MOVE ON untuk menjadi lebih baik

11:05 AM


 

Assalamualaikum dan hi semua? Hari ni wan nak cakap pasal "move on". tetiba pulak nk cakap pasal ni sbb ehem2. hahaha. korang tak ye tahu sebab dia. pape pun sebelum wan start taip panjang2, wan nak ucapkan "Happy 23rd Birthday to myself"! yeahh wan dah 23 dah sekarang. dah besar anak mak ni. tapi tu lah, wan nampak mcm 12 tahun je. sebab berbadan kecil agaknya. haha.

Tak kesah lah umur berapa pun. yang penting kita selalu happy gituu. ok lah wan nak meluah pasal move on. sebab sebelum ni wan in relationship. lepas tu ada sebab2 tertentu wan dan dia berpisah. wan tak sedih pun. sebab wan rasa ni jalan terbaik buat wan dan dia.

Mungkin ada sesetengah orang susah nak move on bila putus hubungan ni. wan pernah rasa semua tu. nangis sebab couple, tak selera nak makan, gaduh, happy, sedih. semua sebab couple. bila kita couple ni kita letakkan komitmen dan menggadaikan hati dan perasaan kita. if anything happens, kita sendiri yang akan rasa sakit. betul tak? Betul3 haha. biasalah tu. dah menjadi lumrah kehidupan manusia. Insha Allah suatu hari nanti kita jumpa lah jodoh kita. yang kita perlu buat hanya bersabar.

Apa maksud wan "MOVE ON UNTUK MENJADI LEBIH BAIK"??

Maksud wan kat sini. mungkin sebelum ni kita tak cukup baik untuk seseorang tu sampai dia sanggup duakan kita, dia sanggup tinggalkan kita. mesti masa tu kita rasa down nak mati sampai ada satu tahap tu sanggup cederakan diri sendiri. ishh. tak nak macam tu. Allah dah bagi kita tubuh badan yang sihat ni, mohon hargai please!

Jangan rasa down. ambil dan kumpul semua kata2 yang melemahkan kita tu sebagai bahan pembakar semangat kita untuk berubah menjadi lebih baik dari yang sebelum ni. cuba dekatkan diri dengan sang pencinta. banyakkan berdoa. mungkin ini satu dugaan buat kita. sebagai mana yang Allah SWT telah janjikan, setiap dugaan yang kita terima di bumi ni telah pun disukat dengan tahap kemampuan kita sendiri. that's mean dugaan tu kita boleh hadapi. ;)

Apa pun kita perlu tabah dengan semua dugaan ni & bersabar. besar ganjaran orang yang banyak bersabar ni. ganjaran di bumi dan di akhirat nanti. <3 Thank you semua sebab sudi baca. wayar2 kat otak ni tak berapa nk berfungsi dengan jayanya. tetiba idea mati. haha. jumpa di entri yang seterusnya. ;)

You Might Also Like

1 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...