Cerita Sebenar Dimesir ( Mesir Kini )

4:55 PM


#PrayForEgypt Rabia Symbols

Assalamualaikum dan hye kepada semua para pembaca blog wan.. Sebenarnya kemarin lagi wan nk post pasal info terkini mesir.. tapi baru sekarang ni ada masa. walaupun mata masih layu tapi hati tetap bekeras nak update blog pasal mesir ni. :') ok jom baca ~

Kemuncak kepada kudeta Tentera Mesir ialah pembebasan mantan Presiden Hosni Mubarak. Begitu bijak kudeta tentera pimpinan As Sisi mengambil peluang.

Dikala rakyat diratah peluru tenteranya, sedang menangisi orang yang tersayang syahid dan dikala PBB, OIC, dan NAM masih membisu, Regim As Sisi pimpianan Amerika dan Israel mengambil peluang membebaskan Mubarak dari penjara.

Mubarak seorang sekutu rapat Amerika dan Israel. Mengikut Mahkamah era Presiden Morsi, Mubarak dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana pembunuhan rakyatnya di Dataran Tahrir semasa Arab Spring 2011. Nampaknya skrip yang dikarang oleh Amerika semakin mendekati penamat.

Bermula dengan hasutan tentera untuk demostrasi Anti Morsi, penggulingan Morsi, pembunuhan beramai-ramai rakyat pro Morsi hinggalah pembebasan Mubarak. Amerika dan sekutunya di Eropah (UE) akan berpura-pura mengutuk mesir.

Dalam waktu yang sama Amerika mengarahkan sekutunya di Timur Tengah Saudi, Kuwait, dan UAE memberi bantuan dan sokongan kepada Regim Kudeta Mesir.

Dalam masa yang sama juga, Amerika mengarahkan Regim Kudeta agar mempropagandakan kononnya Amerika masuk campurtangan di Mesir dengan memberi sokongan kepada Ikhwanul Muslimin (IM). Tujuannya agar rakyat Mesir terpengaruh dengan propaganda itu dan membenci IM. 

Regim kudeta juga akan meletakkan senjata-senjata buatan Amerika kononnya disalurkan kepada IM. Dakwaan Amerika menyokong IM akan terhapus apabila Amerika mengarahkan Regim Kudeta supaya mencipta dakwaan baru kononnya Al Qaeda memberi bantuan persenjataan kepada IM untuk membunuh rakyat Mesir.

Selepas ini, kita bakal melihat Regim As Sisi ini dengan arahan Amerika membuat sabotaj mengebom tempat-tempat awam di Mesir. Taktik yang sama berlaku di Algeria.

Pembunuhan 25 Askar Mesir di Sinai baru-baru ini adalah salah satu sabotaj Regim As Sisi. Jika Amerika boleh membunuh rakyatnya sendiri seramai 3000 orang di WTC dalam peristiwa 9/11, mengarahkan Regim As Sisi bunuh rakyat Mesir menjada perkara kecil sahaja.

- Petikan dari Artikel Wacana "Piramid Berdarah" UiTM Sabah. #PrayForEgypt !


You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...