Yuna tercalon dalam MTV EMA 2012

4:52 AM

Yuna tercalon dalam MTV EMA 2012

19 Sep – Penyanyi kelahiran Alor Star, Kedah yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila tercalon dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012.
Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini akan bertanding dalam kategori 'Best Asian Act' bersama empat calon terkenal yang lain iaitu Exile, Han Geng, Jolin Tsai dan Super Junior.
Pemenang kategori ini akan mewakili Asia dalam kategori 'Worldwide Act'.
Para peminat boleh mengundi secara talian di mtvema.com/vote sehingga 14 Oktober 2012.
Sebelum ini Yuna pernah dicalonkan dalam Nickelodeon Kids' Choice Awards ke-25 dalam kategori 'Favorite Asian Act'.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Terukir Di Bintang" kini sedang rancak mengadakan persembahan di luar negara dan baru sahaja meriliskan album terbarunya berjudul "Yuna".
MTV EMA 2012 bakal ditayangkan secara langsung dari Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 November 2012.
(Kredit foto: Zel-Atif Ishak)


Sumber : Yahoo Malaysia


You Might Also Like

2 comments

  1. Baru2 ni shila amzah menang asian wave..kini yuna pulak trcalon kt mtv ema..:)

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...