Kenapa Cinta Jarak Jauh Itu Lebih Bahagia?

9:22 PM

Ramai yang tidak suka bercinta dengan orang jauh, dengan alasannya bahawa bercinta jarak jauh ini berisiko. Sebenarnya sama adan dekat atau jauh, kedua-duanya mempunyai risiko yang tersendiri.
Jika hendak bercakap tentang curang, jangan katakan bercinta jarak jauh sahaja boleh berlaku curang, malah jika bercinta dengan jiran depan rumah sekalipun, jika hati hendak curang maka akan berlaku kecurangan juga.
Apa yang penting apabila duduk berjauhan ini adalah kesetiaan dan kepercayaan. Jika kedua-duanya tiada, maka anda tidak layak untuk bercinta dengan orang jauh, cari sahaja rakan-rakan karib atau jiran sebelah rumah. Jangan sesekali cuba untuk bercinta jarak jauh jika hati tidak kuat dan mudah tawar hati.
From: CarryBeans
Ada yang beranggapan bahawa bercinta jarak jauh lebih menyenangkan berbanding bercinta jarak dekat ini. Lain orang lain pula pendapatnya. Jom kita lihat, apa sebabnya mereka lebih suka bercinta dengan orang jauh-jauh.

Tidak mudah rimas
Sesetengah orang tidak suka berkepit sahaja 24 jam, jika bercinta jarak jauh ini, masa untuk bersendirian itu ada dan tidak mudah rimas dengan pasangan. Selalunya jika pasangan anda juga sanggup berjauhan dengan anda, ada kemungkinan juga dia seperti anda. Lebih suka bersendirian dan memerlukan waktu untuk diri sendiri.
Tidak mudah bergaduh
Bagaimana hendak bergaduh jika masing-masing duduk berjauhan. Jika salah seorang tidak setia sekalipun, pasangannya tidak tahu dan tiada apa yang perlu di bahaskan. Tetapi sebaiknya anda setia saja, jika pasangan anda dapat tahu, dia akan segera tinggalkan anda tanpa menoleh lagi.
Tidak terlalu sedih jika putus cinta
Bukan bermakna tidak cinta, cuma perasaan itu tidak sama dengan mereka yang sentiasa keluar bersama. Mungkin ada rasa terkilan dalam hati apabila putus cinta, tetapi ianya mudah dirawat berbanding anda yang bercinta jarak dekat.
Lebih matang
Selalunya jika anda seorang yang sanggup mengambil risiko bercinta jarak jauh, anda seorang yang berfikiran lebih matang. Ini kerana bagi anda jika bercinta sekalipun, tidak perlu hendak jumpa setiap hari pun. Cukup bertanyakan khabar dan sesekali meluahkan rasa cinta, itu pun sudah memadai. Tidak seperti sesetengah orang yang jika boleh setiap hari hendak bertemu, dan jika tidak meluahkan rasa cinta, mula la fikirkan perkara yang bukan-bukan. Umpama bercinta dengan budak kecil pula kan?
Rasa ingin tahu itu lebih kuat
Apabila jarang bertemu, rasa ingin mengenali pasangan itu makin menebal. Setiap hari ada sahaja topik yang menarik hendak dikongsikan. Ini keana masing-masing terlalu teruja untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi jangan pula terlalu kerap menelefon pasangan, ini kerana mereka pun perlukan masa untuk sendiri.
Mengajar hati untuk sabar dan kuat
Bukan mudah untuk cuba bercinta dengan orang jauh, ianya mengajar erti sabar dalam diri. Jika orang lain sering bertemu dengan pasangan mereka dan anda pula hanya melihat sahaja, ia akan menguji tahap kesabaran anda. Namun sebenarnya anda lebih beruntung kerana anda tidak perlu rungsing untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk keluar dengan kekasih anda bukan? Anda ada masa untuk diri sendiri dan itu paling penting.
Belajar untuk setia
Apabila berjauhan, ia mengajar anda untuk setia. Ini kerana dalam keasyikan anda melihat orang lain keluar bersama, keinginan anda untuk seperti mereka itu tinggi. Walaupun cinta anda pada pasangan anda kuat, namun sedikit sebanyak akan menggugat hati anda bukan? Belajarlah untuk setia, ianya melambangkan anda bagaimana anda setelah berkahwin kelak.
Bukan mudah untuk seseorang sabar dan setia apabila berhadapan dengan cinta jarak jauh ini, memerlukan hati yang kuat dan cekal. Bila anda berjauhan mula lah ada yang hendak masuk daun.
Sumber: Leav.my

You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...