Pengalaman Bekerja di JABATAN PERANGKAAN

6:03 AM


Assalamualaikum semua. Entri kali ni wan nak cerita tentang pengalaman wan bekerja di Jabatan Perangkaan Negeri Sabah bahagian Sandakan sebagai PSH (Pekerja Sambilan Harian). Wan xde masa sangat nak update semenjak bekerja ni. Tapi memandangkan hari ni cuti. Ada lah masa nak update blog usang ni. Haha. 

PSH Jabatan Perangkaan
Gambar kat atas ni gambar wan dengan member satu kumpulan dengan wan. Satu kumpulan tu ada 3 atau 4 orang. Kitorang kena pegi bersoal jawab kat rumah orang.

Bila wan kata wan kerja kat Jabatan Perangkaan, ramai ingat kerja wan membanci. Haha sebenarnya tak. Kerja kitorang kali ni kena cari pekebun atau pekerja ladang kelapa sawit di daerah pedalaman macam kat KOTA KINABATANGAN, TELUPID dan BELURAN.

Wan tak pernah buat kerja2 macam ni. Tapi bila dah rasa sendiri kerja tu macam mana. Ada best dan ada yang tak bestnya. Dah nama pun kerjakan. Mestilah memenatkan. Yang bestnya bila bersoal jawab dengan macik2 pekerja ladang ni.

Mesti ramai tertanya2 macam mana wan boleh dapat kerja ni kan?? Ok sekarang wan nak cerita macam mana wan boleh diterima masuk kat JABATAN PERANGKAAN ni.

Sebenarnya wan pun tak pernah terfikir diterima kerja kat Jabatan Kerajaan ni. Masa tu wan tengah duduk2 kat rumah memang xde keje. Tetiba abang ipar wan whatsapp. Dia kata ada interview terbuka kat Jabatan Perangkaan Sandakan. Masa tu pukul 12 tengahari (wan belum mandi lagi masa tu) haha. Parents wan kat luar ada urusan. Mak wan tetiba whatsapp “Bersiap cepat. Jap lagi mak dtg kita terus pegi interview terbuka tu”. Wan pun 50/50 je nak pegi ke tak. Rasa malas pun ada.

Wan cakap kat diri sendiri “dapat ke tak belakang cerita. Yang penting pegi...”. Wan pun bersiap. Start pukul 2pm wan dah jejakkan kaki di Jabatan Perangkaan Sandakan (Tingkat 2, Wisma Persekutuan Sandakan). Wan tengok ramai sangat orang. Lebih dari 100 orang tengah tunggu giliran. Semangat tu dari 50/50 terus turun ke 30/50 hahaha. Rasa tak yakin sebab kelemahan wan ni, wan tak tinggi 160CM je. semua yang datang interview tu helok dan tinggi2. Korang makan apa woi sampai tinggi sangat??? Hahaha. :(

Dah lah masa tu wan pakai baju formal, bertali leher. Aircond tak on pulak sebab interview tu hari sabtu. Haha.
Dalam hati wan “Sabar.. nanti ada ganjaran untuk org yang sabar.” Padahal masa tu ketiak wan dah leaking. Panas hahhaa. Bayangkan lebih 100 orang tengah tunggu giliran, akak yang panggil tu pulak jauh dari tempat wan duduk. Wan keliru sebab ramai sangat nama Rizwan. Wan takut wan  terlepas dengar kena panggil. So wan memberanikan diri pegi tanya akak tu “Kak nama Mohd Rizwan Abdul Hassan ada kena panggil ka sudah?” Akak tu cakap belum. Perasan je kena panggil hahahahha

Ok lepas tu. wan tunggu punya tunggu. Sampai pkul 6 lebih. Dah nak masuk waktu isyak (kalau tak silap memang dah lepas azan isyak). Baru nama wan kena panggil. Huargghh. Lama sioott. Finally nama wan kena panggil. Rasanya wan orang ke 7 last kena panggil. Haha. Ingat masuk terus interview, rupanya ada lagi ruang menunggu turn. Haha. Sabar ye wan.

Dalam office baru ada sejuk sikit (sikit je tak banyak). Dia pun interview satu2 Tapi interview secara berempat sebab nak cepatkan. Ada dua orang tukang interview. Wan orang kedua dari empat orang tu yang kena soal. Dia suruh perkenalkan diri, bagi tahu pengalaman bekerja, ada lesen memandu ke tak. Cerita punya cerita tetiba wan terbuka cerita pasal wan ada buat review. Salah sorang yang interview tu tanya wan tentang review yang wan buat. Wan cerita lah dari A sampai Z. Dia kata menarik. Hari ni baru wan tahu lelaki yang tanya soalan tentang review wan tu merupakan bos/ketua kat sini. Soalan terakhir yang wan ingat. Dia tanya “pandai berenang ke tak?”. Wan kata “inshaa Allah.” Hahhaaha. Wan pandai berenang sikit2 je. Selesai lah hari yang memenatkan. Balik je terus singgah Mcd tetiba craving masa tu. yumyum.

Esoknya..... mak wan dah start tanya “dorang tak call?”. Wan cakap xde lagi ni. Tunggu lah beberapa hari. Kalau tak silap hari ahad, maghrib petang2 macam tu dorang call wan 

“Ni Mohd Rizwan ka?”
Wan cakap “ya. Ni siapa?”,
Dia cakap “ni dari Jabatan Perangkaan. Sila lapor diri esok ya (hari isnin)”

Allah je tahu macam mana gembiranya wan. Syukur Alhamdulillah dapat pun kerja. Walaupun kerja PSH ni hanya contract. Tapi wan bersyukur. Ada lah juga pengalaman bekerja di Jabatan Perangkaan ni kan.

PSH JABATAN PERANGKAAN
Ok tu je entri wan untuk kali ni. Nanti kalau wan ada masa free or tetiba terlebih rajin. Wan akan update lagi tentang pengalaman wan bekerja di JABATAN PERANGKAAN ni. Terima kasih sudi baca sampai habis! Xo 😘 


You Might Also Like

4 comments

  1. nice sharing, saya baru dapat panggilan iv lusa, wish me luck. ada apa2 soalan yang specific tak pasal bancian ni bro?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Slm wan, boleh bgtw tugasan di jbtn perangkaan. Akak lulus iv pen perangkaan.. Boleh syer tak pnglaman kerja

    ReplyDelete
  4. hai. saya ada interview lagi 3 hari. boleh tau tak soalan apa yang ditanya?

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...