnya utk assignment account kt uitm sabah. hahaha. 
ok la itu je entry pada kali ni. ;)



Tuesday, August 26, 2014

PREVIEW: Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum dan salam blogger smua?
Hari ni aku cerita pasal tanjung aru. haha.
Tanjung Aru ni merupakan salah satu pantai yang terkenal kt Kota Kinabalu, Sabah.


Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
Tengok gambar pun mesti korang da tahu ape yang special sangat kt tanjung aru 2 kan? haha. ramai pelancong2 luar negara terutama dari korea, jepun and taiwan yg suka datang ke pantai tanjung aru ni.

Kalau tak percaya korang boleh datang sendiri berapa ramai pelancong yg datang kt sana. tapi jangan la datang time hujan. hahaha. Sebab utama pantai ni jadi tarikan pelancong luar negara ialah kecantikan semulajadi dia, kuat angin, boleh tengok sunset yg macam kt dalam gambar 2. gambar 2 aku yg snap sendiri ok.

 Bukan setakat pantai je ada. kt tanjung aru ni pun ada kedai makanan yg sedap2, ada jual ayam panggang, lekor yg sedap, dan pantai tanjung aru ni terkenal dengan jeruk buah2an. perghh!! memang sedap la. aku da pernah rasa jeruk dia. jeruk mangga!! semua buah2an tempatan. yumyumm,,

Kepada sesiap yang nak datang ke sabah 2. jangan la lupa pegi pantai tanjung aru ni. tapi pastikan dalam jam 5 da sampai sana. takut2 terlepas sunset. lepas pegi tanjung aru ni. korang boleh pegi perdana park. dekat je dengan tanjung aru, kt perdana park korang boleh tengok pancuran air mcm kt Suria KLCC. :D tapi ni lain sikit sebab lagu2 dia berunsurkan kebudayaan di negeri sabah. 

Ok sampai sini je review aku utk tanjung aru. next time aku review tempat lain pulak ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers