Tuesday, August 16, 2011

BURUNG UNTA

hye semua?

SOALAN
 Boleh Tak Terangkan Serba Sedikit Tentang Burung Unta??

JAWAPAN
Burung Unta merupakan burung terbesar di dunia dengan ketinggian boleh mencapai sehinggah 2.5meter. Disebabkan saiznya yang besar, burung unta tak dapat terbang. Walau bagaimanapun, ia mampu dijadikan sebagai haiwan tunggangan di beberapa buah kawasan di Afrika Utara & juga Arab. Di masa ini, burung unta telah dijadikan sebagai tunggangan rekreasi di taman tema. Burung yang akan menyembunyikan kepalanya ke dalam tanah apabila berdepan dengan bahaya ni berasal dari kawasan savana & separa gurun afrika serta selatan hutan Khatulistiwa. Selain dari berdarah panas, burung unta juga mempunyai paruh yang tak bergigi & mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam. Burung unta kini dibiakkan secara komersial & dagingnya dijadikan hidangan lazat seperti burger, stik & juga sate.


4 comments :

YasminLaa said...

hehe..bagus la fakta ni.. nnt ltak la lagi :)

Rizwan Ewan said...

:) ok bleh je.. :D thanks ..

aimie amalina said...

mata burung unta lbh besar dr otaknye =)

Cahya Qasehnya said...

ingat masa dulu2 ada game HUGO kat tv7. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers