Sunday, December 4, 2016

Keputusan Akhir Gegar Vaganza Musim ke 3 / 2016


Keputusan Akhir Gegar Vaganza Musim ke 3 / 2016
Keputusan Akhir Gegar Vaganza Musim ke 3 / 2016


1.Azharina
2.Siti Sarah
3.Zarul
4.Ameng
5.Intan Sarafina
6.Gmie


Tahniah buat AZHARINA! Wan bangga jadi orang SABAH. haha.



“Orang sabah tinggal atas pokok”


sunset kota kinabalu sabah
Sunset, Kota Kinabalu, Sabah
Assalamualaikum dan hi semua!!

Hari ni wan nk cerita pasal isu yang lebih sensetif dari biasa. Walaupun dah tahun 2016, masih ada sesetengah rakyat negeri2 lain kat Malaysia ni cakap orang sabah duk atas pokok?? like seriously?.

Wan nak bagi sedikit pencerahan kepada mereka2 yang berfikiran sempit dan agak ketinggalan zaman. Kita tahu lah sabah ni banyak orang hutan dan species monyet. Tak semestinya kitorang tinggal atas pokok.

Secara jujurnya wan dah pernah pegi 1/3 negeri2 kat semenanjung Malaysia. Wan tengok rumah2 kat sabah lagi besar dan rata2 orang semenanjung duk kat apartment. Rasa macam dorang ni yang duk atas pokok.

Bukan nak sakitkan hati siapa2. Tapi ni kebenaran yang harus korang tahu. Kalau tak pernah datang sabah. Jangan melemparkan or membuat statement yang agak kurang matang.

Ni pun wan tak masuk cerita pasal orang asli kat semenanjung lagi. Orang asli kat SARAWAK dah ada rumah sendiri. Bertingkat pulak. Orang asli kat semenanjung apa cer? Tanya PM najib. Huhu

So, sebelum korang nak buat statement yang orang sabah duk atas pokok. Pastikan korang dah pernah datang sabah. Jangan cakap naik flight pun tk pernah. Kan sekarang AirAsia ada menawarkan package murah ke sabah dengan hanya rm10. Haha ;p


Ok lah. Thanks sudi meluangkan masa mendengar luahan hati seorang jejaka tampan dari sabah. Ehhh.. mohon muntah hijauuuu. Hahaha. jgn ada terasa hati. wan tetap hormat pendapat korang tuuuuuuuuuuuuuuu.. haha

Jumpa lagi di entri yang seterusnya! Xo



Thursday, December 1, 2016

Hi December!


Dari Encik Google
Encik Google yang punya

Assalamualaikum dan hi semua!! Kita sedar ke tak. sekarang dah masuk bulan december! tinggal beberapa hari je dah nak masuk 2017!!

Azam 2016 dah tercapai belum??
 
Alhamdulillah kalau dah tercapai. kalau belum tu boleh extend azam tu pegi tahun 2017 haha. Wan baru je balik dari KK *kota kinabalu*. sebab tu menghilang beberapa hari ni. inshaa Allah bulan ni aktif balik, tu pun kalau tak busy dengan kerja nanti. haha

Ok itu je. selamat bercuti buat dak2 sekolah. jaga diri! jaga kesihatan!!

Jumpa lagi di entri yang seterusnya. thanks xo!




Thursday, November 24, 2016

Sandakan City View Dari Hotel Four Point


Assalamualaikum dan hi y’all???

Memandangkan Bandar Sandakan ni Bandar yang terdekat dengan rumah wan, so kali ni wan nak cerita pasal “Bandar Sandakan”.

Walaupun wan kata Bandar yang terdekat tak bermaksud dekat sangat tau. Dari rumah wan nak pergi Bandar Sandakan ni mengambil masa 1 or 2 jam. Jauh uolls!!

Tapi mesti korang tertanya2 kenapa wan macam selalu kat Sandakan kan? Haha. Rumah abang ipar wan kat Bandar Sandakan. 10 minit dah boleh sampai. Wan selalu bermalam kat sana. Hal maklum lah kadang2 anak buah rindu dengan wan. ;p

Ok tak nak membebel panjang2. Meh tengok gambar kat bawah ni

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Ni lah view Bandar Sandakan dari atas Hotel four point, Sandakan. Masa ni wan kat tingkat 11. Kebetulan nak tengok wayang. Sambil2 nak tunggu masuk panggung. wan tengok view yg cantik ni.

Wan pun first time naik sampai tingkat 11 ni. Yela panggung pun baru2 je buka. Sebelum ni panggung Bandar Sandakan kat Bandar ramai2. Kalau nak pegi panggung kena naik bus. Sekarang panggung kat tengah2 bandar Sandakan uolls!

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Cantikkan???? Haha. Bandar Sandakan ni tak lah besar sangat macam KUALA LUMPUR. Kecik je. Tak berapa ramai org kat sini. Melainkan hujung minggu or musim perayaan. Sumpah ramai! Masa2 tu ramai dia macam kat pasar malam kat Danau kota tu. haha

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Huarghhh cantik sangat!! Tak seberapa cantik bila tengok dalam gambar. Yela sebab ada cermin yang memisahkan wan dengan dunia luar. Hahaha

Sandakan City View Dari Hotel Four Point
Sandakan City View Dari Hotel Four Point

Ni pun view dari atas hotel tauu.. cantiknya ciptaan Allah SWT. <3

Salah satu keunikan negeri sabah ni ialah semua bandar2 dia terletak kat tepi laut. Sebagai contoh Bandar Sandakan, Bandar kota kinabalu, Bandar lahad datu, Bandar tawau. Semua bandar2 ni kat tepi laut uolls. Sebab tu negeri sabah terkenal dengan makanan seafood.

Ok itu je untuk entri kali ni. thanks sudi baca! jumpa lagi di entri yg seterusnya!



Wednesday, November 23, 2016

Gambar Yuna dipaparkan di NASDAQ Billboard New York Times Square


Assalamualaikum dan hai semua!
Entri kali ni nak cerita pasal Yuna. yuna ni terkenal kat malaysia dan luar negara.
fans dia ada kat merata tempat y'all.

Baru2 ni gambar yuna telah dipaparkan di NASDAQ Billboard New York Times Square!! ahh Tak nak cakap banyak. korang tengok lah gambar kat bawah ni.

Yuna dipaparkan di NASDAQ Billboard di New York Times Square
Yuna dipaparkan di NASDAQ Billboard New York Times Square
Perghh! bangga jadi rakyat malaysia! harap lebih ramai artis2 malaysia yang mampu bersaing kat luar sana suatu hari nanti. inshaa Allah. 

Yuna siap tweet gambar dia ni ah..

Yuna dipaparkan di NASDAQ Billboard di New York Times Square
Yuna Tweet
Wan pun nak ucapkan tahniah buat Yuna kerana dah banggakan semua rakyat malaysia! Jaga diri kat sana! jangan nakal2 tauu. nanti wan jeles. hahaha 

All the best!!

Ok itu je entri untuk kali ni. thank you sudi baca. !


Sedapnya Pizza Pezzo


Assalamualaikum dan hai semua??!!

Entri kali ni wan nk cerita pasal satu makanan ni. Rasanya korang dah tahu apa nama dia kan. Kalau tak tahu juga mohon pupus. Haha gurau je. Mohon baca tajuk entri tu. Nama makanan tu pezzo! Bukan pizza or domino pizza tauu.. ni PEZZO.


Pezzo ni sama je macam pizza. Tapi dia lagi sedap tak terkata.
Gambar kat bawah ni lah dia.

pizza pezzo
Pizza Pezzo

Kalau korang beli 3 slice of pezzo. Korang akan dapat kotak macam ni. Besar tau kotak ni. Dah macam kotak hadiah. Packaging dia sangat cantik dan menarik.
Kotak pun high quality.


pizza pezzo
Pizza Pezzo

Tadaaa.. ni lah pezzo tuu.. sumpah sedap!! Atas dia pun memang penuh dengan bahan2. Harga untuk satu slice tu dalam RM6 ke RM8. Dia agak mahal tapi berbaloi. Sebab dapat makan satu slice tu dah cukup untuk buat kita rasa kenyang. Tapi bagi wan, satu tak cukup. 3 baru cukup. Hahaha


pizza pezzo
pizza pezzo

Alahaii sedapnyaaaaaa. Tetiba rasa ngidam nak makan lagi 10 kotak pezzo ni. Haha. Kalau nak lagi sedap, makan lah dengan member. Member yang tak kuat makan ye. Takut habis lak semua dia makan. Hahahaha. Joke.

Harap lepas ni lebih banyak cawangan pezzo kat Malaysia ni especially kat SANDAKAN, SABAH! Setakat ni wan tahu ada dua tempat jual pezzo kat sabah ni. Satu kat Indah Permai, Kota Kinabalu dan satu lagi kat 1Borneo Mall, Kota Kinabalu.

Kepada sesiapa yang belum pernah makan ni. Pegi beli laju2. Sedap!

Ok itu je untuk entri wan kali ni. Jumpa lagi di entri yang akan datang! xo



Tuesday, November 22, 2016

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


http://www.ayuinsyirah.my/2016/11/segmen-jom-blogwalking-bersama.html
Segmen Blogwalking


Terima Kasih Buat Blogger Safirul Amar


Assalamualaikum dan hai semua!

Entri kali ni khas buat blogger Safirul Amar kerana telah me'review blog wan. review bukan setakat review biasa je tau. ni review sekali dengan cara2 macam mna nk cantikkan lagi blog dan tingkatkan lagi traffic kat blog wan.

Ni antara isi kandungan review dia

blog review
blog review by safirul amar

Wan dah guna blog ni bertahun2, baru kali ni wan tahu apa yang kurang kat blog wan ni. haha. tak menyesal join Segmen Blog Review By Safirul Amar.

Dari markah blog wan 17% sampai lah jadi

SEO Score
By chkme.com

Ahhh.. nampak sangat kan perubahan markah tu kan. kalau korang nk check markah blog korang, boleh klik link bawah gambar tu. hehe.

Inshaa Allah nanti sampai ah 100%. amiinn.

Ok itu je entri untuk kali ni. thanks sudi baca!


ESSENCE WATER l PINK by PURE BEAUTY


Assalamualaikum dan hai semua??


Hari ni wan nk cerita pasal satu produk ni *mohon baca title*



ESSENCE WATER PINK by PURE BEAUTY
Essence Water By Pure Beauty

Actually produk ni untuk perempuan je. tapi wan apa kesah kan. kalau produk ni bagus dan berkesan. siapa je tak nk pakai. haha


Wan beli ni kat Watsons Harbour Mall Sandakan. harga produk ni RM33 tapi campur dengan GST RM36.90.


Akak watsons tu cakap, produk ni bagus untuk kulit. dia membantu melembabkan kulit yang kering especially macam kulit muka wan.


Dalam masa yang sama, dia akan glowing kan muka kita uolls.. acah2 macam artis korea. semua muka glowing habis. jelesss. haha


Wan senanya nk cari pencuci muka yang boleh hilangkan whiteheads kat bahagian hidung ni. kadang2 rasa malu nak keluar sebab muka ada whiteheads.


Wan rasa produk yang wan beli ni tk de kaitan dengan apa yang wan cari. tapi selepas beberapa hari pakai produk ni. wan tk jumpa dah whiteheads kt muka ni.


Apa2 pun wan suka produk ni. muka wan tak rasa kering dah macam hari2 sebelum ni. terkupas sana sini. macam kekurangan air pun ada. hahaha.


Nanti muka wan dah glowing, wan bgtau kat korang k. hoho


Itu je entri untuk kali ni. bye y'all! xo


Saturday, November 19, 2016

Jalan Jalan ke Kundasang War Memorial

Assalamualaikum dan hi semua!!!

Entri kali ni nk cerita pasal (mohon baca tajuk entri) haha

Lokasi War Memorial ni kat pekan kundasang. betul2 kat pekan dia. kalau korang tak tahu, mohon tanya penduduk tempatan kat sana. 

Tiket Masuk Ke Kundasang War Memorial

Ahh ni dia tiket masuk ke war memorial tu. murah je RM2 utk dewasa dan percuma untuk kanak2. tapi tak tahu lah kalau2 ada perubahan tetiba kan. tapi tak dah lah sampai RM50 haha. tu macam pegi taman tema genting dah. 


Pagar War Memorial Park Kundasang

Bila korang dah bayar tiket. korang akan menaiki bukit yang tak berapa nak bukit. tapi boleh ah tinggi dia. kalau nafas tak panjang boleh semput. yela kat sini kan sejuk pastu naik tempat tinggi. haha. 

Korang boleh baca kan notis2 kat pagar tu? curi bunga denda $100!! bukan RM tauu. ni USD. hahaha. kalau berani curi lah. ada tv cctv sedang memerhati. haha


Kawasan Gambar Dan Kedai Cenderamata Di Kundasang War Memorial

Kat sini pun ada gak kedai cenderamata untuk korang bawak balik. boleh runding untuk dapat harga murah. jangan risau kat sini pun ada jual makanan. tapi makanan ringan je. haha. lepas keluar dari war memorial ni, boleh terus masuk ke KFC sebab dekat je tempat ni. hahaha


Tugu Kundasang War Memorial

Ni lah dia tugu war memorial tu. kt sini banyak bunga cantik2. kalau nak tengok boleh lah datang.


View Gunung Kinabalu Dari Kundasang War Memorial

Yang last ni tempat tip top untuk penggemar selfie dan kaki bergambar! sumpah lawa view dia! acah2 kat zaman rome dulu2. kalau beruntung dapat lah tengok puncak gunung kinabalu. masa ni wan datang tengahari dah. agak panas. tapi tu lah, boleh nampak gunung kinabalu! yeay!

Ok tu je entri wan untuk kali ni. thanks semua! xoxo


Thursday, November 17, 2016

Perisa baru sundae cone Mcd! Made with HERSHEY'S


Assalamualaikum dan hai semua??

Hari ni wan nk review aiskrim mcd. haha. review lah sangat. bukan review senanya. nk cerita macam mana perasaan wan bila first time rasa sundae cone new flavour ni. ;p



thank you encik google
Tengok kat iklan macam gambar kat atas ni. selera habisssss kita tengok. merecik hawau katanya. bila dah tengok iklan kat atas ni. wan pun apa lagi, kebetulan mak keluar pegi beli barang dapur. wan pun tumpang sekaki. hahaha

Wan cari mcd yang terdekat dengan lokasi mama wan beli barang dapur..
lokasi terdekat Mcd Harbour Mall, Sandakan!!!

Dah jumpa tu terus pegi.. tak tengok kiri kanan dah. hahaha. 


Mcd Hershey's Sundae Cone

Tadaaaaa.. ni lah dia. tapi kan macam pelik. haha. rupa dia agak layu. haahaha Actually masa beli tu wan mintak yang perisa coklat je. tapi pekerja mcd tu cakap

''Sorry bang, mesin coklat ada masalah. kalau abang nk boleh je tapi coklat dia cair''

Wan pun dengan muka acah2 abam cool, terus cakap "bagi je yang mix tu". dalam hati nama je syarikat besar tapi mesin coklat pun tak mampu nk beli yang baru. hahaha


Wan dengan anak buah


Tadaaaaaaaaaa.. wan bukan makan sorang tauuu.. wan ditemani dua budak ni a.k.a anak kakak wan. hehee.. pape pun dorang tk makan habis sebab ais dia dah cair. huarghhhhh

Pape pun wan bagi 4.5/5 bintang untuk perisa ni. sedap aumm aumm.. haha

Ok lah. thanks sudi membaca bebelan wan ni. syg korang! xo


Wednesday, November 16, 2016

Top 5 Gambar Supermoon paling tercantik

Assalamualaikum dan hai semua!

Pada 14 NOV 2016 berlaku satu phenomena yang dikenali sebagai sailor moon SUPERMOON
Pada masa ni bulan akan kelihatan 30% lebih cerah. kedudukan bulan paling dekat dengan bumi.

Supermoon yang seterusnya berlaku pada 18 tahun akan datang.

Ok tak nak cakap banyak. jom layan gambar2 supermoon

supermoon

Arch in St. Louis, as seen from the Compton Hill Water Tower, Nov. 13.

supermoon
The supermoon sets behind the CN tower in Toronto.


The 'supermoon' rises behind the Propylaea above the Ancient Acropolis hill in Athens.


4.building of Madrid as the moon rises in background, on Nov. 13.



5.The "supermoon" behind the Soyuz MS-03 spacecraft at the Russian-leased Baikonur cosmodrome in Kazakhstan.


My tweet impressions mencecah 500k for 24 hours dan dapat notifications twitter 1K

Assalamualaikum dan hai y'all!!

Hari ni wan ada berita baik dari laman sosial twitter! hahaha

Selama bertahun-tahun wan online twitter. baru hari ni dapat pecahkan rekod sendiri katanya. 

ni twitter wan. kalau nk follow if  mohdrizw.

Cuba korang tengok kt dalam box merah tu. tulah dia bukti wan pecahkan rekod sendiri. haha. selalunya 200k impressions je. tapi bila tengok tadi. perghh dah sampai 500k!!

Terima kasih buat korang semua yang dah follow wan kt twitter. yang belum follow tu, mohon follow laju2. haha

Mesti korang tertanya2 apa tu tweet impressions kan?

What is tweet impressions?

thank you encik google

Ahhh.. kalau tak faham juga korang boleh google translate sendiri k. haha. 

Kalau bukan sebab mereka2 yang follow wan tu. tak kan sampai 500k. sebab dorang ni lah phone wan tk pernah sunyi dari pagi sampai ke malam. ada je notifications.

Dan pagi tadi gak wan terkejut tengok notifications dari twitter. hahaha

Notifications twitter
Tudiaaaaa.. notifications sampai 1k!! hahaha. termuntah uollss. thank you so much sebab tak henti2 retweet tweet wan, reply tweet wan dan quote tweet wan!! sayang korang sangat2!

Ok tu je untuk entri kali ni. sekian dan terima kasih haha. 

thank you sudi baca! xo

Tuesday, November 15, 2016

My Snapchat Id


Assalamualaikum & Hai semua???

entry kali ni wan tak nak banyak merepek.
cuma nak bagi tahu kat korang yang wan sangat aktif kat snapchat!
kalau tak percaya boleh add wan. scan atau add by id : mohdrizw

Wan H Snapchat id : mohdrizw

Jangan malu dan segan2 tauuu. add je. nanti wan add balik. thanks! xo


Your pc/devide needs to be repaired


from google.com
Assalamualaikum dan haiiii y'alls!

Rasanya korang dah tahu berita sedih yang wan nak sampaikan. hahaha  laptop rosak!!! actually, tak rosak mana, cuma kena suruh repair kat kedaii. aduhaii. baru nak bergiat aktif semula kat dunia blog ni. laptop pulak buat hal.

Sebelum ni ok je. hari2 update. semua berjalan lancar. pastu tetiba jadi macam ni. sedih patah seribu!! huhuhu.

Mesti korang tertanya2 skrg wan update pakai laptop siapa kah?? jeng3!! haha. ni laptop lama wan. laptop masa zaman sekolah lagi. dah lama tk guna laptop ni, sebab dia keyboard rosak. so kena beli keyboard yang guna usb tu. banyak kejeeee uolls. 

Tk pe lah. redha je dengan dengan dugaan ni. wan akan tetap update blog ni walaupun terpaksa guna laptop lama. haha. doakan wan tau, semoga murah rezeki dan dapat laptop baru eh.. amiin. hoho.

Pape pun kalau korang kena penyakit laptop yang sama dengan wan, jangan risau. boleh diselamatkan lagi file2 penting tu. hantar je kat kedai. tapi kalau ada member yang pandai buat. boleh suruh member tu. hehe

Thanks y'all sbb sudi baca sampai habis! xo

Wednesday, November 9, 2016

Jalan Jalan ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah


Hi Semua??


Baru2 ni wan short vacay ke Desa Dairy Farm, Kundasang! walaupun senanya dah beribu kali lalu kundasang ni. baru kali ni dapat pegi betul2. actually, sebelum ni pun dah pernah. tapi dengan ex. memory dengan ex dah terpadam. so kira ni first time datang sini. hahahaha

Kalau wan nak pegi tempat ni mengambil masa 4 Jam kalau naik kereta, kalau naik flight memang tak akan sampai sebab tak dah airport kat kundasang. haha

Entrance ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah
Ni entrance sebelum masuk ke Desa Dairy Farm. kena bayar tauu. bukan masuk percuma. kalau pandai runding, boleh dapat harga murah. Dewasa - RM5, Kanak2 - Percuma

Tak tahu apa nama vehicle ni? haha
Korang boleh naik motor yang mcm dalam gambar kt atas ni. hahaha. wan tak tahu nama motor ni. serius tak tipu hahahahahaha.

Lembu Desa Dairy Farm Kundasang
Ni lah dia lembu yang paling famous kat sabah ni. haha. kalau korang nak tahu, bukan tiap masa lembu tu ada kat sini. kalau korang bernasib baik, boleh lah ambil gambar macam ni. kalau tk, gambar rumput je lah.

Ada masa tertentu lembu ni akan masuk kandang. peringatan buat korang, udara kat kawasan ni memang tk berapa segar. sebab ada lembu. bau taik dia memang perghhhhh. hahaha

Batu lembu Desa Dairy Farm Kundasang
Bukan lembu je ada kat sini. batu lembu pun ada. besar tau batu ni. dulu siap boleh panjat batu ni. sekarang tak boleh dah. 

Gunung kinabalu, view dari desa dairy farm kundasang
Gunung yang botak kat sana tu lah gunung kinabalu. sedihhh. dulu tak mcm tu, bila dah kena earthquake terus jadi macam tu.

Cantik pemandangan kat kawasan ni. sejuk dan rumput pun semua hijau. yang bau taik lembu tu kadang2 je ada. hahaha. 

Ice Cream Buatan Susu Lembu Desa Dairy Farm Kundasang
Yang ni Aiskrim original diperbuat dari susu lembu tau. memang sedap tak terkata! tapi harga dia macam tk berbaloi. untuk yang ni RM5. perghh. banyak lagi makanan yang korang boleh beli kat sini. Susu Lembu dalam kotak, puding, yogurt, sosej dan etc.

Semua produk memang 100% dorang yang buat. sebab tu mahal semacam je kan.


Ok itu je entry untuk kali ni. nanti ada masa kita jumpa lagi. bye y'all! xo



Tuesday, November 8, 2016

Extend Semester


Assalamualaikum & Hai semua??!!

Topik untuk entry kali ni agak “SENSITIVE” dalam kalangan pelajar ipta/ipts macam aku ni ah. Kalau boleh tak nak ada perkataan ni dalam hidup. Ececeh. Haha

Ujana Sarjana, UiTM Sabah
Kenapa tetiba aku nak cerita pasal topik ni?

Sebab aku pun dalam kalangan pelajar yang kena extend semester. Huarghhh! Start dari sem 1 lagi memang berniat nk tamat on time, tapi nak buat macam mana kan. Usaha tak cukup lagi agaknya.

Ok lah. Aku nak bagi kata2 semangat untuk mereka2 yang kena extend semester ni. Kita habis study lambat tak semestinya tak Berjaya dan yang habis/tamat study on time tu pun belum tentu dapat kerja terus kan? Orang kata rezeki masing-masing. So pasti ada hikmah kenapa kita kena extend semester ni.

Apa kebaikan extend semester?

Kita boleh perbaiki mana yang sebelum2 dapat “C” je. Boleh naikkan lagi pointer (CGPA/GPA) kita dan banyak lagi senanya. kalau nak taip panjang sangat pulak.

Kalau korang extend jangan pulak kecewa sampai bunuh diri or berhenti study. teruskan usaha anda! Tapi sebaiknya kalau boleh jangan lah ada niat nak extend semester.

Pape pun ni Cuma pendapat aku. Kalau korang rasa ada yang salah tu mohon perbaiki. Kalau korang rasa pendapat aku ni tak betul. Just ignore dan mohon move on laju2. Haha


Pape pun thanks sebab sudi baca entry ni sampai habis. xo


Wednesday, May 25, 2016

WHY I HATE MYSELF


Follow my twitter @MohdRizw
Hi semua.. tetiba pulak datang rajin aku nak menaip entri. mcm yang aku cakap sebelum ni. mood nk blogging ni bukan selalu ada. bila dah ada tu, cepat2 la sign in blog tak pun buka words sementara idea yang nk diceritakan tu masih ada kat kepala otak, hahaha

Pernah tak korang membenci diri sendiri? seolah2 apa yang korang buat semua salah. tk pun tk kena dengan tempat. ada je orang tk puas hati? ada je rasa sakit hati? korang rasa kehadiran korang ni mcm sesuatu bebanan buat orang lain. pernah?

Sampai satu tahap korang akan cakap dalam hati "ada baiknya aku xde or pergi je dari tempat ni". aku rasa mostly pernah cakap mcm tu kan? ngaku je lah. tk ye nk sorok2 haha.

Sebenarnya masa ni kita sedang diuji oleh Allah swt. Allah nk tengok sejauh mana tahap kesabaran kita. mcm mana kita buat keputusan dalam situasi macam ni. kebanyakan orang akan ambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Mereka lupa sebenarnya tu bukan jalan singkat yang Allah nk kita buat. tapi tu jalan yang syaitan buat kita masuk neraka bersama mereka. semoga dijauhkan dari perbuatan macam tu. In Shaa Allah amin.

Pernah dengar sepotong ayat tu,
"belajar mencintai diri sendiri, sebelum mencintai orang lain"

ahhh, meh la kita belajar mencintai diri sendiri. kita ni merupakan sebaik2 ciptaan Allah. tak kesah ah klau kulit hitam mcm piring astro tu. hahaha.

Semoga kita semua menjadi semakin sado, tabah dan tk benci dengan diri sendiri. klau rasa sedih tu, jangan segan2 utk pegi berdating dengan Allah ;)



Tuesday, May 24, 2016

Jenis Piring Astro Mengikut Peredaran Masa


Sebelum aku teruskan menaip entri ni. aku nak tanya kt korang semua. ada pasang ASTRO kat rumah? or nampak piring astro kt rumah nenek? sepupu? jiran? kawan?

Tipu ah kalau korang kata tak. majority penduduk malaysia ada astro tak pun piring astro je ada. astro tk de sbb tk bayar bil 3 bulan. hahaha.



 

Nampak perbezaan dia? nampak sangat! tengok dari warna pun dah tahu perbezaan dia. hahaha. tapi korang tahu tk apa persamaan dia?

-Klau hujan lebat, tetap tk de siaran

-Rancangan yang sama berulang selama seminggu

Ni antara persamaan dia. hahaha. tapi kan, ada sorang macik ni. 
Masa tu tengah kenduri kt rumah dia. anak dia pun kata
"mak? ada lagi periuk utk goreng ayam tk?"

masa tu mmang smua periuk kena guna utk masak ayam dan daging.
macik tu lupa smua periuk dah kena guna. dia pun dgn tenang hati berkata
"ada lagi kt dlm stor tu. cari je"
Anak dia pun pegi stor dan tk jumpa pape pun. yang dia nampak piring astro yang warna hitam tu. dia pun tgh nk cepat dan malas nk tnya mak dia. dia amek je piring astro tu dan jadi ah


gambar google
Macik tu tengok je ank dia dan berkata dalam hati

"Walaupun astro ni tk de siaran masa hujan dan rancangan dia asyik berulang je. ada gak kegunaan piring astro ni. tk perlu beli kat Go Shop tu. dah sedia ada depan mata. terima kasih astro!"


HAHAHAHAHAHA!

Aku dah siap tweet dah gambar ni.

Follow my twitter @mohdrizw
Dalam masa beberapa hari je dah dapat 5k RT dan 1K Likes! thank you gaisss!! hahaha
korang memang mudah terhibur. follow my twitter klik ---> @mohdrizw

Pape pun thanks sudi baca entri i yang tk seberapa ni. mohon komen sikit. nnti i blogwalking ke blog korang! thanks




Cuti Sem kat Sarawak




Hanya gambar hiasan hahaha


Hi? HI? Hi? Apa khabar smua para pembaca blog aku dan smua blogger kt Malaysia ni? Harap korang sihat di samping orang yg tersayang. Aku lama dah menyepi dari dunia blogger ni bukan apa. Cuma tk de masa nk update. Aku 24 jam/7 hari kt twitter. (follow my twitter @mohdrizw) hahaha.

Ok ah, back to the topic. Cuti sem ni aku menternak lemak kt Sarawak bumi kenyalang. Yuhuuu. Masa mula2 sebelum cuti sem tu mmang dah berniat nk pegi Sarawak. Tapi tujuan aku “nk cari kerja part time”, tapi bila dah sampai Sarawak (umah kakak aku) mmang malas nk keje bagai. Niat dah ada, semangat tu yang tk de. Hahaha.

Tk pe ah. Sekurang2nya dapat gak aku berjumpa dengan anak buah aku yang kt Sarawak ni. Bukan selalu dapat jumpa. Klau nk jumpa pun time2 nk dekat raya. Tapi ada satu masalah yang aku tk berapa berkenan kt tempat tinggal kakak aku ni. Korang nk thu apa? Hmmmm. Line celcom mcm siput Barbie cap ayam. L slow nak matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. gerammm.. grrrrrrrrr…

Nak dapat line 3G pun susah. Aduhai. Actually, kakak aku duk bintulu. Sehari selepas exam aku habis, terus je beli tiket pegi Sarawak (miri). Kakak aku dan husband dia mmang dah sedia tunggu kt miri. Pastu mengambil masa 2jam untuk ke bintulu.

BTW, ni bukan kali pertama aku datang bintulu tauu. Sebelum ni pun aku dah pernah datang bintulu. If im not mistaken, dalam 2011 mcm tu. Tk ingat, nnti check kt archieve blog aku. Hahaha. Tapi sekarang dah maju sikit bintulu ni. Dah ada Mcd, pastu dah ada mall baru. “Times Square, Bintulu”.

Nk thu apa yang bestnya kt mall ni? Ada starbucks gaissss!! Aku pun excited nk pegi starbucks dia ni. Yela aku punya target, nak datang starbucks sbb nk pinjam wifi dia je. Haha. Aku pun pegi ah starbucks yang baru buka ni. Dah siap beli minuman hot chocolate bagai. Pastu aku siap Tanya kakak yang kerja kt starbucks times square, bintulu ni. “kak? Starbucks ni xde wifi ke?”. Kakak tu dgn slambernya jawab “ya, blm ada wifi lagi” hahahahha. Sedihhhh. Hashtag “PatahSeribu”


Hmmm Ok ah. Aku tulis entry ni sehari sebelum aku balik sabah senanya. Di pagi hari tetiba datang idea nk tulis entry panjang2. Pape pun thanks sudi datang membaca entry kt blog aku ni. Bye! ;) 

Saturday, February 27, 2016

Tawaran Review Produk Dan Instagram! Murah!


Assalamualaikum & Hai semua! Lama da tk update blog ni. tetiba semangat nk update blog ni datang balik. Aku update blog ni sebenarnya nak gtau kat korang semua. Aku ada buat tawaran terbaik dari ladang untuk meREVIEW produk & instagram kat twitter.

review produk & instagram (murah)
Jangan risau harga terbaik dari ladang gaiss. kira normal la kn review produk & IG hanya RM10! tapi ni bukan review yg macam kt instagram tu. rm10 hanya 48 jam bagai. 

Yang ni memang terbaik dan MURAH! 

KENAPA KORANG PATUT REVIEW PRODUK & IG DENGAN AKU??

Tengok gambar kt bawah ni. ahh ni twitter aku. sila tengok dengan jelas jumlah "FOLLOWERS" aku. ni bukan auto follow tau. semua yang follow aku tu memang manusia yang masih hidup dan aktif dalam dunia twitter. haha

TWITTER WAN H (MOHDRIZW)
Sila tengok gambar kt bawah ni. tweet aku mencapai 7.4 million impressions dalam masa 28 hari!! 262.5K impressions per day. korang tahu impressions tu apa? kira mcm jejak atau jumlah orang yang tengok tweet aku. masyuk weyhh.

TWITTER WAN H (MOHDRIZW)
Ni salah satu tweet aku yang paling banyak Retweet "43,773 RETWEET" sebenarnya banyak lagi. lebih dari 10 tweet aku yang dapat 10K retweet. dan setiap tweet aku mesti lebih 100 Retweet walaupun aku tweet "good morning" je. haha

famous tweet
Korang tunggu apa lagi? jom beriklan dengan aku. murah2 je. kalau korang berminat. boleh PM aku kt twitter. jangan segan2 tau. tak rugi kita laburkan sikit untuk dapat untung yang lebih. jangan risau. aku tk makan orang, bukan scammer. kita masing2 tolong.

Kalau berminat nk promote produk ke, insta ke, acc twitter ke. sila PM laju2. hehe..

Terima kasih semua sbb sudi baca smpai habis ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers