Wednesday, January 11, 2017

Aku mengalami DEPRESSION (kemurungan)




Assalamualaikum dan hi semua?!! Lama dah wan tak update blog ni. tapi sebelum wan nk bincangkan topik kita malam ni. wan nak ucapkan selamat tahun baru 2017 buat korang semua. harap sentiasa sihat dan bahagia di samping orang yang tersayang.

Wan jarang sebenarnya nak update blog ni. tapi tetiba hari ni terbuka hati nak update blog pasal "depression". ni bukan random topik tau. dah lama wan nak ceritakan pasal ni. tapi wan tak berani. wan takut orang kutuk wan. bila fikir-fikir balik. sampai bila nak macam tu kan?

Ok. sebelum wan ceritakan pasal depression yang wan alami ni, wan nak bagi tahu kat korang semua apa maksud depression ni. depression dalam bahasa melayu ni kemurungan, kesedihan dan kemelesetan." ada orang ingat depression ni masalah dan penyakit biasa-biasa je.

Sebenarnya depression ni bahaya buat semua. banyak dah kes2 orang bunuh diri sebab depression. yup wan ada depression. tapi wan tak gtau siapa-siapa.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa wan boleh mengalami depression kan??

Perkara ni dah lama sebenarnya. rasanya sejak dari wan lahir lagi kot. tapi tak ingat dah. wan lahir dengan keadaan yang sempurna tubuh badan. macam baby2 kat luar sana. tapi tak tahu apa yang tak kena kat wan. wan ni lelaki tapi macam lebih banyak sifat-sifat perempuan. tiada yang salah dalam hal ni.

Wan kan lelaki sepatutnya wan ganas dan keras. tapi ni tak, wan lemah lembut orangnya. xsuka keganasan lah katakan. hati mudah tersentuh/sentap/nangis. orang kata hati tisu? yups. memang hati tisu. haha.

Ok next, sejak dari sekolah (tadika) wan mesti dipandang "pelik" oleh orang2 sekeliling (jiran, kawan, mmbr kt sklh). setiap hari wan akan dengar suara-suara yang mengutuk wan dengan panggilan "PONDAN". mungkin bagi korang yang normal tu xde rasa sakit hati. tapi bagi wan? korang ada tanya apa perasaan orang bila kena panggil pondan? sakit guys. :(

Wan cuba bertahan hari demi hari, tahun demi tahun. dari tadika sampai lah sekarang ni. wan masih dengar suara-suara tu. :'( kalau korang nak tahu. wan pun tak nak jadi macam ni. wan pun nak jadi macam lelaki-lelaki normal kat luar sana. tapi apakan daya, Allah dah tetapkan semua ni.

Pernah suatu masa dulu, wan rasa nak bunuh diri. wan tak sanggup hidup kat dunia ni sebagai lelaki lembut. wan tak nak mak/ayah malu sebab ada anak macam wan ni. wan tak tahan dengan kutukan orang setiap hari. :'( tapi wan tahu bunuh diri bukan jalan yang terbaik. wan tahu ni dugaan buat wan.

Setiap hari wan akan dengar kutukan dari orang2 yang wan tak kenal. ada gak member sekelas yang jadikan tu sebagai bahan gelak. wan tk nak lah tunjukkan kat orang semua yang wan sakit hati. kadang2 bila balik sekolah. wan duk termenung kat dalam toilet. wan akan tanya diri wan sendiri. sampai bila aku boleh bertahan  dengan kutukan orang?...........

Alhamdulillah sampai ke hari ni wan mampu bertahan. macam mana wan boleh bertahan? ramai orang yang kena depression dan end up dengan membunuh diri. kalau korang tak percaya boleh search kat google. muda2 lagi dah bunuh diri.

Cara wan handle depression ni, wan luangkan lebih banyak masa dengan family especially my mom & dad. walaupun wan macam ni. family wan tetap terima wan seadanya. selain family, wan luangkan masa dengan kawan2 yang boleh terima wan seadanya. :D

Kalau korang mengalami depression ni, jangan duk termenung je. boleh DM wan kat mana2 laman sosial. orang yang kena depression ni memerlukan sokongan moral. kalau tak fikiran tu duk fikir pasal nak bunuh diri je. xnak bunuh2. sayangi nyawa korang.

Apa yang pelajari selama 23 tahun wan hidup kat bumi ni, jangan dengar cakap orang yang mengutuk kita. ada lagi benda penting yang perlu kita fikirkan selain dari fikir kutukan orang lain. contohnya fikir nak makan apa? xD hahaha. perut ni rasa lapar lak.

Pape pun thanks sudi baca sampai habis. harap korang boleh jadikan story ni sebagai suatu pengajaran buat korang. kalau korang normal, jangan lah kutuk species yang macam wan ni. tak semua orang nak jadi macam tu. kadang2 tu dugaan buat dia. yang korang perlu buat, doakan dia sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Ok itu je. tak nak dah cakap pape. takut terlebih bebel pulak. keluar topik lain kang. bahaya hahaha. thanks semua! jumpa di entri seterusnya. ;)

2 comments :

Shahida Dzulkafli said...

Semoga Wan sentiasa kuat semangat..
Abaikan manusia loser yg suka mengutuk tu..

nana liena said...

salam.. tbh,kita pun ada masalah kemurungan juga,teruk tak teruk,kurang pastilah. Memang dahsyat juga bila dah jadi. Kalau nak tahu mcm mana rasa murung,bila kita sedih,kita mcm masuk dlm dunia sendiri,semua benda tak hirau,lepas tu rasa semua orang tak sayang kita. huhu
Entahlah nak jelaskan susah.
Tak mahu komen panjang. sebab situasi kita mungkin berbeza walaupun kita alami satu masalah yg sama.
Jalan penyelesaian pun banyak,tapi paling mujarab,kembali kepada Tuhan. Yang kurang iman di dada,ramai yg ambil jalan pintas utk hilangkan kesedihan dgn bunuh diri. Nauzubillah... memang dah tahu la tempat ke mana. Huhu.
Dan kurangkan masa sendiri2,isi masa lapang dgn aktiviti yg sihat. Jangan selalu sendiri. kalau tak ada kawan nak temankan buat sesuatu ke apa,join mana2 aktiviti kemasyarakatan atau pergi mana2 program di masjid ke mana2 ikut suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers