Tuan Blog Sakit

1:46 AM

Tuan Blog
Assalamualaikum dan salam 1malaysia?? hehe. hari ni tuan blog sakit. memang dugaan bila kita sakit d bulan puasa. tapi percaya la pasti ada hikmah kenapa kita sakit. sebenarnya pada malam kejadian iaitu malam semalam. tuan blog berasa sangat2 sihat dan pada masa yang sama, tuan blog busy melantak makanan ketika berbuka. selepas berbuka puasa 2 tuan blog memulakan membanting tulang dengan membuat kerja2 sampingan untuk membantu mak. kekeke. nak tahu kerja apa? kerja senang je. senang tapi akan jadi susah kerja 2 bila kita online sambil membuat kerja. huhu. tuan blog membasuh pakaian yang kotor. fuuh! bukan sehelai jew kena basuh. ni da macam satu lori pakaian lelong yang tuan blog kena cuci. sabor jew la. lagi pun bukannya mati kalau kita membasuh pakaian. hehe. 

Tuan blog start kerja 2 pada pukul tujuh selepas berbuka, dan selesai pada pukul 11malam. hahaha! mana tak nya tuan blog buat kerja sambil online. lolz! tuan blog kalau online memang tak ingat dunia. huhu. selepas membasuh baju 2. tuan blog pun merehatkan diri kat ruang tamu sambil menonton transformer kat channel 411 : HBO. sedar tak sedar. semua manusia yang ada d rumah tuan blog da tidur lena d buai mimpi *sweet dream la katakan. kekeke. selepas habis jew menonton transformer, tuan blog tukar channel nak tengok sukan olympics. mata tuan blog menjeling2 jam dinding dan jarum jam menunjukkan pukul 1am. OhmyGucci! da lewat. perut  pun da mengeluarkan bunyi2 pelik . tuan blog menahan mata daripada tertutup dan berjalan ke dapur. mak ai! perut da lapar time 2. hanya tuhan yang tahu. huhu.

setelah 4minit duduk kat dapur. akhirnya tuan blog mengambil keputusan untuk bersahur pada awal pagi tersebut. bukak periuk ada jugak lauk untuk d makan. nasi + ayam masak kari + air suam. selepas melantak makanan tersebut. tuan blog kembali memerhatikan kaca TV. hahaha. akhirnya tuan blog melelapkan mata. tidak sampai beberapa jam melelapkan mata. kedengaran bunyi *wan bangun sahur sebanyak 4x* muehehe. rupanya mak. tuan blog cakap ngan mak *da sahur tadi*. ok.

Terlena akhirnya tanpa gangguan. tapi yang sedihnya tuan blog terlepas solat subuh. so sad. mampoi! bangun jew tengok da pukul 10pagi. da terlebih lewat bangun ni. huhu. tengok phone ada mcg *mcg dari my crush* hehehe. tapi yang peliknya tuan blog tak bermaya. lemah gemalai jew bila bangun dari katil. rupa2nya tuan blog sakit demam + batuk + selesema. huhu. dugaan2! huhu. hanya tuhan yang tahu macam mana rasanya sakit d bulan puasa. tuan blog boleh bertahan insya'Allah! sakit tuan blog masih dalam keadaan terkawal. crush tuan blog kata *kalau tak larat tk ea puasa*. baik bos ;) arahan d terima. kekeke. sekarang ni da pukul 4:42pm. berbuka pada pukul 6:26pm. lagi beberapa 2jam. yeah2! boleh tahan. ok la. korang doakan tuan blog cepat sembuh tau. doa korang amat2 d hargai oleh tuan blog. sekian.. :')

You Might Also Like

3 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...