petua menghilangkan penat bekerja
9:22 AM
Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? :D hari ni merupakan hari yang paling penat dalam hidup aku. huhu. maklum la hari ni cuti. aku sebagai pekerja cashier busy jew la memanjang. nak buat macam mane kan. demi sesuap nasik. huhu.
Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah RA sebagai penawarnya.
Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".
Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33 kali , bertahmidlah Alhamdulillah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33 kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"
Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu. Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita. Akan terserlah keceriaan di wajah anda pada keesokan harinya dengan senyuman. Selamat mencuba smua.
Wan pun nak cuba malam ni. :)
0 comments