Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H
7:25 AM
Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H kepada semua pengunjung blog ini, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. InshaAllah esok pada hari Khamis bersamaan 15 November 2012 kita akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam. Bulan berganti, tahun bertukar begitu cepat sekali tahun 1433H akan meninggalkan kita.
Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’
Kebiasaan bila tiba kemunculan tahun baru dalam kalender Islam, kita akan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Doa Akhir Tahun di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Manakala doa Awal Tahun pula di baca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maksudnya:Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman dimasa akan datang agar apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T. InshaAllah. Semoga hijrah kita ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan.
1 comments
salam maal hijrah ya..
ReplyDelete