Thursday, August 30, 2012

Doa Pilihan : Doa Memperkuatkan Ingatan

Assalamualaikum semua? hari ni wan nak buat entry tentang doa pilihan wan pada hari ini. doa supaya apa yang telah dihafal tidak lupa. :D 

baca doa kat bawah ni

Doa Memperkuatkan Ingatan

Actually, doa ni patut d amalkan oleh para pelajar. sbb pelajar ni perlukan ingatan yang kuat untuk mengafal subjek2 tertentu. pape pun korang hafal k. sama2 kita hafalkan, insya'allah Allah akan memperkuatkan ingatan kita. aminnn :)

kalau suka "LIKE" dan "SHARE" sekali ngan kawan2 anda..

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke 55 Buat Malaysia !

Sekadar Gambar Hiasan
Assalamualaikum semua? hari ni merupakan ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 buat malaysia! yeah! merdeka3! akhirnya kita da merdeka 55tahun. Alhamdulillah. walaupun baru yang ke 55 kita patut bersyukur. bukan senang nak mencapai kemerdekaan ni. 

Kita harus berterima kasih kepada pejuang2 / pahlawan2 dulu yang memperjuangkan kemerdekaan buat negara kita ni. kalau nak tahu lebih lanjut korang baca la buku sejarah tingkatan 4 dan tingkatan 5. :p hehe. merdeka! merdeka! merdeka! 

Kita harus mempertahankan kemerdekaan ni. jangan la kita merosakkn keamanan / keharmonian dan kemerdekaan ini. fikir la masak2 sebelum membuat sesuatu. jom sama2 kita harumkan nama negara d mata dunia! *semangat plak* hahaha. 

Ok sekian. nanti aku merepek plak. haha. MERDEKA ! :D

Wednesday, August 29, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.leh syarikat masing-masing.

untunglah sape pelajar "IPT".. aku pun bakal pelajar IPT gak.. hehe..kalau korang rase berminat nak kad ini.. korang klik "SINI"


Photoshot Sempena Merdeka l Entry Bergambar

Hye semua? lagi beberapa hari negara kita "MALAYSIA" akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55..horeee!! bestnya. cuma tahun ni tak best macam tahun2 lepas. sebab tahun2 lepas dapat sambut merdeka ngan kawan2. huhuk. skrg da habis sekolah tk dapat da nak smbut merdeka kt sekolah *seriously rindu sekolah*. tak pe, tahun ni aku sambut merdeka kat luar ngan kawan2 sekolah dan kawan2 baru.

Eh?! da kuar topik plak.. =.=" hurmm.. entry kali ni wan nak siarkan hasil gambar photoshot wan sempena merdeka ni. sorry tak cantik sangat. sebab wan snap picture ni sorang2 kat bilik. kalau kat studio 2 lain cite. huhu. :p ok jom layan picture2 hasil dari photshot "syok sendiri" dari wan. hahaha..

Photoshot Wan Blogger Sempena Merdeka

Photoshot Wan Blogger Sempena Merdeka

Photoshot Wan Blogger Sempena Merdeka

Photoshot Wan Blogger Sempena Merdeka
Habis daa! 2 jew photoshot "SYOK SENDIRI" dari wan. haha. korang ada?? semua muka aku mcm nak mintak penampar kot. hahaha! pape pun cuba korang perhatikan gambar 3 dan 4. ada apa kat dinding bilik wan 2? jeng jeng jeng. 2 bendera malaysia terbesar yang ada kat dalam bilik wan. maklum la semenjak wan join PLKN / KHIDMAT NEGARA 2 wan semakin sayang kat negara "MALAYSIA" ni. sebab 2 ada bendera besar kt dinding 2. haha.

pape pun. thanks pada korang yang sudi baca entry sempena merdeka dari wan. kalau suka klik "LIKE" dan tinggalkan "KOMEN" sekali tau! ;)

Wordless Wednesday #11 : Koleksi Majalah Klik Aku


Gila Bergambar Menggunakan Camera Nikon

Gambar Nikon *cara pegang yang salah* lol
Hye semua? bertemu lagi kita d hari yang sama tetapi d lain entry. hahaa. hari ni wan tetiba jadi rajin untuk menaip entry. penyakit malas wan kejap jew datang. pastu, da hilang. yeahh! yeah! *kanak2 ribena* haha. hurmm. korang nak tahu tak? wan sebenarnya gila bergambar semenjak wan memiliki camera nikon D3100 *bangga jap ada camera DSLR* :3 muehehe. 

sebelum ni wan hanya mampu tersenyum jew melihat kawan2 yang ada camera nikon ni snap picture merata tempat. habis semua tempat meraka nak snap. kat toilet pun ada gak. =.=" macam2 la kan. semua 2 sebenarnya mereka gila bergambar. sekarang wan pun gila bergambar gak *bergambar kat toilet tak!* 

Rugi agaknya kalau kita beli camera mahal2 tapi kita tak gunakan sebaik mungkin. wan memang ada berhasrat nak jadi juru gambar suatu hari nanti. insya'allah. tapi wan bukan nak jadikan juru gambar ni sebagai kerjaya utama. wan cuma nak jadikan sebagai hobi wan :)

Kepada korang yang ada camera2 yang macam ni jom sesama kita snap picture2 yang menarik. tak semestinya kita snap picture muka kita jew 24jam kan. kita bleh gak snap2 picture pemandangan atau sesuatu yang unik dan menarik untuk d kongsi bersama rakan blogger dan rakan2 kat luar sana :)

ok 2 jew. stop! wan tak de idea da..ngee..

Tuesday, August 28, 2012

Tanda Awal Penyakit Malas

Picture Tanpa Edit

hye semua? nampaknya blog wan hampir jew penuh dengan sarang labah2. maklum la wan tak berapa ade mood nak menaip entry ni. kan best kalau kita tak perlu menaip. kita cakap jew perkataan 2 tertaip dengan sendirinya. haha. *malas*

picture kat atas ni merupakan picture wan. baru jew semalam wan snap. ;) actually, wan tak edit langsung pun  picture 2. sebab wan malas nak edit. haha. kalau penyakit wan malas memang susah, tapi kalau penyakit wan rajin senang la hidup korang. muehehe

malas ni bukan penyakit sebenarnya cuma malas ni hanya respon dari otak ke seluruh tubuh badan. sekirannya kita cakap dan fikir malas. secara automatik badan kita pun malas la nak bergerak. semua 2 boleh kita hilangkan kalau kita betul2 dapat kawal penyakit malas ni.

sebaiknya kita jangan cakap or fikir pasal malas. kita cakap dan fikir pasal rajin plak :) kalau kita rajin tak rugi. tapi banyak memberi keuntungan pada diri kita ni. kalau tak caye cuba la. hehe. pape pun hari ni wan kena serang penyakit malas. semua benda wan malas nak buat. fuh! =.="

ok la guys. 2 jew entry wan kali ni. bye semua! muah! ;)

Monday, August 27, 2012

Semoga Cepat Sembuh Mak :(

just for my mom
Assalamualaikum semua? hari ni merupakan hari kedua mak saya sakit. huhu. sedih sangat tengok mak sakit macam 2. sebab selama ni mak saya jew yang menceriakan hidup saya kat rumah ni. saya rapat ngan mak saya. maklum la wan anak bongsu sebab 2 wan rapat ngan mak. huhu. pape pun wan nak korang doakan sama2 ea semoga Mama wan cepat sembuh.. :'/ 

Hari ni kena hantar mama g klinik / hospital yang berdekatan. sebab mak saya sakit kemungkinan besar sebab tersalah makan. kemarin mak saya tetiba muntah. tapi kalau wan tengok tanda2 penyakit mama 2 mcm penyakit gastrik. hrap2 la ianya cuma sekadar penyakit yang ringan..aminn..

"Ya, Allah..sembuhkan la mak saya dari penyakit 2..sesungguhnya engkau la maha suci Allah.. :'( aminn.."

p/s : doakan mak wan cepat sembuh ea.. :') semoga korang mendapat pahala dan ganjaran yg banyak kerana mendoakan mak sya cepat sembuh..amin..

Doa Pilihan : Doa Mohon Keringanan Dan Kemudahan

Doa Pilihan
Assalamualaikum semua? hari ni wan nak kongsi doa mohon keringanan dan kemudahan. kalau korang selalu rasa susah , resah , berputus asa. baik korang amalkan membaca doa ni.. insya'allah Allah s.w.t memberi keringanan dan kemudahan kepada kita..amin.. :)

p/s : sebenarnya wan nk tukar blogspot dot com ke dot com..tapi tak pasti lagi..huhu..

Blog Sesuka Hati

hye semua? hari ni wan tak banyak nak update. sebab agak busy nak uruskan hal pelajaran. hehe. insya'allah tak lama lagi wan da start study. yahoo! eh? tak lulus lagi kot.doakan wan tau. kalau semuanya berjalan dengan lancar tanpa halangan 10 september wan da gerak pegi "SELANGOR" ngee. hope dapat jumpa korang kat sana.

actually, gambar kat bawa ni tak de kaitan dengan apa yang wan nak taip sebenarnya. saje2 letak jew. huahuahua. link 2 merupakan blog kedua wan. kalau korang ada masa terjah la blog merepek 2 ea. haha.

blog kedua wan
macam tetiba plak rase ada semangat nak update blog ni lagi.. hurmm.. tengok keadaan dulu la.. :P selamat berblogging semua!

Sunday, August 26, 2012

Kembali Ke Sekolah Selepas Cuti Raya

sekolah
kembali ke sekolah selepas cuti raya! yeah! wan masih teringat lagi semasa wan masih bersekolah. sebelum cuti cikgu bagi homework banyak2..pastu yakin boleh siap sebelum kembali ke sekolah. tapi bila da raya apa pun tak ingat. bila cikgu tanya pasal homework siap or tidak, satu kelas jawab "tak siap".. haha. 

biasa la 2. lumrah seorang pelajar. bila cuti boleh la kita rehat2 , tak fikir banyak , boleh bangun dan tidur lewat. tapi bila esok 2 da nak sekolah, mula la rasa malas 2 muncul kt dalam diri. haha. tapi sebenarnya best kalau kita pegi sekolah pada hari pertama sekolah selepas cuti raya. sebab tak ramai guru2 yang masuk kelas. yang hadir ke sekolah pun tak ramai. boleh bebas duk bergosip ngan kawan2. lolz

pape pun wan nak ucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar sekolah! belajar rajin2 tau. buat yang terbaik! dalam kelas kena focus 100peratus. :) sekian

Saturday, August 25, 2012

cemburu tengok blogger famous

Saje2 letak picture ni

seriously aku memang jealous tengok blogger2 famous..setiap kali mereka update blog ramai jew nak komen. kita ni tak de sape pun nak komen. ada yang komen pun satu dua orang jew. sedih sesangat.. 

harap suatu hari nanti boleh jadi macam diorang 2. jadi blogger famous.. cececeh! lolz!
siapa tak nak jadi blogger famous!!!! best 2!

wan semangat nak blogwalking plak malam ni.. tinggalkan link korang kat ruangan komen. nanti wan terjah dan tinggalkn jejak sekali. hehe..

Friday, August 24, 2012

Saya Nak Awak Tahu

wan retis

Hye awak? macam baru jew semalam saya kenal ngan awak. tapi sebenarnya kita da hampir setahun kenal. cepat jew masa berlalu. kalau tak silap saya, kita kenal bulan february 2012. time 2 saya baru jew putus cinta dan awak pun dalam situasi yang sama "putus cinta".. yuhuu.. kita sama. dalam fikiran saya mungkin kita d jodohkan bersama.

Setelah beberapa bulan berlalu saya semakin sayang kat awak. awak banyak mengajar saya erti percintaan, erti hidup dan kepentingan bersabar. saya hargai semua 2. saya tak boleh nak tipu diri saya sendiri yang saya da jatuh cinta kat awak. seriously, saya nak memiliki cinta awak. saya nak menjadi orang yang special buat awak. saya nak bahagia bersama awak..

Saya bahagia sangat2 bila awak kata awak sayang saya. awak hanya pernah kata "I LUV U" sekali jew pada saya. terasa indahnya dunia ini. saya orang paling bahagia d saat itu. tapi semua itu adalah sementara. saya semakin lama semakin jauh dari awak. saya tak tahu mana silap saya. huhu.

awak semakin menjauhi saya. awak tak benarkan saya utk berkata yang saya syg dan cintakan awak selalu. awak kata awak takut nanti cepat "bosan".. sebenarnya awak terlupa suatu perkara.. salah satu hubungan 2 akan putus bila ada rasa "bosan". kalau seseorang betul2 cinta dan syg kita, dia tak akan pernah "bosan" dengan kita. betul tak? huhu..

Malam ni saya memang tak dapat nk mcg awak kat phone. sebab saya tak de kredit. esok baru dapat topup. tapi awak kata nanti awak akan online fb/twitter..ok.. saya tunggu awak kat facebook.. da berapa jam berlalu. tapi awak still tak online..awk pegi mne?? huhu. saya online twitter dan tweet awak. akhirnya awak replay.. yahooo hati ini sngt2 happy. 

Baru jew berapa minit tweet2 awak kata kita inbox/DM jew. dalam kepala otak saya hanya terlintas perkataan "KENAPA?" huhu. kenapa nak inbox/DM ? kan kita boleh tweet mcm biasa. awak malu tweet dengan saya? awak tak nak orang tahu yang saya berhubung dengan awak? seriously saya kecil hati dengan awak.

Apa pun yang saya buat semua tak jadi. semua awak tak benarkan. huhu. kenapa harus macam 2? saya tahu la saya ni tak handsome dan tak de rupa langsung..huhu.saya cuma nak tambah rasa syg dan cinta d antara kita. tapi awak sentiasa menghalang cinta dan syg kita 2 menjadi mekar..huhuhu....knpa hrus macam 2?

awak kata sebab

"CINTA KITA CINTA TERHALANG"

kita da memang tak sehaluan semenjak akhir2 ni..awak mengajar saya untuk takut pada cinta. saya betul2 takut pada cinta sekarang ni. cinta betul2 menakutkan dan menyakitkan! saya da fikir masak2 saya nak awak lupakan saya!! huhu.. saya akan hapuskan rasa cinta dan syg sya pada awak.. saya nak awak tahu bukan senang nak buat macam 2...huhu.. tapi saya terpaksa..huhu..


SELAMAT TINGGAL DEAR! :'/



wan retis pencinta kucing


hye semua? malam2 ni wan tak de cerita menarik sangat untuk d kongsi bersama korang smua. sekadar cerita2 kosong yang terlintas d fikiran wan. tidak d nafikan wan merupakan seorang pencinta kucing. bagi wan sendiri menjaga seekor kucing bukan la sebagai hobi semata2. tapi sebagai menyempurnakan hidup wan. tanpa kucing wan rasa tak best.! hehe

Wan start memelihara kucing ni dari tadika lagi. wan masih ingat pelbagai kenangan manis dan pahit wan bersama kucing2 kesayangan. sekarang semuanya tinggal kenangan. huhu. ketika wan tadika wan memang ada memelihara seekor kucing betina dan kucing 2 pun beranak. bertambah la kucing wan. sehingga ke hari ini wan masih memelihara kucing.

Kucing ni merupakan haiwan kesayangan nabi. sebab itu kita sebaiknya memelihara kucing sebaik mungkin. jangan sesekali membuat keganasan kepada kucing tersebut. pelbagai jenis penderaan yang wan lihat manusia lakukan ke atas kucing2 comel ni. agak sedih jugak melihat penderahan tersebut. tapi apakan daya. wan hanya mampu melihat gambar2 kucing d dera. so sad! yang pasti mereka yang membuat 2 akan menerima pembalasan d akhirat kelak! pasti!

Setakat ni wan menjaga 3ekor kucing betina dewasa, 2ekor kucing remaja, dan 4ekor kitty yang baru jew lahir. hehe. kebanyakan kucing wan adalah betina. wan pun tak tahu kenapa wan selalu jew mendapat kucing betina. hahaha! tapi tak pe. wan lebih suka kucing betina dari kucing jantan. kerana kucing jantan akan tinggalkan rumah apabila dewasa. kucing betina akan setia duduk kat rumah selamanya. itulah kelebihan kucing betina. hahaha.

Kucing2 peliharaan wan bukan la kucing import atau kucing parsi yang dijual mahal kat kedai 2. kucing wan semuanya kucing terbiar wan ambil kat tepi jalan. :') wan tak nak bajet hot beli kucing2 mahal2 sedangkan kucing yang da nak mati d biarkan. sampai bila2 pun wan tak akan membeli kucing! wan suka pungut kucing2 yang terbiar. wan akan jaga kucing 2 macam wan jaga baby yang baru lahir. 

Pelbagai pengalaman yang wan dapat selama wan menjadi ibu angkat kucing2 ni. hehe. wan anggap kucing2 2 anak wan. :') wan syg sngt2 kat kucing2 wan. setiap kali wan bersedih. wan akan luahkan perasaan sedih wan kat kucing 2. rasanya ada baiknya wan luahkan kepada kucing berbanding wan luahkan perasaan 2 pada seorang manusia. bila wan luahkan perasaan 2. kucing wan akan duk diam2, seolah2 dia faham apa yang wan cakap. :') mungkin dia faham kowt. cuma kita tak tahu. semua 2 kuasa Allah s.w.t :)

panjang pulak coretan wan pada kali ini. secara kesimpulannya wan seorang pencinta kucing ! :) Terima kasih kerana sudi baca entry wan. tinggalkan komen anda..nanti wan jejak kat blog korang plak.

Thursday, August 23, 2012

Gayboy vs Pondan : jalan mana yang anda pilih?



wan copy + paste dari blog mak nyah secret..hehe..mohon terasa :P

Isu nieh memang menarik unuk diperbincangkan, apatahlagi tak semua orang dapat menerima golongan minoriti yang unik ini. Cuba kita toleh kiri kanan, dapat tak uols kesan gayboy mahupun fonen disekeliling anda? Yup sure adakan, tu abang sebelah meja kat office kiter yang straight acting, nampak macho siap ada membership card untuk Fitness Centre, tapi bila weekend tetiba ajer nampak muka dia bersadai kat MTQ or tengah bayar RM 20 kat kaunter Otot-otot. Tu yang gibeks, kalau yang fonen lagi senang nak kesan **nieh jenis yang undercover mek maksudkan, yang tak bertetek dan jauh sekali yang operate, cuba belek kening dia yang dicantas halus, lagi nipis dari Umi Aida atau setidak-tidaknya sama halus dengan nasha. Belum lagi dimuluskan muka yang ada jerawat dengan krayolan dan beberapa layer mayami, harus terang lagi bersuluh nieh golongan NYAHHHHH. Kalau dua spesis nieh tak ader, tak yah rungsing, tak payah nak pening kepala, tu yang tengah baca blog mek nieh harus adek-adek. Sapa lagi uols ler yang mirch maksudkan.

Pada pengamatan mirch yang tak seberapa nieh, sama ada uols pilih untuk jadi gay boy or fonen dan tak ketinggalan ada PLU yang tamak nak jadi dua-dua nieh, mereka akan menghadapi dilema pada satu ketika walapun tidak setiap hari. Yeah apa pun akan tetap ada pro and cont dia so isu ini yang mirch hendak perkatakan. So uols, kalau kita pilih jadi gayboy pada dasarnya kita mungkin tidak diserang hebat oleh masyarakat sepertimana yang dihadapi oleh fonen. Mana tidak kalau lalu depan lelaki especially yang nakal akan ada bunyi ya auw auw, diselangseli dengan weat weat, atau yang lebih kreative lagi akan menyanyi dengan girangnyer dia datang dengan lenggang lenggoknyer. Itu mungkin uols boleh tersenyum simpul or buat bodoh ajer tapi ada yang jenis kurang ajar akan menjerit bapok. Hayooo ver der malu sundel.

Dan mirch rasakan pula bila PLU jadi gayboy, dia akan jimat duit untuk beli alat make-up. Nak jadi fonen yang sempurna bukan senang, nak beli eye-shadow, lip liner, blusher, mascara, lipstick, foundation dan bla bla bla. Semua nieh memerlukan duit jugak, patah lagik kalau yang ambil cikmon, tiap-tiap bulan ada peruntukan sama ada beli pil atau injection, kalau gaji beribu-ribu macam akak leez yang pakai Kia ittew *opss mek tersasul mungkin tak kisah tapi setakat yang biasa-biasa cam kerani, parah juga nak budget. Tapi yang gayboy nieh pula taste tinggi melangut bak KLCC. Adek-adek nieh sepintas lalu very der high maintenance, kalau nak beli handphone harus ada bluetooth, lagik bagus kalau ada vidoe recording. Kalau minum nieh, seharusnya coffee beans or sb . Sebab ittew semua sekarang nak cari hubby yang kaya walapun ada yang pangkat ayahanda. Yang penting tiap bulan mana-mana bil yang tak sempat settle ada yang boleh bayarkan.

Tapi uols tak semua jenis macam ntuh, ada yang biasa-biasa. Bukan semua PLU over der hanjeng, malah ada yang kerja keras untuk membina rumah tangga. Hiks bab nie mungkin uols tak setuju tapi mek rasa I punya pandangan tak salah. Golongan gibek lebih merancang untuk berumah tangga *means tinggal sebumbung dengan couple dia. Mereka lazimnya sewa serumah dan beli kelengkapan bersama. Mungkin orang tak akan kata apa-apa bila lihat dua lelaki tinggal serumah. Dan rumah pula chantek nak mampus, interior design dia layak masuk Anjung Seri. Tapi pandangan yang serong mungkin diberikan kalau fonen *nieh yang sejati tinggal berdua dengan hubby dia. Macam-macam kutukan *sepecially kalau uols tinggal dalam komuniti melayu yang kekwat* yang uols akan terima. Dan kalau yang semi-drag pula *nirh fonen separuh-separuh selalunya takkan tinggal dengan lover dia, sebabnyer kekadang laki keras nieh tak tahu yang dia nier Karim bila siang dan Carey bila malam. Kalau macam nieh punya kes, bagaimana boleh tinggal sebumbung.


Doa Pilihan : Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar

doa pilihan wan kali ini adalah doa untuk menjadi orang yang sabar :) sama2 la kita amalkan doa ini. semoga doa ini membantu kita menjadi orang yang sentiasa bersabar. sesungguhnya orang yang bersabar itu d sukai Allah s.w.t. setiap manusia memang ada tahap kesabaran. tapi dengan sentiasa mengamalkan doa ini insya'Allah kita akan menjadi orang yang bersabar tanpa tahap2 tertentu. aminn.. :)


Baju Raya 2012

Assalamualaikum dan slm 1malaysia semua? wan nak preview baju raya wan pada tahun ini. baju raya ni tak la cantik sangat. cuma sangat sesuai dipakai dan d gayakan oleh wan d hari raya. hehe. colour baju raya wan pada tahun ini adalah coklat. coklat yang hampir sama warna dengan kulit wan. hahaha. baju melayu ni telah d modenkan sikit fashionnya dengan menggunakan butang cina pada baju. 

seriously wan kata baju ni sangat2 selesa. kain baju melayu ni pun tak tebal dan tak nipis. sedang2 saje. hehe.  sebelum raya hari 2 wan bercadang nak letak labuci kat leher dan tepi lengan tangan. tapi nampanya masa tak mengizinkan untuk wan membuat perincian tersebut. sabor jew la. huhu. 

Baju Raya 2012
Time ni wan bergambar kat rumah mertua akak wan d sim2 berdekatan dengan bandar sandakan, sabah. mereka satu rumah semangat merdeka tau. tengok la bendera malaysia kat belakang 2. hehe. korang ada? tk de kan. mesti korang ingat nak raya jew. tapi merdeka tak ingat..weeek! :P

Baju Raya 2012
pape pun belum terlambat sekiranya wan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia blog wan. dan kepada semua rakan blogger yang wan sayangi. semoga raya tahun ini memberi 1000makna buat kita bukan 1000kg lemak sebab tak henti2 makan. haha. sekian terima kasih :)

Wednesday, August 22, 2012

Beraya Di Sim-Sim

Assalamualaikum dan selamat pagi semua? hehe. hari ni wan nak cerita tentang mood beraya wan. hehe. kemarin 22 august 2012 merupakan hari kejadian. wan bersama keluarga tercinta beramai2 pegi ke sim2 untuk beraya. tak ramai sangat pun sebenarnya setakat dua buah kereta. 

berikut senarai peserta yang join. hehe dua orang lelaki dewasa, 3 orang perempuan dewasa, dua orang remaja, dua orang kanak2 yg masih kecil. jumlah semuanya 9 orang yang pegi beraya kat sim2. 

Sim2 ni merupakan penempatan d atas air yang berdekatan sangat2 dengan bandar sandakan, sabah. korang boleh tengok picture kat bawah ni 

Sim-sim Jambatan 16
Setiap jambatan mempunyai lebih dari 20 Buah Rumah yang besar, dan yang wan tahu kt sim2 ni ada lebih kurang 20++ buah jambatan. korang kira la berapa buah rumah yang ada kat sim2. memang banyak! kalau beraya ke setiap rumah memang tak balik rumah la jawabnya hahaha. 

Sebenarnya rumah kat sim2 ni merupakan rumah mertua akak wan. akak wan tinggal kat sana dengan husband dia. maklum jew la husband dia dokter kat hospital besar sandakan. :) nombor rumahnya wan tak tahu. yang wan tahu rumah 2 terletak d jambatan 16. 

Semasa wan bekerja hari 2. wan stay sebulan lebih kat rumah mertua akak wan ni. semuanya baik2 belaka. tak de yang sombong pun. memang tersangat2 untung la akak wan dapat mertua dan keluarga mertua yang baik dan peramah ni :)

Ainul dan Safwa

kedua2 kanak2 ribena ni merupakan anak buah wan. kedua2 pun comel macam wan sendiri..hahax. yang berbaju kurung 2 merupakan cucu pertama mak dan ayah wan. dan yang berbaju putih love2 2 cucu kedua kepada mak dan ayah wan :) umur pun tak la jauh sangat bezanya. 


Keluarga Wan Retis
Sempat lagi wan suruh mereka berkumpul untuk berphotoshot. hahaha! maklum la wan ni pantang kalau tak ambil gambar. boleh buat kenangan picture ni. kekeke. 

Back to the topic, wan perkenalkan sorang demi sorang. yang paling tepi kiri yang bertudung hitam 2 merupakan akak wan yang kedua dan akak wan yang tinggal kat sim2 ni. budak kecil 2 anak dia. sebelahnya plak yang bertudung hijau akak pertama wan. sebelahnya lagi yang bertudung ungu 2 ibu yang tercinta. budak2 yang dekat ngan mama wan 2 anak kakak pertama wan. sebelah mama wan, ibu mertua akak kedua wan dan merupakan pemilik rumah yang wan pegi beraya ni. hehe. yang 3 orang sebelah kanan 2 adk akak ipar wan, akak ipar wan yang bertudung putih dan baby kecil 2 anak dia yang baru jew berumur 8tahun.

Mak tercinta bersama cucu2 tersayang

Ini mama wan bersama cucu2 tersayang. actually, ada sorang cucu kurang. sebab time ni dia nanges dan merajuk tak nk bergambar. wan hanya sempat snap ni jew. huhu. pape pun nak snap picture ni bukan senang ok. hehe.


Mak Bersama Cucu Ketiga

The last picture untuk entry ni mama wan bersama cucu ketiga. baby ni baru jew berumur 8bulan. nama baby ni zahirah. actually, panjang lagi nama baby ni. tapi wan tak tahu fullname baby ni..huhuk. 


korang tengok macam sunyi jew kan kat rumah ni. tak sunyi pun. ramai sangat2 orang kat sana. maklum la duk kat sim2 ni ramai2 orang nak datang beraya. penat sangat2 beraya ke sini. bukan setakat jauh. panas plak 2 kat jambatan. haha. pape pun memang best gak dapat jalan2 kat sini. dapat cuci2 mata ni :D hehe. sekian terima kasih kerana sudi bace entry wan yang tak seberapa ni.. :)


Tuesday, August 21, 2012

Aku Sokong Kerajaan Barisan Nasional

Wan Retis

Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? entry kali ni wan nak tegakkan pendirian wan. :) selama wan hidup kat dunia ni. wan bersyukur sangat2 sebab d lahirkan sebagai umat islam dan rakyat malaysia. wan bersyukur dibesarkan d malaysia dan bergelar rakyat malaysia. setelah wan memerhatikan dengan mata wan sendiri. wan bertekad nanti besar wan nak daftar sebagai pengundi kemudian mengundi kerajaan barisan nasional. 

sebab wan nak sokong kerajaan barisan nasional ialah hanya kerajaan barisan nasional yang mementingkan keamanan dan semangat bersatu padu. parti2 politik yang lain hanya mementingkan kepentingan individu.! mereka hanya mementingkan orang yang berada dekat dengan mereka. tapi sygnya tidak berfikir dari luar kotak fikiran.! wan benci parti2 politik lain!

Ramai pelajar IPTA/IPTS yang terhasut dengan hasutan parti2 politik yang lain. menyebabkan mereka membenci kerajaan yang memerintah sekarang. bagi wan mereka2 ni la yang otak setengah tiang atau dalam bahasa kasarnya gila! mereka belajar tinggi2 tapi tak dapat nak bezakan yang mana bagus dan tak bagus. wan harap korang tak la jadi macam 2. 

baru jew beberapa minit tadi wan tengok berita. berita tentang imam mennyampaikan ceramah aidilfitri yang bukan2 supaya rakyat membenci kerajaan yang memerintah d kelantan. cuba korang fikir secara logik? patut ka imam 2 sampaikan ceramah macam 2? sepatutnya imam 2 sampaikan ceramah yang menyatukan rakyat..wan agak tersentap d situ.. 

Sedar la wahai rakyat malaysia! jangan senang sangat tertipu dengan pembangkang 2! kadang2 wan rasa orang dewasa ni tak pandai berfikir.. ~..~" korang renung2kan dan fikir2kan..jangan jadi bodoh! sekian

jangan jadi hantu raya

Hasil My Nikon D3100

Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? hari ni merupakan hari raya ke4. betul tak? wan pun tak tahu raya keberapa da. huhu. kat facebook semua post tentang raya. kat twitter semua tweet tentang raya. kat blog semua buat entry tentang raya. semua about raya. tapi korang jangan jadi hantu raya eh.. huhu. 

Di subuh yang menyegarkan ini wan tetiba ada mood nak update blog wan yang kekurangan pembaca. haha! subuh2 ni wan banyak idea. tapi idea kurang bernas. tajuk entry kali ni "jangan jadi hantu raya". walaupun ramadhan da berlalu pergi meninggalkan kita. kita harus/wajib/mesti menjaga diri kita agar tidak melakukan kemungkaran dan maksiat. kita jaga la diri kita sebagai mana d bulan ramadhan :')

amalan yang kita lakukan d bulan ramadhan harus d teruskan selamanya. bukan sekadar 30hari jew. amalan2 2 banyak faedahnya. ramai manusia zaman skrg ni, bila bulan ramadhan semua buat baik dan menjaga amalan. tapi, bila da habis berpuasa datang la semula perangai yang agak senget dari pandangan luar. huhu. 

cabaran untuk membuat perkara baik d bulan ramadhan agak kurang tapi selain dari bulan ramadhan, cabarannya agak mencabar kesabaran kerana banyak hasutan syaitan dan sekutunya. hasutan2 yang mengajak kita melakukan kemungkaran. huhu. 

berdoa la kita agar d jauhkan dari hasutan2 keji dari syaitan dan sekutunya itu. sebelum wan menamatkan entry pada kali ni. wan ingin bertanyakan soalan pada korang semua. korang pernah nampak hantu raya tak?

Alhamdulillah wan tak pernah nampak lagi hantu raya. sebab setakat ni wan masih d lindungi Allah S.W.T :) smoga wan dan kita semua sentiasa dan selamanya d lindungi Allah S.W.T. aminnn.. 

wan retis tak de mood nak beraya


Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua? hari ni seperti yang korang semua tahu. wan retis tak de mood. rancangan untuk hari ni pegi beraya kat rumah cousen2 yang berdekatan. tapi semua terbatal. wan tak jadi nak pegi beraya. tak de mood! sedih! huhu. 

esok nak pegi beraya kat rumah akak yang kat bandar. tengok la dulu sama ada wan ada mood atau tk de. huhu. wan sama sekali tak de mood nak beraya. raya tahun ni paling dan paling tak best! wan harap ada hikmah atas semua ni. huhu. apa pun yang wan lakukan wan mesti tak de mood.

sebenarnya semua ni bersebab. wan da kehilangan ketenangan jiwa. wan tak tahu macam mana boleh hilang ketenangan jiwa. mungkin d sebabkan oleh cinta yang tak betul ni. huhu. sengal! what ever! enta pape la wan ni kan..kan wan da gtau awal2. wan ni kuat merepek..haha..huhu :'/

Monday, August 20, 2012

Siapa Wan Retis ?

Wan Retis

Dulu wan d kenali sebagai "Rizwan Ewan" tapi sekarang da tukar ke "Wan Retis" kerana nama ni lebih ok dan simple. sebenarnya wan bukan retis pun. saje2 nak letak retis. gempak tak? hahaha!

ok la. bact to the topic ! wan retis ni seorang yang baik hati, peramah, tak sombong, dan yang paling utama "SINGLE" haha. wan retis suka berkawan dengan sesiapa sahaja! tak kesah la orang 2 cacat, gay, lesbian, transgender or sewaktu dengan semua 2. wan tetap sudi berkawan. :) 

wan tak memilih kawan! asalkan mereka 2 baik da ok bagi wan.

sebenarnya wan tak banyak nak cakap pasal wan retis ni. sebab korang sendiri da kenal kan? wan la "wan retis" 2. :) sekian terima kasih..

Bercouple Cara Wan Retis

Rasanya belum terlambat untuk wan ucapkan 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"

kepada semua pembaca setia blog wan. huhu. sila muntah sekarang sekiranya anda terasa geli membaca tajuk entry wan kali ni. =.=" lolz! wan nak keluarkan semua pendapat wan. sekarang ramai manusia yang boleh cakap tapi tak bleh buktikan. betul tak? wan pun kadang2 tak lari dari menjadi macam 2. janji tak d tepati. huhu. 

perkara paling penting dalam asas bercouple cara wan ialah jangan sesekali memandang paras rupa. sebab paras rupa tak menjamin kebahagiaan kepada hubungan kita pun. ada orang kata paras rupa tak penting yang penting hati. actually, wan yang cakap macam 2. ;) kalau muka 2 handsome/cantik tapi hati playgirl/playboy baik mampus jew la! *wan memang ganas* lolz

perkara kedua jangan sesekali memandang kepada kebendaan/harta! sekiranya korang memandang ke arah 2 bermaksud korang ni boleh d gelar "mata duitan" atau "gila harta". sape la nak dapat gelaran macam 2. ish3. memalukan ea. kita jangan la macam 2 k. kita bercinta biarlah tak memandang semua 2. baru la d gelar cinta sejati. 

perkara ketiga jangan sesekali mempermainkan perasaan pasangan korang. kalau korang rasa dia 2 la orang yang layak menjadi couple korang. terus terang je. gtau dia. huhu. takut nanti d ambil orang. tapi jangan la korang kata korang syg dia tapi sebenarnya korang da ada lain. "scandel keliling pinggang" la katakan. tak mahu macam 2. bila korang da luahkan perasaan korang 2 buktikan la yang korang btul2 maksudkan. bukan sekadar luahan tapi tak de bukti. 

Perkara keempat jangan membiarkan couple korang kesunyiaan! macam wan la ni. wan memang sunyi. actually, wan tak de couple pun. huhu. fuck couple! benci sangat2.. eh? tetiba.. huhu.. klau korang da couple apa salahnya korang bertanyakan khabar setiap hari. wish good morning/good night kt couple korang 2. selain 2, korang boleh selalu ada menemani couple korang 2. klau orang 2 btul2 sayang dan cintakan kita sebusy mana pun dia tetap ada masa untuk kita :') aww..so sweet..

sebenarnya banyak lagi. tapi ini je yang termampu. wan da tak ley tahan duk 24jam depan lappy. mendatangkan kesedihan jew. huhu. pape pun terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry wan yang sedikit sebanyak membantu anda ;) 

Sudah Cukup Sudah


Assalamualaikum semua? hari ni 3 syawal. sesubuh lagi wan da start ada idea nak tulis apa. actually, sekarang ni wan tengah emosional tahap dewa da ni. huhu. wan bukan nak rosakkan mood raya. cuma da lama wan tak sedih. maklum la air mata wan ni tak boleh simpan lama2. huhu. 

korang rasa apa yang "sudah cukup sudah" ? bukan pasal masakan, ataupun yang sama waktu dengannya. haha. ini berkaitan dengan emosi wan sendiri. wan rasa sedih kembali lagi setelah sekian lama happy tak henti2. betul la apa yang orang kata 2. kita hidup tak semestinya selalu gembira dan tak semestinya selalu sedih. sedih dan gembira mesti ada dalam setiap manusia. klau tak de 2 dia bukan d gelar manusia. hehe *just kidding* :3 muehehe. 

Bila wan fikirkan balik. wan tak dapat untung pun nak layan perasaan rindu kat someone, bersedih, kecewa, happy. semuanya bagai da tak berguna bagi wan. wan cuma nk kasih syg dan cinta 2. susah sangat ke nak beri pada wan? *mood : memaksa* lolz.

Sudah la. hentikan je wan. tak perlu fikirkan benda yang tak de gunanya ni. banyak lagi benda yang boleh kau fikirkan. baiklah! huhu.. selamat tinggal! :'/

Sunday, August 19, 2012

What If

Sandakan, Sabah
What if tomorrow never come
For us to change our life
As we should and destined to be
But we fail tremendously

What if the world we're living
Just a false promise
And letting us die slowly inside
Give something to hold on

What if the world is a dream land
Where our fantasy
Becomes reality in our grasp
Do we deserve it

What is everything does matter
And everything have it own significant
For each and every one of us
To be kind and rewind

Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum semua para pembaca setia blog wan.. akhirnya sampai gak hari kemenangan bagi semua umat islam setelah sebulan berpuasa. :) sila baca kad ucapan wan kat bawa ni 

kad raya buatan sendiri.. :)
Semoga korang semua sentia bahagia d samping keluarga tercinta. insya'Allah. amin. yang balik ke kg bawk keta leklok. yang da sampai kg jangan lupa bermaaf2fan bersama keluarga dan kawan2. jemput datang ke rumah wan kat sandakan , sabah. sape datang dapat duit raya tk mengira umur :) sekian..selamat menyambut hari raya sekali lagi buat korang semua ;)

Wednesday, August 15, 2012

semua akan merindui Ramadhan


sedar tak sedar. kita da nak hampir ke penghujung bulan ramadhan. macam mana ramdhan korang kali ni? puasa penuh? dapat beramal? dapat malam lailatul qadar? 2 semua kita tak tahu. yang kita tahu kita puasa penuh. semoga semua amalan kita d bulan yang mulia ini d terima oleh Allah s.w.t..aminnn :) 

Ramadhan ni merupakan bulan bagi umat islam. bagi kita untuk memperbanyakkan amalan / pahala kita. bukan bulan menambah dosa. semua yang kita lakukan d bulan ramdhan ni kerana diri kita sendiri dan nafsu kita. syaitan dan sekutunya telah d rantai / kurung d neraka. betul tak? huhu. wan tak banyak ilmu pasal ni.

walaupun hati wan tak sabar nak raya. tapi kadang2 hati wan sedih nak tinggalkan bulan ramadhan ni. tak tahu lagi dapat lagi tak kita berjumpa dengan ramdhan 2013. huhu. insya'Allah. semoga Allah pertemukan lagi kita dan keluarga kita dengan ramdhan tahun depan. amiiinnn...

wan nak ucapkan selamat berpuasa semua. masih ada lagi beberapa hari masa untuk berpuasa ;) jangan tinggalkan. puasa penuh!! sekian dan terima kasih..kekeke..

TOP 2 KELAB BLOGGER TERBAIK DI FACEBOOK

Assalamualaikum dan salam blogger kepada semua yang membaca entry wan kali ni. hari ni wan nak kongsi seseuatu yang amat bernilai kepada blogger2 baru. hehe. korang mesti nak tahu kan. kekeke. wan nk kongsi beberapa kelab blogger yang aktif kat facebook. mesti ramai blogger baru yang tercari2 port untuk ping entry baru kat facebook kan? berikut wan telah senaraikan beberapa kelab blogger yang top dan terbaik !

Kelab Blogger yang berada di kedudukan paling teratas ialah "kelab Blogger Ben Ashaari"
Top 1 ialah kelab blogger Ben Ashaari. kelab blogger ni telah d buat sendiri oleh abg ben ashaari. pada pendapat wan memang kat sini tempat yang paling sesuai untuk ping entry terbaru kita. kelab ini mempunyai 22,440 Ahli. ramaikan? huhu. kalau korang terasa nak join kelab blogger ni klik "SINI"

Kelab Blogger yang berada di kedudukan kedua ialah kelab "Sahabat Blogger"

Kelab ini telah di tubuhkan oleh wan ammal *salah seorang blogger famous* wan tak kenal. kekeke. wan da lama join kelab ni. kelab ni merupakan kelab yang paling aktif jugak la. huhu. mempunyai 13,402 ahli. kalau korang rasa nak join 2 klik "SINI"

sebenarnya banyak lagi kelab blogger yang wan telah join. tapi ini jew top2 terbaik dari ladang! kalau tak caye korang join la ea. :) selamat berblogging.. salam blogger dari wan. click follow tau..nanti wan follow balik.. sekian :)


Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan tenangkan hati ini


    Sudah lama saya mengulang baca ayat ini untuk diri. Kali ini saya ulang kembali. Saya sukakan dua ayat ini. Ayat pujukan daripada Tuhan meredakan keresahan hati, doa yang memberi jalan keluar daripada kesulitan jiwa, peringatan yang menyedarkan pilihan kita penuh cabaran. Hiduplah dengan rasa bertuhan.
    Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.
    Ayat Al Baqarah 216 menyebut
    “…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “
    Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:
    Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
    Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.
    Amin. Sumber : Blog Motivasi


Tuesday, August 14, 2012

Lelaki Di Dapur. Apa pendapat wanita ?

Assalamualaikum dan salam blogger kepada semua? hari ni wan nak berkongi pendapat, berkongsi pengalamn, dan berkongsi cerita kepada korang semua. hehe. sebenarnya tak la gempak sangatkan cerita ni. korang layan jew la. lolz. 

Perempuan dan dapur memang tak boleh d pisahkan. tapi bagaimana dengan lelaki dan dapur? mesti dalam kepala otak korang ni *lelaki tak pandai memasak* betul kan? persoalan korang 2 salah sama sekali ! kerana, bukan semua lelaki tak pandai masak dan bukan semua perempuan pandai masak *take a note !

Kalau kita tengok lelaki kat malaysia sekarang ni pun da semakin ramai menjadi chef. Di antara tokoh2 chef malaysia yang terkenal di dunia adalah "CHEF WAN". *nama tuan blogger pun wan jugak* hahaha! tuan blogger pun minat memasak ok! back to the topic! lelaki memang tak pandai masak. tapi kalau lelaki da buat2 pandai nak tunjuk teror memang gempak jadinya. hahaha!

korang boleh layan picture kat bawah ni.. *gempak tak?* lolz

Lelaki Bujang Memasak
HAHAHAHA! gempak ! gempak ! jangan sesekali memandang rendah kelebihan lelaki di dapur. lelaki bujang ni sedang memasak nasi goreng sabun cuci. kalau makan ni konfom nak lagi. nasi goreng macam ni sangat sesuai di makan oleh orang yang selalu berbuat jahat. insya'Allah lepas makan nasi goreng ni akan hilang kejahatannya *masuk dalam kubur sudah* hahahaha. 

Ini cuma gurauan. tapi yang sebenarnya zaman sekarang ni lelaki pun hebat memasak. ;) untung seorang isteri yang mendapat suami yang pandai memasak. klau suami korang tak pandai memasak. ajar suami korang 2. :) ok.. sekian dan terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Blogger

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers