Kisah Yang Mengharukan Antara Adik Dan Abang ='(

7:21 PM

Roy Angel adalah seorang pemuda miskin yang memiliki abang seorang jutawan.Pada tahun 1940,ketika bisnes minyak bumi sedang mengalami puncak,Abangnya menjual padang rumput di Texas pada waktu yang tepat dengan harga yang sangat tinggi.

Seketika itu juga Abang Roy Angel menjadi kaya raya.Setelah itu abang Roy Angel menanam saham pada perusahaan besar dan memperoleh keuntungan yang besar.Kini dia tinggal di apartmen mewah di New York dan memiliki pejabat di Wallstreet.

Seminggu sebelum krismas,Abangnya menghadiahkan Roy Angel sebuah kereta baru yang mewah dan mengkilat.Suatu pagi seorang anak gelandangan menatap keretanya dengan penuh kekaguman.

“Hai........nak” sapa Roy.

kanak itu melihat pada Roy dan bertanya “Adakah ini kereta Tuan?”.

“Ya,” jawab Roy singkat.

“Berapa harganya Tuan?”

“Sesungguhnya saya tidak tahu harganya berapa”.

“Mengapa Tuan tidak tahu harganya,bukankah Tuan yang memiliki kereta ini?” Gelandangan kecil itu bertanya penuh hairan.

“Saya tidak tahu kereta ini hadiah dari abang saya”.

Mendengar jawapan itu mata anak itu melebar dan bergumam,”Seandainya…. seandainya…”

Roy mengira dia tahu apa yang didambakan anak kecil itu,“Anak ini pasti berharap memiliki abang yang sama seperti abangku”.

Ternyata Roy salah menduga,kanak itu melanjutkan kata-katanya: “Seandainya… seandainya saya dapat menjadi abang seperti itu..”.

Dengan masih kehairanan Roy mengajak anak itu berkeliling dengan keretanya. Anak itu tidak henti-henti memuji keindahan keretanya.

Sampailah satu kali kanak itu berkata,”Tuan bersediakah Tuan singah ke rumah saya?,Letaknya hanya beberapa blok dari sini”.

Sekali lagi Roy mengira dia tahu apa yang ingin dilakukan oleh kanak ini.“Pasti kanak ini ingin memperlihatkan pada kawan-kawannya bahwa dia telah naik kereta mewah” pikir Roy.

“OK,mengapa tidak”,kata Roy sambil menuju kearah rumah kanak itu.

Tiba di sudut jalan si anak gelandangan memohon pada Roy untuk berhenti sejenak,

“Tuan, bersediakah Tuan menunggu sebentar? Saya akan segera kembali”.

Kanak itu berlari menuju rumah gubuknya yang sudah tua.Setelah menunggu hampir sepuluh minit,Roy mulai penasaran apa yang dilakukan kanak itu dan keluar dari keretanya,menatap rumah buruk itu.Pada waktu itu dia mendengar suara kaki yang berjalan perlahan-lahan.Beberapa saat kemudian anak gelandangan itu keluar sambil menggendong adiknya yang lumpuh.Setelah tiba di dekat kereta anak gelandangan itu berkata pada adiknya:

“Lihat… seperti yang abang katakan padamu.Ini kereta terbaru. Abang Tuan ini menghadiahkannya pada Tuan ini.Suatu saat nanti abang akan membelikan kereta seperti ini untukmu”.

Bukan kerana keinginan seorang anak gelandangan yang hendak menghadiahkan kereta mewah untuk adiknya yang membuat Roy tidak dapat menahan rasab haru pada saat itu juga,tetapi kerana ketulusan hati seorang kakak yang selalu ingin memberi yang terbaik bagi adiknya.Seandainya saya dapat menjadi abang seperti itu.

Kisah ini diambil dari sebuah kisah benar yang ditulis dalam sebuah buku “Stories for the family’s heart” by Alice Gray.

jom klik LIKE <3 terima kasih =)

You Might Also Like

6 comments

  1. hurm..sedih je baca.. ketidakmampuan seseorang kadang2 menjadikn dirinya serba kekurangan

    ReplyDelete
  2. huhu ~ btul2x~ wan pun nk rasa ada adk.. :'( tpi pa bleh buat la..wan ank bongsu =)

    ReplyDelete
  3. emm..sedih crita ni.. kasih syg seorg abg..

    ReplyDelete
  4. huhu ~ btul 2... =( nk nangis bila baca ni ~ smpai mcm 2 ksh syg seorg abg ~

    ReplyDelete
  5. huhu ~ btul 2 akak =( terharu plak ~

    ReplyDelete

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...