Sunday, August 13, 2017

Kenapa Hati Ini Cepat Berharap



Biar aku sendiri bersama iphone 6 gold

Assalamualaikum semua? Hi?

Entri kali ni wan nk berjiwang sikit. nak cerita pasal hati. hati siapa? hati wan lah tak kan hati korang lak. haha. wan selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. hati wan ni lemah ke? ke hati wan cepat berharap pada seseorang?

Pernah tak korang jumpa someone. pastu hati korang berharap "dia" lah orang yang selama ni hati korang cari dan tunggu. pernah??? tak pernah kn? sebab wan je pernah. bukan kehendak diri ini. tapi dah memang hati wan macam ni. mungkin betul lah apa yang selama ni wan fikir. hati wan lemah dan hati wan cepat berharap.

Kadang-kadang orang datang dalam hidup kita hanya jadikan kita sebagai tempat persinggahan. bila dia dah rasa ok dia akan pergi dari hidup kita. selalunya masa ni wan akan sedih dan berasa murung + down gila siput babi. hahaha. sedangkan orang tu niat nak berkawan je. "KAWAN" je tak lebih tapi hati wan dah fikir lain. dah fikir orang tu lah yang wan cari selama ni. sedihnyaaaa.

Setiap kali wan jumpa orang, perkara macam ni akan berlaku. selama wan hidup kat dunia ni, rasanya dah lebih berpuluh kali wan rasa kecewa sebab benda kecik macam ni. kalau korang dah lama follow blog wan, korang akan tahu wan pernah tulis entri pasal kecewa haritu. haha. masa tu wan fikir macam tu gak "dia lah yang terbaik buat ku" konon lah. rupanya dia ada yang lebih baik diri kita yang tak seberapa sempurna ni. :(

Mungkin belum tiba masanya untuk wan merasa kemanisan dan kebahagian dalam dunia percintaan ni. wan tak berharap pun nak rasa. tapi kalau dapat tu merasa tu best gak. hahaha

Wan rasa bukan wan je macam ni. ada lagi kat luar sana sama species macam wan. haha. semoga korang tabah dengan dunia ini. smoga korang tak sedih-sedih dan buat keje bodoh sampai memudaratkan diri sendiri. tu bukan down sbb apa, tu buat keje bodoh namanya. hahaha

Thanks sudi dengar luahan hati wan. bukan selalu tau dapat taip panjang2 macam ni. sebab seseorang tu pernah wujud dalam hidup wan. dia pernah buat wan bahagia, tapi semuanya adalah dusta semata2. dia dah pergi. xpe lah. tak nak cakap banyak, dah tiba masanya untuk kita mulakan lembaran baru. cehcehceh macam kes putus cinta. padahal kes syok sendiri. hahahahahaha.

Ok lah tak nak merepek lebih. kita tutup entri ni dengan ASSALAMUAIKUM & BYE

Follow wan kt twitter! klik "SINI"



Tuesday, August 8, 2017

Cara Berkesan Mendapatkan Idea Menulis Entri Di Blog


Pinjam gambar encik google


Assalamualaikum dan hi semua??

Rasanya semua orang pernah mengalami masalah tak dah idea nak update blog? tak pun idea datang tengahmalam buta je, pepagi tak idea tak nak datang? so hari ni wan nak share tips macam mana korang nak dapatkan balik idea2 tu. yela kalau dah berbulan tak update blog boleh bersarang labah-labah kat dalam blog korang tu. haha

Sebenarnya tak susah untuk korang dapatkan balik idea tu. korang cuma perlu ikut tips-tips yang wan nak buat ni. inshaa Allah nanti idea datang secara berjemaah tak pun macam air terjun. haha

Cara pertama nak dapatkan balik idea menulis entri

1.Masukkan Gambar dalam entri.

Cara pertama ni memang fv wan. sebab sel-sel dalam otak wan sukakan gambar. bak kata orang "berjuta cerita dalam satu gambar" ahh. macam tu lah ceritanya. dari gambar tu kita boleh huraikan menjadi satu cerita yang menarik. kebanyakan blogger gunakan teknik ni. dorang upload banyak-banyak gambar dalam satu entri. lepas tu dorang buat jalan cerita yang menarik dan sesuai untuk dibaca.

Cara kedua nak dapatkan balik idea menulis entri

2.Bertanyakan Soalan.

Ok ni pun kira cara yang berkesan bagi wan. wan suka tanya soalan dan wan suka jawab soalan. kalau korang species yang sama dengan wan, korang boleh gunakan teknik ni. ni kira macam teknik menjawab paper english "4 wife & 1 husband". 3W2H tu WHERE? WHO? WHEN? WHY? HOW?. ahh korang tanya diri korang sendiri pastu cuba buat ayat yang boleh jadi jalan cerita. 

Eh.. itu je cara-cara wan untuk mendapatkan idea menulis entri di blog. korang mesti ada cara yang berbeza juga kan? ke sama? kalau korang ada cara yang berbeza nanti boleh lah share dengan wan kt ruangan komen. kot2 wan boleh gunakan teknik korang tu dengan jayanya. haha

Jumpa lagi kat entri wan yang lain. sekian terima kasih! bye.

Monday, August 7, 2017

Hari Pertunangan Abang Kedua Wan (11 July 2017)


Assalamualaikum dan salam blogger semua?!

Entri kali ni hanya throwback "Hari Pertunangan Abg" wan. abang wan ada dua je. so kira ni abang last yang bertunang. lepas ni tak de dah abang yang bertunang melainkan tetiba ada abang angkat bagai. hahaha.


Kakak kandung menyarungkan cincin tunang dijari kakak ipar

Yang tudung hijau tu kakak wan. yang baju purple tu tunang abang wan. dorang dah lama kenal. wan tengok kakak ipar wan tu tak sombong, peramah (pemalu sikit 10%. haha) tapi baik orangnya.


Hantaran Tema Biru Purple

Ok ni hantaran dorang. abg wan pilih tema biru. kalau korang nak tahu semua hantaran yang ada bunga warna biru ni dibuat dalam masa 3 jam sahaja. sebab tu lah tak secantik yang purple tu. haha. separuh dari idea wan tauuu.

Sejadah tu wan punya idea buat bentuk kipas tapi tak berapa nak jadi sebab sejadah tebal dan besar. wan google je semua. alhamdulillah siap juga.


Keluarga kakak ipar

Ni gambar keluarga kakak ipar wan, baju hijau tu mak wan. haha. masa ni wan dengan kakak wan sembang "mak jak sesat dalam gambar tu". rupanya kakak ipar yang suruh mak bergambar sama.


hantaran/dulang fv

Ok yang ni gambar last. hantaran yang wan suka. haha. sebab penuh dengan kemanisan dunia kahkahkah. balik je umah terus buka semua coklat. ngapp masuk dalam mulut. 

Basah kan coklat tu? sebab masa balik tetiba hujan lebat selebatnya. hujan rahmat gitu.

Ok lah itu je entri wan untuk kali ni. jumpa lagi kat entri yang akan datang. bye assalamualaikum...



#ReviewProduk: MEM Watches Malaysia


Assalamualaikum dan salam blogger semua??

entri kali ni wan nak review produk dari MEM Watches Produk! jam dorang ni bukan yang biasa je tapi luar biasa. jam untuk lelaki dan perempuan ada. apa yang bestnya pasal jenama MEM ni dorang selalu bagi diskaun kaw kaw kalah promosi celcom. haha. 

Kalau bernasib baik korang boleh dapat diskaun 70%/50% tau. harga pun berbaloi lah. berbanding jam2 kat kedai tu. sesuai sangat lah kalau korang tengah cari hadiah nak bagi kengkawan/makwe or pakwe or keluarga.


Yang ni jam wan order dari MEM Watches Malaysia

Gambar kat atas ni jam wan. dia datang dengan package yang sangat2 exclusive (termasuk dengan paper bag yang kat belakang tu).

Bila korang buka kotak hitam tu dia macam kat gambar bawah ni


MEM Watches Malaysia

Korang beli jam dapat percuma pen gak untuk yang special edition. pen bukan macam kat kedai runcit tu. ni pen dia original dan berat. tak lupa juga dengan WARRANTY CARD setahun! setahun y'all! tak rugi kan beli. 


MEM Enigma Special Edition Watches Malaysia

Tadaaaaaaa ni lah dia jam wan. jam wan yang order tu special edition. kenapa special edition? sebab tengok lah nombor dia. tulisan jawi tu. putaran jam pun lawan arah jam macam orang tawaf tu.

Kalau korang berminat nak beli jam macam wan ni korang boleh klik "SINI"

Klik untuk official website --- "MEM Watches Malaysia"

Sekian sahaja review wan kali ni. jumpa korang kat entri seterusnya. ;)




Saturday, March 4, 2017

Mobile Legends: Bang bang


Hi semua?? Entri kali ni wan nak cerita pasal game pulak. asyik cerita pasal cinta-cinta ni bosan pulak. ada baiknya cerita pasal game ni. haha

Actually, wan baru je terjebak dengan dunia game kat "phone". dulu wan memang gamer tegar. tapi main game kat laptop je. wan main dota dan banyak lagi (termasuk dengan game dinner dash) haha.

Ramai kata game mobile legends ni tiru game lain. yup memang betul. dah banyak game 5vs5 kat google play dan apps store. tapi ni game yang paling best pada pandangan wan. tak tahu pulak bagi korang kn.

Ni bukti wan memang main game mobile legends ni. haha

Walaupun game ni mungkin nampak senang. korang cuba lah main dulu. kalau jumpa team yang noob. memang kalah lah jawabnya. haha.

Finally wan dapat PENTA KILL

Kepada korang yang berminat nak join or try game ni boleh download game mobile legends kat sini. klik je link tu. jangan risau, bukan virus. 


Ok lah. itu je entri wan kali ni. wan review bukan sebab kena bayar tau. wan review sebab wan suka game ni. pape pun wan nak gtau twitter wan dah tukar nama. kalau nk follow wan kat twitter, boleh lah klik "SINI". tq guys! 



Friday, January 20, 2017

MOVE ON untuk menjadi lebih baik


 

Assalamualaikum dan hi semua? Hari ni wan nak cakap pasal "move on". tetiba pulak nk cakap pasal ni sbb ehem2. hahaha. korang tak ye tahu sebab dia. pape pun sebelum wan start taip panjang2, wan nak ucapkan "Happy 23rd Birthday to myself"! yeahh wan dah 23 dah sekarang. dah besar anak mak ni. tapi tu lah, wan nampak mcm 12 tahun je. sebab berbadan kecil agaknya. haha.

Tak kesah lah umur berapa pun. yang penting kita selalu happy gituu. ok lah wan nak meluah pasal move on. sebab sebelum ni wan in relationship. lepas tu ada sebab2 tertentu wan dan dia berpisah. wan tak sedih pun. sebab wan rasa ni jalan terbaik buat wan dan dia.

Mungkin ada sesetengah orang susah nak move on bila putus hubungan ni. wan pernah rasa semua tu. nangis sebab couple, tak selera nak makan, gaduh, happy, sedih. semua sebab couple. bila kita couple ni kita letakkan komitmen dan menggadaikan hati dan perasaan kita. if anything happens, kita sendiri yang akan rasa sakit. betul tak? Betul3 haha. biasalah tu. dah menjadi lumrah kehidupan manusia. Insha Allah suatu hari nanti kita jumpa lah jodoh kita. yang kita perlu buat hanya bersabar.

Apa maksud wan "MOVE ON UNTUK MENJADI LEBIH BAIK"??

Maksud wan kat sini. mungkin sebelum ni kita tak cukup baik untuk seseorang tu sampai dia sanggup duakan kita, dia sanggup tinggalkan kita. mesti masa tu kita rasa down nak mati sampai ada satu tahap tu sanggup cederakan diri sendiri. ishh. tak nak macam tu. Allah dah bagi kita tubuh badan yang sihat ni, mohon hargai please!

Jangan rasa down. ambil dan kumpul semua kata2 yang melemahkan kita tu sebagai bahan pembakar semangat kita untuk berubah menjadi lebih baik dari yang sebelum ni. cuba dekatkan diri dengan sang pencinta. banyakkan berdoa. mungkin ini satu dugaan buat kita. sebagai mana yang Allah SWT telah janjikan, setiap dugaan yang kita terima di bumi ni telah pun disukat dengan tahap kemampuan kita sendiri. that's mean dugaan tu kita boleh hadapi. ;)

Apa pun kita perlu tabah dengan semua dugaan ni & bersabar. besar ganjaran orang yang banyak bersabar ni. ganjaran di bumi dan di akhirat nanti. <3 Thank you semua sebab sudi baca. wayar2 kat otak ni tak berapa nk berfungsi dengan jayanya. tetiba idea mati. haha. jumpa di entri yang seterusnya. ;)

Wednesday, January 11, 2017

Aku mengalami DEPRESSION (kemurungan)




Assalamualaikum dan hi semua?!! Lama dah wan tak update blog ni. tapi sebelum wan nk bincangkan topik kita malam ni. wan nak ucapkan selamat tahun baru 2017 buat korang semua. harap sentiasa sihat dan bahagia di samping orang yang tersayang.

Wan jarang sebenarnya nak update blog ni. tapi tetiba hari ni terbuka hati nak update blog pasal "depression". ni bukan random topik tau. dah lama wan nak ceritakan pasal ni. tapi wan tak berani. wan takut orang kutuk wan. bila fikir-fikir balik. sampai bila nak macam tu kan?

Ok. sebelum wan ceritakan pasal depression yang wan alami ni, wan nak bagi tahu kat korang semua apa maksud depression ni. depression dalam bahasa melayu ni kemurungan, kesedihan dan kemelesetan." ada orang ingat depression ni masalah dan penyakit biasa-biasa je.

Sebenarnya depression ni bahaya buat semua. banyak dah kes2 orang bunuh diri sebab depression. yup wan ada depression. tapi wan tak gtau siapa-siapa.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa wan boleh mengalami depression kan??

Perkara ni dah lama sebenarnya. rasanya sejak dari wan lahir lagi kot. tapi tak ingat dah. wan lahir dengan keadaan yang sempurna tubuh badan. macam baby2 kat luar sana. tapi tak tahu apa yang tak kena kat wan. wan ni lelaki tapi macam lebih banyak sifat-sifat perempuan. tiada yang salah dalam hal ni.

Wan kan lelaki sepatutnya wan ganas dan keras. tapi ni tak, wan lemah lembut orangnya. xsuka keganasan lah katakan. hati mudah tersentuh/sentap/nangis. orang kata hati tisu? yups. memang hati tisu. haha.

Ok next, sejak dari sekolah (tadika) wan mesti dipandang "pelik" oleh orang2 sekeliling (jiran, kawan, mmbr kt sklh). setiap hari wan akan dengar suara-suara yang mengutuk wan dengan panggilan "PONDAN". mungkin bagi korang yang normal tu xde rasa sakit hati. tapi bagi wan? korang ada tanya apa perasaan orang bila kena panggil pondan? sakit guys. :(

Wan cuba bertahan hari demi hari, tahun demi tahun. dari tadika sampai lah sekarang ni. wan masih dengar suara-suara tu. :'( kalau korang nak tahu. wan pun tak nak jadi macam ni. wan pun nak jadi macam lelaki-lelaki normal kat luar sana. tapi apakan daya, Allah dah tetapkan semua ni.

Pernah suatu masa dulu, wan rasa nak bunuh diri. wan tak sanggup hidup kat dunia ni sebagai lelaki lembut. wan tak nak mak/ayah malu sebab ada anak macam wan ni. wan tak tahan dengan kutukan orang setiap hari. :'( tapi wan tahu bunuh diri bukan jalan yang terbaik. wan tahu ni dugaan buat wan.

Setiap hari wan akan dengar kutukan dari orang2 yang wan tak kenal. ada gak member sekelas yang jadikan tu sebagai bahan gelak. wan tk nak lah tunjukkan kat orang semua yang wan sakit hati. kadang2 bila balik sekolah. wan duk termenung kat dalam toilet. wan akan tanya diri wan sendiri. sampai bila aku boleh bertahan  dengan kutukan orang?...........

Alhamdulillah sampai ke hari ni wan mampu bertahan. macam mana wan boleh bertahan? ramai orang yang kena depression dan end up dengan membunuh diri. kalau korang tak percaya boleh search kat google. muda2 lagi dah bunuh diri.

Cara wan handle depression ni, wan luangkan lebih banyak masa dengan family especially my mom & dad. walaupun wan macam ni. family wan tetap terima wan seadanya. selain family, wan luangkan masa dengan kawan2 yang boleh terima wan seadanya. :D

Kalau korang mengalami depression ni, jangan duk termenung je. boleh DM wan kat mana2 laman sosial. orang yang kena depression ni memerlukan sokongan moral. kalau tak fikiran tu duk fikir pasal nak bunuh diri je. xnak bunuh2. sayangi nyawa korang.

Apa yang pelajari selama 23 tahun wan hidup kat bumi ni, jangan dengar cakap orang yang mengutuk kita. ada lagi benda penting yang perlu kita fikirkan selain dari fikir kutukan orang lain. contohnya fikir nak makan apa? xD hahaha. perut ni rasa lapar lak.

Pape pun thanks sudi baca sampai habis. harap korang boleh jadikan story ni sebagai suatu pengajaran buat korang. kalau korang normal, jangan lah kutuk species yang macam wan ni. tak semua orang nak jadi macam tu. kadang2 tu dugaan buat dia. yang korang perlu buat, doakan dia sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Ok itu je. tak nak dah cakap pape. takut terlebih bebel pulak. keluar topik lain kang. bahaya hahaha. thanks semua! jumpa di entri seterusnya. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers