Monday, December 31, 2012

Hangout di hari last 2012 Bersama Rakan UiTM l ENTRY BERGAMBAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ? ^_^

Hari ni datang kerajinan aku untuk mengupdate blog kesayangan aku ni.. maklum la, hari ni kan hari last 2012.. 31 december 2012.. huhu.. good bye 2012 !! pape pun meh kite sesama layan entry aku pada kali ni..

Actually , hari ni kami ade kelas business mathematics dan kelas financial accounting.. kitorang punya main semangat datang ke kelas pada pukul 8pagi!! aku SMS and CALL pensyarah 2 langsung tk de respon! da sampai kelas baru aku dapat SMS dari pensyarah kami 2.. dia kata hari ni kelas CANCEL.. whatt thee fissshh!! -.-" kenapa la tak cakap awal-awal.. ni da sampai kelas baru nak gtau. sabo jew la. :(

Tanpa membazirkan masa yang ada. kami pun bergerak dengan pantas balik ke hostel ! da sampai hostel semua buat muka penat dan tak tahu nak buat pe. aku bagi cadangan "jom kuar jenjalan".. kengkawan aku semua pun dengan semangat menjawab "jom laaa!" hahaha. kami pun bersiap + bermake up dalam masa 5 minit. lol !

Akhirnya sampai pun di 1 Borneo , Kota Kinabalu , Sabah ! yeaay ! awal lagi kowt kami sampai kat sana. sebab banyak lagi kedai yang tak buka. -.-" haisshh.. tak tahu nak buat ape. semua blurrr.. -.-" asyik blurr jew.. kitorang pun tawaf kat dalam 1 borneo 2 dalam 3pusingan. cuci-cuci mata la katakan. semua kepenatan.. kitorang pun rehat sebenatar bersama aiskrim coklat..

Farhan , Zai , Aku *berbaju hitam yang paling handsome* lol , rechard
 Rest N Go ! yeaay ! urut-urut badan jap. maklum la da penat berjalan. tak mampu kowt aku nak berjalan tanpa henti. kang tak pasal-pasal kaki aku patah. hahaha ! :p

jom layan gambar-gambar kat bawah ni ^_^

Farihan , Zai , Rechard.

Aku , Farihan , Farhan , Rechard *time ni kitorang kat EGYPT a.k.a 1 Borneo . lol
Itu jew gambar-gambar yang terpilih time kat 1 Borneo . sedar tak sedar kitorang da 3 or 4 jam berada kat 1 borneo 2. mata pun da puas. kami pun pegi la tempat destinasi utama yang kitorang nak pegi iaitu Bandar Kota Kinabalu ! 

Perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu mengambil masa 15 minit kalau aliran traffic berjalan lancar. kitorang mengambil masa 30 minit. sebab traffic jem ! what the hack !! huhu. penat + mengantuk + bosan duk dalam bus 2. huhu. tak tahu nak buat pe. kitorang pun tidur. hahaha ! bangun jew dari tidur, kitorang da sampai.. yeaahh!

Sampai jew Terminal Wawasan . kitorang cari CITY BUS. malas nak jalan kaki. da la panas *kami ni putera lilin la katakan. hahaha. kitorang nak pegi SURIA SABAH . Mall yang setaraf dengan Pavilion kat KL 2.. hehe ;p kat sabah pun ada. mall ni baru je open. sebab 2 banyak jualan murah. lagi pun akhir tahun. ape lagi kitorang pun shopping ! shopping ! dan shopping ! hahaha. :D

Selepas puas bershopping kami pun pegi la jenjalan kat WATERFRONT..

JOM LAYAN PICTURE-PICTURE KAT BAWAH NI ^_^

Kengkawan Sebilik aku tengah semangat nak amek ikan 2 bawak balik hostel. hahaha. tpi tak mampu. :p

aku suruh diorang buat muka comel. ^_^ ni la yang diorg buat. hahaha.. layaann ! *ade sape2 berminat? :p

Tuan Blog dan Zai . *time ni panas sebab 2 muka seyes nak mampus ! hahaha
 Picture kat bawah ni kami terjumpa dengan 1 family dari luar negara *pelancong dari ENGLAND. ni pun aku yang beranikan diri speak dengan org putih ni. harap maklum la my ENGLISH IS BROKEN. hahaha. tapi peduli apa kan. yang penting kita try :)
Sorang jew yang tak guna SPEK MATA.. *amboi..kemain ayu kaki aku 2.. hahahahhaa

Kitorang kena ribut *kat waterfront ni kuat angin. maklum la tepi laut. best !! ^_^

Zai , Farihan , Rechard *terbang ke udara. hahaha. hanya ni yang termampu ;)
Tuan Blog. Seyes lagi muka aku. huhuhu.. -.-"


Gambar last untuk entry kali ini ^_^

4 Jejaka Teruna. ada sesiapa berkenan ? sila call aku di talian 1111. hahaha. :p

Selepas kitorang puas cuci mata + shopping + berphotoshot + berjalan . kitorang pun balik ke terminal wawasan untuk mencari bus yang ke UiTM. . :)


Perghh ! hari ni memang puas + penat berjalan. bukan selalu dapat jenjalan sesama. pape pun thanks to my friend kerana sudi hangout bersama aku dan thanks pada yang sudi membaca entry aku pada kali ini. sayang korang !

Pape pun , aku nak ucapakan "SELAMAT TAHUN BARU" kepada rakan blogger yang tak pernah jemu menyokong aku dalam dunia blogger dan pada semua yang mengenali aku ;) jom lafazkan azam baru untuk tahun 2013 ! 2012 hanya tinggal kenangan :')

Terima kasih ! ^_^



Sunday, December 30, 2012

Sandakan ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys ? ^_^ kali ni baru ada masa dan peluang untuk aku update blog. tapi kepada sesiapa yang sering meluangkan masa jenjalan kat blog aku ni . terima kasih sesangat ! sayang korang :*

Sebenarnya aku baru jew balik dari bercuti-cuti malaysia di kampung halaman kat Kota Kinabatangan, Sandakan, Sabah ^_^ sudah aku lepaskan segala rindu kat sana. cuma yang sedih nya aku tak sempat nak jumpa kengkawan lama. :(

It's ok.. maybe next time aku dapat jumpa ngan kengkawan lama aku 2. rindu diorg sesangat ! :'( dah! dah ! aku tak mau sedih2. aku nak enjoy, happy, dan ceria selalu baru laa hidup ini rasa best jew.. kan.. 

Aku dengan scandel aku.. lolz.. hahaha !
Sekarang aku kat UiTM kampus Kota Kinabalu da. baru jew sampai.. orang pertama sampai kat bilik.. hahaha.. (T_T) yang lain masih merayap kat shopping mall kowt.. :) anyway, Thanks to my parents (ayah, mak, akak) kerana sudi hantar aku ke K.K dan aku sekarang da semangat sangat nak belajar ! maklum la aku da lepaskan semua rindu kat kampung halaman ;) 

Esok kena bersiap awal.. sebab ada kelas awal.. yuhhuuu ~ kelas Business Mathematics.. ade Quiz !! huhu.. doakan aku dapat jawab k? :D syg korang ! hehe

Jom masuk kelas ! hehe. sebelum terlambat aku nak wish "Merry Christmas And Happy New Year" buat korang semua ! 

Terima Kasih kerana masih sudi blogwalking dan membaca entry aku ni yang tak seberapa menarik.. :')





Wednesday, December 19, 2012

Cuti Pertengahan Semester Bagi Pelajar Diploma #UiTM


Assalamualaikum buat semua yang beragama islam ? dan salam sejahtera buat mereka yang bukan beragama islam.. ^_^

Aura mood untuk bercuti kian terasa.. tak sabar rasanya nak bercuti pertengahan semester.. mesti korang pun sama kan ? klau cuti laju je.. tapi kalau nak study slow macam siput sedut.. lolz ! never mind , kawan aku kata "lepas cuti ni baru kita study betul-betul" -.-" pown boleh macam 2 kan ? hahaha

Bagi aku.. masa study 2 mesti betul-betul.. masa main , main betul-betul.. kan ? :3 apa pun yang kita buat kena la betul-betul barulah hasilnya meletop macam lagu "stacy dan adam" haha.. pape pun di sini cuti pertengahan semester bagi pelajar diploma #uitm dijangka pada 

22 December 2012 - 30 December 2012 ( 1 minggu ) ^_^ yeaaah! ok la 2.. 

Sekarang da tanggal 20 December 2012.. berapa hari lagi ?? korang kira la sendiri.. 100% mood balik kg *tetiba.. haha! tak sabar weyh! tak sabar !! korang faham-faham je laa. aku da 4bulan lebih tak balik umah.. bukan tak nak balik.. cuma hajat tak kesampaian..

Hari 2 duk KL (study kat KLMU) 3bulan. pastu tetiba dapat tawaran UiTM - kampus Kota Kinabalu.. tak perlu fikir panjang aku terus pindah :3 balik sabah je terus masuk UiTM.. tak sempat balik umah :( rindu kat rumah! rindu kengkawan kat kg.. huhu.. 

Ok la.. aku da start terpesong dari tajuk utama.. haha.. 

anyway , "Islam Is Not Just A Word.. Islam Is A Way Of Life" ^_^

Thanks sudi berkunjung dan membaca entry ini.. :)

 

Tuesday, December 18, 2012

Sesi bergambar di UiTM Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ? ^_^

korang apa khabar ? sihat ? aku harap korang semua sihat2 selalu bersama orang yang tersayang dan tercinta . . pada tanggal 17 december 2012 . . kami group 2 ( AC1101A2 ) ada sesi bergambar untuk kelas. . yeah ! hari yang di nanti muncul juga akhirnya . . hehe

hari 2 kami sekelas memang bergaya ala-ala artis la katakan . . walaupun artis kampungan jaww . haha . . dalam pada masa yang sama , mereka sebulat suara telah memilih aku sebagai ketua . . -.-" aku tahu , dorang pilih aku sebab dorang malas nak buat kerja . .sebab 2 aku jew yang asyik dipilih . . never mind , aku mane-mane jew . . :))

Gambar kat bawah ni aku wif kawan baru . . kami sekelas . .dalam kelas 2 ada 27 orang dan hanya 5 orang lelaki . . yang lain perempuan . -.-" *nampak sangat kaum adam semakin pupus di UiTM. . hahaha . .


Picture ni snap curi-curi guna my phone . . lolz ;p

gambar kemungkinan siap selepas cuti christmas dan tahun baru. . tak sabar mau tengok gambar kitorang yang agak huru-hara. . hahaha. .

 Kepada kengkawan blogger , twitter or facebook ! jangan fikir yang bukan-bukan . .kami kawan jew. . tak lebih dari sekadar kawan sekelas :) 

Diploma In Accounting akan menjadi milik kami sekelas . .doakan kejayaan kami semua ! ^_^

Semester 2 2012/2013 yang terbaik ! hehehe..

UiTM Di Hati ku <3 


Sunday, December 16, 2012

Islam itu indah, Islam itu kedamaian


Islam itu indah, Islam itu kedamaian, Islam itu anugerah, Islam itu agamaku. . dan AKU BERSYUKUR :)

Assalamualaikum semua? hari ni cuti, aku ngan kengkawan aku kuar jenjalan kat 1borneo. jangan jeles k.. ;p haha! Actually, aku bercadang nak pegi shopping kat Suria Sabah. tapi tak jadi, sebab aku TERlambat bangun. haha.

nak buat macam mane kan... aku da sakit gigi pepagi 2. rase nak nanges jew :'( sedih!! huhu. tapi bila aku bangun jew dari tido. sakit gigi 2 da hilang. yeaah! tersangat happy. lolz..

sebenarnya aku nak cerita pasal ISLAM. hmm. agama ISLAM ni merupakan salah satu agama terbesar di dunia, tapi ada SYAITAN yang bertopengkan manusia sedang memburuk-burukkan ISLAM di mata dunia. :')

Never mind, Allah masih ada bersama kita. pasti suatu hari nanti kebenaran akan terbukti dengan sendirinya. I LOVE ISLAM FOREVER !

Saturday, December 15, 2012

Minggu pertama di UiTM Kota Kinabalu


 Assalamualaikum semua yang beragama islam ? dan selamat petang buat korang yang bukan beragama islam. ^_^

Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. terasa lebih seronok bila da seminggu duk kat uitm kota kinabalu ni. tapi minggu pertama ni agak mencabar sikit, sebab aku dan kengkawan yang lain tak tahu kawasan2 class yang da tercatit dalam jadual 2. 

Nasib la ada kengkawan wan yang da lama duk uitm ni. zuren nama nye. dia yang banyak membantu aku. terima kasih zuren ! jasa baik kau akan ku hargai selamanya. ok ok. . ni aku nak teruskan lagi cite aku ni. hmmm. 

Dalam minggu pertama ni lebih kepada pengenalan pensyarah yang mengajar kami dan subjek 2. semua pensyarah ok ! ^_^ tak de yang garang. Alhamdulillah !! Sabtu dan ahad ni aku duk hostel jew la. tak de assigment lagi. lepas ni konfom assigment banyak. -.-" tak pe. aku boleh jew. haha

SUBJEK yang aku ambil untuk sem ni  :
  1. AIS130 - COMPUTER APPLICATIONS AND COMMUNICATIONS IN ACCOUNTING 
  2. BEL120 - CONSOLIDATING LANGUAGE SKILLS
  3. CTU101 - FUNDAMENTALS OF ISLAM
  4. FAR100 - FINANCIAL ACCOUNTING  
  5. HBU111 - NATIONAL KESATRIA I
  6. MAT112 - BUSINESS MATHEMATICS
Doakan aku dapat result yang cemerlang untuk subjek2 di atas ni k? ^_^

anyway, thanks buat korang yang masih sudi follow, baca, entry wan. :') 


Tuesday, December 11, 2012

Hari Pertama Masuk Kelas Di UiTM

Islam Is My Way Of Life
Assalamualaikum warga blogger yang beragama islam.? mohon jasa baik korang untuk mendoakan aku berjaya dengan cemerlang di UiTM.. insya'Allah. aminn,, 

Hari ni merupakan hari pertama masuk kelas di UiTM. hanya Allah yang tahu, betapa nervous nya aku sekarang . rase macam nak demam-demam pun ade. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. betul tak? 

Sebenarnya aku memang da biasa sangat rasa nervous bila pertama kali masuk kelas. lepas dari hari ni, hilang la segala nervous 2. first memang macam 2. aku cuma berharap tiada musuh aku kat dalam kelas 2. lolz! aku tak suka musuh2 la. aku nak 1kelas 2 semua kawan aku ^_^ baru la ade semangat nak belajar klau ramai kawan.

Diploma In Accounting ! aku akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pointer tinggi ! hehe. korang doakan aku k?? 

Ok la guys.. aku nak bersiap pegi kelas. kelas pukul 8am. aku bersiap pukul 6:40am . .lolz ! awal gila siott ~ bukan selalu bersiap awal. sebenarnya aku da biasa bersiap awal. aku tak suka lambat2 ni. kalau boleh aku nak pegi kelas sekarang. hahaha !

Terima kasih sudi baca. kalau rasa baik hati, follow la sekali ^_^

UiTM Kota Kinabalu


 Assalamualaikum semua? lama da aku tak update blog ni. maklum la aku baru jew selesai mendaftar dan berdaftar sebagai pelaja UiTM cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah. sujud syukur pada ilahi..kerana telah mendengar doa mak dan ayah aku.. huhu.. 


Aku berjanji tak akan sia-siakan peluang ni. aku akan buktikan pada semua orang..yang aku boleh berjaya walaupun SPM aku tak gempak.. huhuhu.. 

Actually, sebelum ni. aku da pun study kat KLMU (Kuala Lumpur Metropolitan University College), dan pada masa yang sama, aku dapat tawaran study kat PKK (Politeknik Kota Kinabalu).. rezeki masuk. alhamdulillah.. aku pilih UiTM gak.. sebab family aku kata kat UiTM bagus.. 

Kat UiTM ni aku dapat DIPLOMA IN ACCOUNTING. agak nya aku memang da dijodohkan dengan subjek perakaunan ni kowt. ;) dulu aku tak suka sangat dengan subjek ni.. tapi lelama aku da semakin suka dan suka..yeay! i love subjek perakaunan ! hahahaha.. 

Kite da dapat jadual kelas. esok merupakan hari pertama masuk kelas. nevessssssss nyaa!! :3 harap2 esok semua berjalan lancar. aminn..  ok. doakan kejayaan aku di UiTM ! 

terima kasih kerana sudi membaca . . klau sudi LIKE dan FOLLOW ea.. ;)




Monday, December 3, 2012

Rambut pacak


Assalamualaikum semua ? waaah! cukup lama wan tak update blog wan ni. maklum la tak de masa nak update sebab busy buat assgment, tak lama lagi sem dua. yeaaay!. :') 

ok la. aku nak cite pasal rambut pacak aku ni. rambut ni da lama aku simpan dan jaga sebaik mungkin. bukan senang weyh! nak simpan rambut smpai pacak macam ni.

actually, best jugak ade rambut pacak ni. sebab ramai yang duk pandang2 kite. *jadi perhatian ramai la katakan....hahaha :p jangan jeles.. 

ade kawan sekerja cakap "rambut kau wan tinggi sangat pacak..ni klau burung lalu..mesti terbelah perut burung 2" wakakaka.. aku tergelak nak mampus. aku suka style pacak ni. tapi aku takut kena marah time kerja. sebab 2 sekarang aku da tk bagi pacak. :)

aku bagi belah siring jew. kakaka. jadi budak nerd jap :p

ok la..nanti aku update lagi. bye semua! take care :)


Monday, November 26, 2012

kenapa awak tinggalkan saya?

kenapa awak tinggalkan saya?
kenapa? kenapa? kenapa aku jew yang asyik ditinggalkan? ape salah aku eh? aku tak menghargai ke? huhu. aku da cuba yang terbaik. tapi aku masih ditinggalkan. sabar jew la. mungkin ini semua dugaan dan ujian buat aku kowt. aku pun tak tahu sebenarnya. huhuu

Time aku da sayang kat someone 2 sangat2. time 2 gak mereka tinggalkan aku. huhu. rase macam tertipu jew selama menjalinkan perhubungan 2. tapi saya kena redha. dalam hati kecil aku ni. masih ada secebis rasa cinta dan sayang kat dia. aku tak macam dia. aku tak boleh lupakan someone yang aku btul2 syang dan cinta.

Walau sekejam mana pun mereka 2. perasaan 2 masih ada. :') aku macam 2 orangnya . tak tahu pulak korang kan. setiap kali aku tengok picture dia. mesti rase "patah seribu" dan rase nak nanges + rindu pun ade. huhu. 

kadang2 hati aku berkata "aku nak dia semula!!" . tapi 2 semua hanya mimpi buatku. dia da tak sayang aku sebagai mana aku sayangkan dia. dia hanya suka kat aku. aku yang terover2 kan. malunya rase diri ini. kengkawan rapat aku pun ramai yang kata "move on wan!" . aku memang boleh move on. tapi bila aku free, dan terpandang picture dia. mesti perasaan cinta dan sayang 2 datang semula. =.=" huhuuu

~ awk! semenjak awak tinggalkan saya. saya rasa sangat2 "kosong" ! ~

Sekian, Terima Kasih



Tuesday, November 20, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.




Monday, November 19, 2012

mencari kekasih hati

mencari kekasih hati
Assalamualaikum dan selamat pagi dan malam kepada korang semua ;) rindu la dengan korang. eceh! tetiba. *ayat mintak hempuk* hahaha. sebenarnya da lama aku nak gtau kat korang semua ni. aku sebenarnya sedang mencari kekasih hati. ade sape2 yang sudi jadi kekasih hati tuan blogger tak ? 

Bukan kekasih hati 1 or 2hari. tapi untuk selamanya sehingga akhir hayat. aku cakap serius ni *buat muka serius* . mesti korang tak caye kan aku serius ? tengok muka aku yang serius. klik "sini" . macam 2 la muka aku serius. hahaha.

Aku mencari kekasih hati bukan memandang paras rupa dan harta. aku cuma pandang kepada kesetiaan  , kejujuran dan keikhlasan orang 2 untuk bersama wan . insya'Allah. andai korang mempunyai sifat2 berikut. sila hubungi wan secepat mungkin.! sebelum orang lain masuk meminang wan..hahah..just kidding :p

Sunday, November 18, 2012

choose the one who makes your world beautiful


choose the one who makes your world beautiful
Zaman sekarang bercouple da lain. semua pandang paras rupa dan harta. tak kira la dia 2 gay ke, lesbian ke..semua pun sama hanya memandang paras rupa dan harta. kita tak bleh nak tukar semua 2. 2 hak masing2 nak cara macam mane kan. sabor jew la. huhu. 

Kalau ikutkan hati, aku pun nak buat macam 2. nak pandang paras rupa dan harta. tapi tak mampu, aku cuma nak couple yang tak pandang paras rupa dan harta. macam pepatah 2 

"choose the one who makes your world beautiful" :')

Kalau orang 2 boleh buat aku bahagia da cukup walaupun dia tk de paras rupa dan harta. aku tak pandang semua 2. aku pandang hati , keihklasan dan kesetiaan seseorang 2. klau semua 2 ada da cukup bagi aku. tak perlu paras rupa yang cantik , handsome dan sebagainya. :')

Ada lagi ke manusia macam 2? manusia yang tak pandang paras rupa dan harta? ade sebenarnya. cuma aku tak jumpa lagi. huhu. hrap suatu hari nnti dpt jumpa org yg tk pandang smua 2. amin. 



nak balik sabah

sabah
Assalamualaikum semua? tetiba hari ni mood aku tak stabil. huhu. enta kenapa aku rasa nak balik sabah la. tak sabar nak cuti kowt. aku da bosan duk sini. haha. klau kita banyak duit. tk pe la kan. ni duit da pokai ! lol !

Aku sebenarnya da tak de mood nak duk KL. klau boleh aku nak pindah study kat sabah. aku rindu dengan family. maklum la aku anak mak. aku tak boleh berjauhan dengan family. aku tak de family kat KL ni. huhu. setakat kawan2 jew ramai.

Aku still perlukan family aku. =.=" dugaan. huhu. kalau korang berada di tempat aku. ape korang akan buat? pindah sabah ke? or teruskan study kat sabah ? huhuhu.

Saturday, November 17, 2012

senyum walau hati disakiti

senyum walau hati disakiti
Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? :) hari ni aku penuhkan masa dengan bekerja. no time 2 fikir sedih2 dan cinta2. kat tempat kerja aku digelar budak "senyum' . haha. sebab aku senyum jew. aku kurang bercakap. bukan sebab aku tak pandai nak bercakap .  cuma aku malas nak bercakap kalau perkara 2 tak penting. kannn. 

Betul la. dengan senyuman ni kita boleh tutup kesedihan dan segalanya. walaupun aku senyum . korang tak tahu ape yang aku rasa sebenarnya. aku cuma mampu bersabar dan bertahan. sebab aku jauh dari family aku. family aku kat sabah. huhu. 

Macam ni la hidup seorang perantau. redha jew. Allah sentiasa ada menemani kita :') ok la guys. aku nak tidoo.. selamat malam semua. :)


Thursday, November 15, 2012

Keajaiban Dalam Peperangan Di Gaza, Palestin.


Salam

Buar pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang.

Allah-hu-akbar. ...
 

Keajaiban di peperangan Gaza 

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza: 

Peristiwa 1 

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan 
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah 
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! 

Peristiwa 2 

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? 

Peristiwa 3 

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 

Peristiwa 4 

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! 
Allahu Akhbar! 

Peristiwa 5 

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 

Peristiwa 6 

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". 
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? 

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. 
Allahu Akbar!!! 

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza 
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya : 

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi. 

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah. 

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya. 

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa. 

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki. 

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah 
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai. 

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. 

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .


petua menghilangkan penat bekerja


Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? :D hari ni merupakan hari yang paling penat dalam hidup aku. huhu. maklum la hari ni cuti. aku sebagai pekerja cashier busy jew la memanjang. nak buat macam mane kan. demi sesuap nasik. huhu. 

Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah.  Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah RA sebagai penawarnya.

Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".

Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33 kali , bertahmidlah Alhamdulillah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33 kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"

Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu. Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita. Akan terserlah keceriaan di wajah anda pada keesokan harinya dengan senyuman. Selamat mencuba smua.

Wan pun nak cuba malam ni. :) 


Wednesday, November 14, 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H


Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H kepada semua pengunjung blog ini, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. InshaAllah esok pada hari Khamis bersamaan 15 November 2012 kita akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam. Bulan berganti, tahun bertukar begitu cepat sekali tahun 1433H akan meninggalkan kita.

Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Kebiasaan bila tiba kemunculan tahun baru dalam kalender Islam, kita akan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Doa Akhir Tahun di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Manakala doa Awal Tahun pula di baca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 DOA AWAL TAHUN HIJRAH


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman dimasa akan datang agar apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T. InshaAllah. Semoga hijrah kita ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers