Neelofa tidak terkilan dengan Yusof Haslam

6:23 AM

Neelofa

14 Ogos - Pelakon filem "Azura", Neelofa sedikitpun tidak berasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Yusof Haslam baru-baru ini.
Teguran yang meminta beliau agar tidak lupa diri dinggap bukan suatu hal yang besar. Sebaliknya, ia dilihat sebagai nasihat bapa kepada anak, memandangkan keluarga Neelofa mempunyai hubungan yang erat dengan pengarah veteran itu, yang dipanggil sebagai 'uncle'.
"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja nasihat dan teguran yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle."
"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," ujar beliau kepada mStar Online.
Pada Ahad lalu, Yusof Haslam dilaporkan telah menegur sikap Neelofa yang tidak mahu bekerjasama dalam mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (SAM).
Begitu juga dengan Neelofa yang tidak memberikan respon baik terhadap tawaran berlakon filem itu dan tidak menghadiri ke majlis pelancaran filem.
Namun, Neelofa menerangkan bahawa sebab beliau tidak dapat hadir ke majlis tersebut adalah kerana beliau pada masa itu sedang menjalani penggambaran filem "Kau Yang Terindah" di tanah suci Mekah.
Ditanyakan tentang isu berkenaan kepada Yusof sendiri, beliau menjelaskan bahawa beliau tiada sebarang niat untuk memalukan Neelofa.
Kenyataan tersebut terkeluar semasa beliau 'berborak kosong' dengan para wartawan akhbar.
Beliau berharap agar perkara itu tidak diberpesarkan lagi dan meminta Neelofa menerimanya dengan positif, sebagai seorang artis muda.
Sumber : My Yahoo

You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...