KFC Green Chili Crunch [Food Review]

11:48 AM


Assalamualaikum dan hi semua?! Entri kali ni wan nak review makanan pulak. Lama dah tak cerita2 pasal makanan kat blog ni. Asyik cerita pasal jalan-jalan je. Haha.

Ok lah back to the topic. Wan nak review menu baharu Ayam KFC Green Chili Crunch! 



Tadaaa!! Ni lah dia Menu baharu tu. nampak gambar ‘macam’ pedas je. Yela.. Cili Hijau kot. Cuba korang makan cili hijau tu mentah2. Berair gak mata haha.

Wan ni bukan pencinta makanan pedas. Sebab wan xtahan sangat makan pedas. Maggi kari tu pun kira pedas gak. Apakan lagi kalau makan makanan yang ada cili 😝



Ini lah dia Menu Baharu “Green Chili Crunch” yang wan dah order. First impression bila makan, macam kenal rasa ni. Rasa macam perisa keropok yang wan pun xtahu keropok apa. Haha. Sangat crunchy. 

Wan ingatkan luar dan dalam hijau. Rupanya luaran sahaja. So bermaksud hanya bahagian luar yang pedas. Pedas dia 1/10🌶. Maksudnya tak pedas lah haha. Wan makan campur dengan sos cili pun still tak pedas 😂

So kepada yang belum rasa menu baharu ni. Boleh lah pegi mana2 cawangan kfc yang berdekatan. Sementara stok masih ada lah. sebab kfc kan rajin tukar menu haha. 

You Might Also Like

1 comments

  1. pada pendapat Wan.. rase dia sedap hingga menjilat jari tak?

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...