6 Cara Membuatkan Wanita Berasa Istimewa

5:37 PM

Credit : Tumblr

Untuk menarik perhatian seorang perempuan, nak kata susah tak juga...nak kata senang pun tak. Apa pun yang paling dan mampu membuat perempuan terasa istimewa ialah lelaki. Sebab tiada siapa yang paling pandai mengguna kata2 manis selain lelaki...hehehe. Betul tak?


Disini...ada beberapa cara untuk membuat wanita idaman anda berasa istimewa...hanya sekadar sharing saja....:)


(1) Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda- Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. Beritahu perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran mereka ataupun sebagainya.


(2) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan- Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan. Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan, hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan mereka berasa istimewa.


(3) Memberikan mereka perlindungan- Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.


(4) Hormati pendapat mereka- Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa lebih istimewa.


(5)  Meminta maaf- Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa.


(6) Penghargaan- Tunjukkan penghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa. 

You Might Also Like

4 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...