Pengalaman Bekerja Bersama sebagai PSH Perangkaan

6:07 AM


Assalamualaikum & Hi semua! Tetiba rajin nak update blog malam ni. Sebab malam ni rehat kat rumah je. Mata dah layu sebenarnya tapi idea nak menaip tu masih ada. Sebab bukan selalu idea rajin menaip ni datang. Haha.

Sedar tak sedar wan dah bekerja kat Jabatan Perangkaan lebih dari 3 bulan. Walaupun sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) wan tetap bersyukur dengan peluang yang wan terima ni. Bukan semua orang dapat merasa pengalaman jadi PSH kt Jabatan ni. Nak kata syok, tak lah syok sangat. Nak kata tak syok, ada masa syok juga. Haha Kerja kat mana2 pun ada masa kita happy, ada masa kita stress, ada masa kita malas dan macam2 lagi.

Yang paling penting kita hargai setiap masa dan saat bersama. Rasa sedih pun ada. Sebab contract kitorang sampai hujung bulan 11/2018. Lepas tu semua dengan haluan masing2. Sedihhhh. :(

PSH Jabatan Perangkaan PO Sandakan 2018

Team 3 yang akan wan rindui. Rasa nak nangis pulak bila taip sambil tengok gambar kat atas ni.

Joe yang baju hijau kebiruan. Muda setahun dari wan.. dia ni lah peneman si welsa (ketua kumpulan) semasa memandu. Nak harapkan wan memang tak lah. Baru berapa KM dah tidur kat belakang hahaha. Kadang2 serius, kadang2 pandai buat lawak. Tapi tetap idol. Haha.

Sebelah dia yang pakai jam tu Nai. Nai ni peneman wan kat belakang. Kerja kitorang TIDUR je. Hahahaha. Saling berganti tidur. Orang depan perhati je. Teman makan, teman tidur, teman KETAWA & Bahan orang lain. Hahaha. Dia ni pun muda dari wan. Tapi wan respect dengan dia. Ilmu dia dalam dunia business tak terkata dah. Sambil kerja, sambil urus business dia menjual “Nasi Manuk.”. Sedappp. Wan ni kira pelanggan tetap dia juga. Hahaha. Kalau nak rasa kena pegi Sandakan, Sabah. :p

Yang belakang dia tu welsa. Dorang panggil abg welsa. Aku xbiasa abg2 ni. Dengan abg sendiri pun panggil nama. Haha. Dia ni lah ketua kami. Ketua yang kami sayang eh. Dalam kesibukan dia bekerja (outstation). Isteri dia kt rumah tengah mengandungkan anak pertama dorang. Sama2 lah kita doakan agar urusan welsa bersama isterinya dipermudahkan dan dikurniakan cahaya mata yang diredhai dan berbakti pada orang tuanya. Inshaa Allah amiin. 

Terlalu banyak kenangan kami berempat bersama. Walaupun sekejap. Kenangan tu akan tetap dalam ingatan wan. Semoga lepas habis ni, kita masih contact mcm selalu. ;)

Ok tu je nak cerita. Tak nak cerita panjang sangat. Next entri wan cerita pasal member2 lain pulak. Ramai member2 hensem. Haha. Kalau nak tahu tunggu next entri. Bye


You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...