Selamat Hari Raya 2018

9:35 AM

Assalamualaikum semua! Selamat hari raya wan ucapkan buat semua. Harap berpuasa penuh. Yang tak berpuasa penuh tu kena lah ganti jawabnya :p Salam 0-0. Maafkan wan kalau wan ada buat salah, terkasar bahasa tak pun tak sengaja terumpat. Wan pun hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.




Ni pic raya wan masa kat kampung. Gemuk yall. Hal maklum lah semenjak ditinggalkan ex, semakin happy pulak kehidupan wan. Hahaha.

Apa2 pun yang penting kita sentiasa happy disamping orang yang tersayang. Bagi wan, raya tahun ni agak best juga lah. Sebab finally dapat berkumpul dengan semua family (kecuali dngn abg yang kt australia keje).



Ni masa raya kedua kalau tak silap. Pegi majlis bergunting rambut kat rumah kakak ipar (yg pakai spek sebelah aku). Lokasi kat jambatan kinabatangan. Meriah yall sebab dapat makan daging payau ;D yumyum.



Ni pulak raya ketiga/keempat kalau tak silap. Beraya kat kampung Kunak, Sabah. Budak2 semua ni anak buah wan. Ramai lagi yang xde dalam gambar ni.



Yang ni masa beraya kat rumah abg ipar (Sim-Sim, Sandakan, Sabah). Wan yang ajar anak buah ambil gambar macam ni. Nanti dorang dah besar boleh lah throwback sikit gambar ni haha. 

Ok lah sampai sini je wan update. Nak update panjang2 takut korang pun menyirap nak baca. Haha. So jumpa lagi kat entri yang seterusnya :* bye!

You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...